desktopku..

2 pixel(s)

Salam,

desktopku.
wajah terbaru.
digg.

digg theme

Salam Isra' dan Mi'raj...

2 pixel(s)

Isra' dan Mi'raj

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

"Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya
(Muhammad
s.a.w.) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, karena hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat."
(maksud ayat 1 s.al-Isra')

Allah s.w.t. telah mengisra'kan (memperjalankan diwaktu malam hari) Nabi Muhammad s.a.w. dari masjidil Haram (di Makkah) ke masjidil Aqsha artinya masjid yang jauh (di Palistina). Dahulunya orang biasa berjalan kaki dari satu tempat ketempat, ataupun menaiki kuda, keledai, unta dan sebagainya.

Perjalanan dari Makkah ke Palestina mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ini adalah suatu perjalanan yang jauh, tetapi dengan kuasa Allah telah dilakukan dalam
masa yang singkat, hanya dalam beberapa jam sahaja. Bagi orang dahulu, perrjalanan yang demikian jauh jika dapat dilakukan dalam masa beberapa jam sahaja adalah suatu hal yang luar biasa dan tidak dapat diterima oleh akal mereka.Sebabnya belum ada kenderaan yang mereka tunggangi seperti kuda, keledai ataupun unta yang boleh melakukankannya. Pada zaman yang serba maju sekarang ini, hal itu telah menjadi perkara biasa, dengan adanya pesawat udara dan kenderaan lain yang laju.

Oleh karena itu mereka yang tidak beriman seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya menggunakan peristiwa ini untuk menjatuhkan nama baik Nabi Muhammad s.a.w. dengan menuduh Nabi s.a.w. seorang pendusta dan
berbagai tuduhan keji lainnya.

Mereka yang beriman dapat menerimanya karena ia merupakan salah satu tanda dari kekuasaan Allah s.w.t. yang telah pernah diberikan kepada Rasul-rasulnya yang lain seperti Nabi Isa a.s. yang dilahirkan dengan tidak mempunyai ayah malah beliau dapat berkata-kata diwaktu bayi, dapat menyembuhkan orang yang sakit, dapat menghidupkan orang yang telah mati dan sebagainya.

Demikian pula Nabi Musa a.s., tongkatnya dengan kuasa Allah telah menjelma menjadi ular yang besar yang dapat menelan dan mengalahkan ular ahli sihir raja Firaun. Malah Nabi Musa dengan tongkatnya dapat membelah lautan untuk menyelamatkan para pengikutnya dari kejaran Firaun dan bala tenteranya. Banyak lagi tanda-tanda kekuasaan dari Allah s.w.t.yang telah diberikan kepada para Rasul yang disebutkan dengan mu'jizat dan kepada hambanya yang solih disebutkan
sebagai karamah.

Dalam perjalanannya, Nabi s.a.w. telah ditunjukkan berbagai contoh teladan yang berguna untuk ummat manusia. Antaranya, kepada Nabi s.a.w. telah ditunjukkan seorang tua yang terus menerus menambahkan beban yang sedang dipikulnya. Meskipun ia tak mampu lagi membawanya tapi masih juga menamban beban yang telah banyak itu sehingga menyusahkan dirinya sendiri.

Ini diumpamakan kepada seseorang yang memegang banyak pekerjaaan yang menjadi tanggung jawabnya. Sehingga tidak ada satupun pekerjaan yang dapat ditunaikan dengan baik.Tetapi masih juga menerima tugas baru. Sepatutnya ia hanya menerima tugas yang ia sanggup menyelesaikan dengan baik. Akan tetapi oleh sifat tamak dan ingin menunjuk-nunjuk atau supaya popular, masih juga menerima tugas yang dia sendiri tak dapat menunaikan dengan baik.

Padahal masih ramai orang lain yang tidak mempunyai pekerjaan atau menganggur, tetapi orang ini tidak diberikan kesempatan tugas itu. Jadi terjadilah ketidak seimbangan yang akan merugikan masyarakat dan negara. Kepada yang seorang memikul banyak sekali tugas dan yang lainya menganggur.

Kepada Rasulallah s.a.w. juga telah ditunjukkan suatu kaum yang bertanam sehari dan menuai sehari. Ini diumpamakan kepada orang yang melakukan amal kebajikan yang telah dilipat gandakan Allah pahalanya.

Kepada Nabi s.a.w. juga telah ditunjukkan orang lelaki yang suka memakan makanan yang telah tercemar, telah busuk, sedangkan disampingnya ada makanan yang bersih dan baik, akan tetapi makanan yang bersih dan masih baik ini tidak dijamahnya. Ini diumpamakan kepada lelaki yang suka berzina. Isterinya sendiri tidak diperdulikan, yang menjadi kesukaannya ialah perempuan pelacur, sehingga akhirnya dia mendapat berbagai penyakit kelamin, penyakit AIDS dan sebagainya sehingga menghancurkan kehidupannya malah keluarganya juga turut terkorban, akibat perbuatan kejinya itu.

Masih banyak lagi perumpamaan lainnya, semuanya ini merupakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang ditunjukkan kepada Nabi s.a.w. untuk menjadi contoh teladan kepada ummat manusia.

Hasil dari Isra' dan Mi'raj Nabi s.a.w. yang terbesar sekali ialah menerima tugas perintah dari Allah s.w.t.menunaikan ibadah Solat (sembahyang). Banyak arahan melakukan ibadah lainnya diterima melalui wahyu yang diturunkan Allah s.w.t. Ibadah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t. ini menunjukkan keistimewaan solat.

Tidak ada alasan bagi siapapun untuk meninggalkan solat. Jika kita sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak sanggup duduk boleh secara berbaring. Tak boleh dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum, pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.

Kecuali jika timbul sesuatu halangan yang memang telah ditakdirkan Allah seperti tidak siuman (gila), kita pingsan, tak sadar diri ataupun lainnya.

Sebelum menunaikan solat kita mesti terlebih dahulu membersihkan diri kita daripada najis dan mengambil air sembahyang. Tempat kita bersujud perlu juga
bersih. Ketika mendirikan solat kita hanya menumpukan seluruh perhatian
kita hanya kepada Allah s.w.t.

Semua yang kita lakukan sebelum dan ketika solat semua itu akan mendidik kita menjadi orang yang bersih, berdisiplin, dan insya Allah akan menyehatkan rohani dan jasmani kita dengan gerakan-gerakan yang dilakukan ketika solat. Insya Allah jika kita rajin menunaikan ibadah solat denga teratur dan rapi akan membentuk
peribadi yang sehat rohani dan jasmani. Inilah intisari Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w.

Insya-Allah kita akan berjumpa lagi.

I Want to Believe review..

0 pixel(s)

Salam kebenaran,

I want to believe. Hesitating myself to believe in,but it fails. I don't believe it. X-Files: I Want to Believe.

Believe Again. Fox Mulder and Dana Scully are back after a decade of X-Files 1st movie. David Duchovny [Full Frontal,2002] and Gillian Anderson [Straightheads, 2007] back again to fulfill X-Files die-hard fan. Chris Carter are back to direct another paranormal movie, X-Files:I Want to Believe.

I'm one of the fan of X-Files series 6 years ago. And waiting for this new film with some kind of expectation. Not really high coz the 1st movie also not that encouraging for me. The approach of Chris Carter this time not satisfying anyone,even die-hard fan of X-Files. Think so. The movie seems so monotonous like a drama. A little dull and donno!!. Have a few funny moments but that's nothing really. Hmm. I'm quite disappointed. In my POV.

I Really like the series more than the movie. A lot of those [stand-alone] episodes have been phenomenal, but this movie is not nearly on that level. There's no X-Factor in this movie,just a plain re-appearance of the Duo: Fox and Dana, and Skinner. huhu.


Overall, this movie is quite plain. Nothing much but watchable. I give 4.5 out of 10. Hmm. The truth is out there..but not in here,this movie. Haha.

More Info? Official. About. Trailer. Review.

a surprizeee...

7 pixel(s)

Salam benua,



Perasan tak sesuatu kat atas dalam gambo yg diselit kt atas? Haha. Lucky me!!
Niceeee!!

Nasi Goreng Lanz..

4 pixel(s)

Salam kesiangan.

Nasi goreng Lanz. Ini nasik goreng aku masak untuk mengenyangkan perut yang lapar dan juga menggunakn perencah nasai goreng yang beli tapi xguna2 lagi. Hee.


NASI GORENG LANZ
Bahan2 :

Perencah Nasi Goreng Adabi : 1 Packet.
Sayuran Sawi yang dipotong sepuas hati (boleh guna lain2 sayur kalu nak..)
Bawang putih secukupnya dipotong dadu.
Bawang besar yang dihiris semahunya.
Beberapa ekor ikan kering yang dipotong kecik2.
Beberapa bijik cili/lada yang dipotong indah.
Nasi yang telah dimasak.
Minyak masak secukup rasa.
Garam secukup rasa (jika perlu)

d ingredients

Cara Memasak :

1) Panaskan kuali sepanas yang mahu bersama minyak masak tadi.
2) Masukkan perencah Nasi Goreng Adabi semahunya dan kacau2 bila perlu.
3) Masukkan bawang putih,bawang merah dan gaul rata.
4) Dah sebati sikit,masukkan cili, ikan kering dan sayur sawi. Gaulkan sampai sebati. Bau dh naik dah. Slruuppp..hee
5) Letak sedikit air (jika perlu).
6) Masukkan nasi yang telah dimasak tdi dan gaulkan smpai semuanya sebati dan bergaul sesama bahan.
7) Rasa sikit2 dan kalu tak masin..tambah garam jika perlu. Gaul smpai sebati dan puas hati.
8) Off api n its ready to be served.

Lanz Fried Rice.

There u have NASI GORENG LANZ. Hahaha.

Tell a Friend

[tutorial]: how to tukar icon Blogger...

1 pixel(s)

Salam.

Ini adalah post pertama untuk tutorial. Untuk yang kickstart ini anda akan dihidangkan dengan cara-cara nk menukar icon Blogger yang oren tu kepada icon pilihan carta anda sendiri. Ilmu yang saya dapat akan saya share kpd tuan puan para pembaca sekalian. Sharing is Caring. We Share, We Care. Harap ia akan dapat membantu dlm proses blogging anda sekalian walau sedikit cuma. InsyaALLAH.

Untuk memulakan step..kita akan menggunakan 3 site untuk mnjalankan proses penukaran ini iaitu Googlepages, DeGrave.com/favicon dan Blogger itu sendiri. Bagi sapa2 yang tiada akaun Googlepages,sila create satu kerana ianya perlu untuk proses ini. Untuk memudahkan anda. Thx.

1) Kita akan membuat icon pilihan dulu sebelum mengubahnya. Kita akan menggunakan laman ini http://www.degraeve.com/favicon/ untuk membuat icon baru.

2) Carikan fungsian kat bawah ni dan uploadkan gambar yang mana anda nk jadikan icon.

uploadkan imej pilihan [browse]

3) Kemudian page untuk crop image akan terpapar dengan imej pilihan anda td. Sila crop gambar anda seadanya. Klik 'crop picture' bila dah puas hati.
crop jgn tak crop

4) Then, anda juga boleh mengadjust lagi icon anda itu dengan fungsian manipulasi warna dan juga efek pensil untuk menjelaskan lagi icon. Buat sampai puas hati(jika perlu). Dan klik 'Make Favicon' bila selesai.
edit secukup rasa..

5) Selepas itu, akan muncul satu icon kat bawah butang 'Make Favicon' tu, klik kanan kat ikon tu dan pilih 'Save as'[IE] / 'Save image as'[firefox]. Namakan icon anda dengan nama yang bermakna spt 'lanzicon.ico' dan simpan dalam local PC anda.
klik kanan n save

6) So sekarang anda telah berjaya membuat ikon sndri n skrg kita akan hostkan icon td. Log on to Googlepages td dan anda akan upload icon td ke dalam Googlepages. Terdapat di bahagian 'Uploaded Stuff'.

uploaded icon.

7) Apabila selesai icon diupload sepenuhnya. Right click pada nama icon anda itu dan pilih 'Copy Link Location' untuk dptkan URL imej ikon tersebut spt : http://lanzthegreat.googlepages.com/lanzicon.ico

right click. Copy

8) Sekarang anda telah berjaya mencipta icon baru serta membuat hosting kat internet. So sekarang anda log masuk ke Blogger.com anda dan kita akan menukar icon sedia ada dengan yang baru. Bila dh masuk, click 'Layout' link dan selepas itu click pada 'Edit HTML'.

9) Dalam kod2 HTML tu, cari 'head' dan masukan kod berikut di bawah head:


Gantikan dengan URL gambar yang dicopy tadi.

10) Klik 'Preview' untuk meninjau hasil perubahan.
11) Klik 'Save Templates' apabila menjadi dan berpuas hati.

[Notes : Sebagai langkah selamat sila save dulu default templates bagi tujuan pembetulan di hari muka].

12) There u have. Icon changed successfully. Well done. Thanks. C ya.

Tell a Friend

Suatu pengajaran..

0 pixel(s)

Salam syukur,

Aku baru jer balik dari umah abang sulungku. Awal ptg td g umah dia sbb nk g amik buku2 keperluan adik aku yang nk dipost utk kegunaan dia nnti. Penat giler memunggah barang yang kat dalam stor mencari balik buku2 yang dikehendaki. Pelbagai barang noltalgia yg diketemui. Haha. Pas main2 ngn ank buah n blnja dorang kat pasar malam..aku mintak izin balik,sebb ada hal lain nk kena setelkan. So aku balik la. Kul 7 gitu aku kuar. Bajek sampai umah n smyg magrib trus.

Nak dijadikan citer..ondaway back, ada kemalangan berlaku. Dua kereta kelihatan terlibat dalam kemalangan ni. Di kedua2 belah jalan Hi-Way Seremban-KL di kilometer 249.1 kot kalu tak silap. Area2 tu la. Aku kira bernasib baik sebb kalu aku pecut moto Kriss 110 aku tu laju dalam 10-20 saat g..maybe aku yang terlibat. Syukur alhamdulillah. 10-20 saat lewat, aku duk bw mto ngn kelajuan penjimatan minyak, tetiba semua lampu brek kete n mto depan aku jadik merah menyala tanda perbuatan membrek diaplikasikan oleh si pemandu, aku pun berbuat perkara sama,membrek. N tetiba..srettttttttt..bunyi brek jelas kedengaran di sebelah jalan sana,hiway menghala ke Nilai. Sebuah wira hitam sedang menggesel Bas Express warna coklat..aku lupa nama bas tu pe. Pantas berlaku. Pemandu wira tu kira pndai kontrol sbb dpt kwl ngn baik kete dia dgn hanya geselkn pd bas..bukn trus menghentam dan senyap. Hanya kelilhatan side-mirror sebelah kiri yang tanggal dan mungkin bekas calar gesel tu j.

Tu satu. tu kemalangan smpingan maybe silap bas tu sbb menyelowkan bas nk tgk xcident. Apekehe yob. Yang main punya kemalangan adalah antara Wira hitam jugak dan Saga lama hijau cerah. Dua2 tersadai di tengah jalan. Paling teruk wira hitam, remuk bhgian depan keta. Tuan punya masih kat dalam. Org ramai mbntu. Yang satu lagik tu aku xnampk kelibat pemandu dia.. maybe tunduk kot. Tapi kereta dia mcm ok tpi rosak jugak la, bahagian atas kelihatan remuk redam. Polis n orang duk tolong kwl jln n mangsa2. Lucky juga masa tu ada ambulan yang berdekatan melegakan suasana. Trafik bergerak perlahan sbb smua pemandu yang tak terlibat nk tgk kemalangan tu. Huhu. Dah sifat orang Malaysia cmtu. Apekehe yob!haha.

Aku hanya jln slow n kdg2 stop nk tgk suasana. Nk turun tolong2 pun ramai dah. Xnk menyesakkan lagi keadaan. Lagipun aku dh agak lwat..maghrib dh masuk n aku masih kat jln raya,xsampai suku perjalann g pun. Aku meninggalkn tempat kejadian dengan syukur sbb bukn aku yang terlibat dan berbekalkn doa agr org yg terlibat tu OK. Pengajaran buat aku dan smua yang lalu di situ juga yang mmbaca tulisan nih. Pandu Cermat,Jiwa Selamat. Ingatlah Orang Yang Tersayang. Ketatkan Tali Topi Keledar Anda. Pakailah Tali Pingggang Keledar. Berbudi Bahasa Di Jalan Raya. Senyumlah Sikit,Tak Luak pun. Bukan kena byr pun. Pandulah dengan berhemat. InsyaALLAH!!

Aku nk g rehat. C u next tme. Salam.

kehakisan...

0 pixel(s)

Salam belantara,

Hee. salam belantara jauh dari nun sudut ceruk belantara batu di tengah kotaraya cermin yang penuh debu2 gonjrong yang meliputi udara2 cemas di persekitaran yang menghangit. Mencekik kerongkong2 si polan yang meredahi liku2 noda penuh darah bersisa. Menyedut,menghirup, menghembus bagaikan tiada apa..tiada kesan. Sedangkan nun jauh ke dalam..seribu macam perkara setan sedang melingkari urat saraf,menghuni setiap kebuk wasap yang ada. Hitam legam penuh dendam bersirat jirat tanpa hala tuju. Buntu. Kambus. Mampus. Jatuh rebah atas tanah gersang penuh sisa2 najis bersisa hancing yang berkeliaran. Macam bangkai, macam sakai. Tidak bererti, tidak berguna, tidak berupaya, tidak siapa peduli biar didepan mata, biar hidung ditusuk sengsara, biar selisih bahu peha. Sia-sia sahaja. Sia-sia perjalanan, tak berbaloi pengorbanan andai ape yang dikata tiada dikota. ??????.

Ape tah yang aku melalut kat atas tu. Tetiba otak ni ligat bermain ayat..haha. Spontaneous tu. Malam ini aku kepenatan agak berlebihan dari biasa karna awal malam tadi aku terlibat dalam satu pergelutan. Susah payah aku bergelut bersama 3orang lagi lawan aku tu. Lama jugak pergelutan tu berlangsung. Smpai sakit2 aku dibuatnya. Tapi aku tetap bertahan dalam pergelutan tu. Anak jantan,kena bertahan. Haha. Akhir kesudahan pergelutan tu...yesss aku berjaya kalahkan lawan2 aku tu dengan agak teruk. klau bleh bagi score..score aku 3-1. Aku menang 3,dorang menang 1 jer. Haha.

Aku berjaya kalahkan dorang dengan kudrat aku yang ada ni. Tambah ngn skil2 skit yang aku perolehi dari praktis yang berpanjangan. Berjaya aku tentang dorang walaupun pada saat2 awal aku lost sikit,kurang tumpuan terhadap serangan hendap dorang. Aku tewas,tapi aku bangkit balik untuk round seterusnya dan berjaya kalahkan dorang bertiga non-stop. Haha. Sorry r guys,malam ni malam aku, jatuhan pin 203,1 mata lagi nk menyamai jatuhan pin rekod peribadi aku,204. Kitorang main bowling. Hee.

strikeeeeee...yiiihaaa!!

Yang best aku dpt lakukan 4 strike in a row n spare pastu,game last,ke-4. Pin yang teguh berdiri hanya 3 jer. Yess..payah dh nk dpy buat 200 plus2 jatuhan pin. Nasib malam ni baik sikit. Orang yang main bowling bila free cm aku ni pyh la nk buat,lain la yg amatur atau pro. Lain level dorang tu. Hee.

bowling for FUN

After this akan ada lagik pergelutan yang lagi hebat antara galdiator2 yang ada. Masing2 nk menang. Tu yang best, tapi lagik penting sportsmanship a.k.a kapalorangsukan. haha. OK lew, aku nk chow lew. Penat gilew ni. Nk tidew. Chow chin chew. Hee.

Salam.

sekonyong-konyong...

2 pixel(s)

Salam sahabat,

Macam biasa, bertemankan cahya lampu kalimantang dan monitor aku setia di depan PCku ni. Mengarang suatu yang aku pun tak pasti. Yang aku pasti,aku akan karang suatu kali ini mcm hari2 biasa. Semacam dah jadik rutin bagi aku untuk at least dalam 1hari tu aku ngeposkan ilham pujangga dari rimba minda aku ni. Tebal dan sarat nnti nk dikeluarkan isipadunya. Hee.

Huhu. Tak ada ide la plak nk karang ape. Lama mikir,'lampu' xdatang2. Huhu. Malam ni aku mengadakan aksi xtreme lagi ngn hosmet2 ku,bermain ngn api dan pisau kat dapur. Kitorng bergelut untuk memenuhi kemahuan nafsu makan kitorang dengan memasak sesuatu. Nk isi perut senang citer. Haha.

Buka peti ais..ada ikan kecik2 6ekor lm tmpt freezer tu, sawi ada serajuk n ikan masin. Hm. Ape nk masak ngn bhn2 yang kurang n simple ni. Igt nak masak singgang ikan,tapi bahan2 yang diperlukan xmncukupi. So,postpone lu. Diskas2.kita msak Ikan Goreng Biasa dengan Sawi cmpur Ikan Masin..bih kurang Kailan Ikan Masin la..cuma syur tukar sawi n n papadom (lupaa.hee). So, kitorang pun mulakan operasi, iyah2 siang ikan n potong syur oso ikan masin.Hasilnya...tadaaaa...

Fried Fishes..yummy

papadom goreng..nice gak.

Sawi Ikan Masin...best!!

Hidangan bujangan...kesederhaan yang mengeyangkan.
[nasi tgh panaskan masa ni..sbb tu xde]

Alhamdulillah syukur kami menghabiskan lauk pauk yang tak seberapa tu. Kenyang. Burpp!!hee. Malam2 berikutnya pasti akn ada lauk yang berbeza lak. Nak beresperimen n mengasah kemahiran masak sebelum tiba Ramadhan nanti. Sumber2 resepi adalah dari internet dan kawan2. InsyaALLAH kenyang n sedap jua. Hope so! Hee. Niceee...

Why So Serious? review...

2 pixel(s)

Salam malam,

Awesome. Fantastic. The best, comic book-inspired movies of all time. The Dark Knight(TDK).Memang berbaloi menonton dan memang kenalah dengan kutipan gross tertinggi stakat ini mengatasi filem Spiderman 3 iaitu $155.34M dalam masa seminggu lps release. Perghhh..bila la filem M'sia nk cmtu. Haha. TDK merupakan filem yang brilliant selepas Batman Begins yang mana aku pasti pasni mesti akn ada Batman ke3 plak. Memang ditunggu2. Kat sini aku nk bercerita dan ulas sikit sal filem tergempak tahun ni ni. According to my point of view. Panazzz. Part 1 = story mory. Part 2 = komentar.

The Dark Knight [2008]

Part 1. About.

"Why So Serious?" merupakan tagline filem ni. Simple dan padat. Poster kat tepi kiri ni pun mmg outstanding. Waaaaa. Hee. Movie arahan pengarah Batman Begins, Christopher Nolan, pelakon Batman Begins, Christian Bale[3:10 to Yuma,2007] sebagai Bruce Wayne a.k.a Batman, di samping lakonan mantap giler mendiang Heath Ledger[Brokeback Mountain,2005] sbagai Joker dan juga Aaron Eckhart[Suspect Zero, 2004] sbagai Harvey Dent a.k.a Tw0-Face. Barisan pelakon2 mantap.

Kisah mengisahkan Batman, dark hero Gotham City, Leftenan Him Gordon dan DA Harvey Dent yang bekerjasama dalam membanteras aktiviti jenayah di sekitar Gotham City. Kehadiran penjenayah psycho, animalistic, spastic dll unsur2 jahat iaitu Joker mengucarkacirkan suasana aman damai Gotham City. Menciptakn satu gelombang chaos yang baru menggugat ketenteraman awam sejagat. Dalam pada masa yang sama Batman terlibat dalam cinta bersegi tiga dengan awek lamanya n Harvey Dent. Joker telah mengambil nyawa awek dia tu n bermula dari situlah jalan cerita makin menjadik2. Memang thrill. Aku cadangkan kaki2 dan tangan2 wayang pergilah menonton di pawagam..tak rugi. Berbaloi. Exceptional movie.

Part 2. Komentar.

Ape yang aku suka tentang TDK ni :

1) Jalan cerita dia perggghhhhhhhh. Mind-blowing. Awesome-o. Skrip dia mantap..aku suka dengar pertuturan dari Joker. Ayat dia power sial. Berfalsafah cara gila. Haha. Remarkable.

2)Pengarahan yang maveles dari Christopher Nolan. Mantap. Bergas. Haha. Setiap scene yang digambar tu memang fulfilling. Angle best, memang out-of-this-world. Haha.

3) Lakonan mantap pelakon2 dia utama dia. Outstanding. Sidekick TDK pun hebat2 jugak,Morgan Freeman a.k.a Lucius Fox dan Micheal Caine a.k.a Alfred.

4) High tech gadget yang ada dlm TDK ni. Batmobile yang boleh jadik moto,Bat-Pod di masa kecemasan, shuriken2 Batman, dengan suit dia yang ketat mengikat tu dari titanium yang elastik. Gadget yang Batman guna masa dia fly terjun bngunan tu. Dan tak ketinggalan pisau milik Joker. Cantik seyh. Tak lupa juga Lamborghini Murcielago LP640 Coupe yang Bruce Wayne drive dan juga superbike MV Agusta F4 RR yang ditunggangginya. Mantap seyh.

before - BatMobile.

after - Bat-Pod

Lamborghini Murcielago LP640 Coupe...ruless.

MV Augusta F4 RR (kaler lam TDK = merah, ni edisi black.)

5) PASTINYA dan mungkin inilah sbbnya Batman kali ni amat menarik berbanding sebelumnya. Sebab lakonan mantap menyirap Heath Ledger sbagai Joker. Kalu nak banding ngn Hannibal, si badut ni lagi seram n psycho. tetiba teringat filem IT hasil Stephen King sal badut kecik. Seram seriau. Tapi badut batman ni kijam sadis. "I sometimes felt like I was just waiting for the next Joker appearance; though frightening, it is a performance worthy of all manner of superlatives and all degrees of applause that are heaped upon it. Unpredictable and terrifying, Ledger’s Joker is a caricature fit to haunt the darkest of dreams."
******-FYI Heath Ledger dah xde kat dunia ni sbb dah mati terlebih dos dadah awal taun ni. Kesian.

jelingan manja si Joker

Apa yang aku tak suka?

1) xde scene lawan2 yang betul2 buat aku 'Wow'. Tapi smemang dh dijangka kot.
2) tu je kot. Haha.

merempit jommm..

Overall..I loved the movie. It was fantastic. I lived up to my expectations.A remarkable piece of work. Well Done crews. Aku bagi 9.8mata dr 10mata. Nicee.

gua chow dulu..

More Infos? Official. Trailer. About. Review.

seketika...

1 pixel(s)

Salam sahabat,

Semalam tiada post dari aku, coz aku OFF awal. Penat,letih,lesu n ngntuk. So Off la kn. Kena recharge bagi bateri full bar balik baru ngam. kn. Kali ni bateri aku still berbar,so dapat la aku karangi post yang tak berapa sedap ni. Sehari tak post,len mcm plak rasa,idea lari. Haha. Macam2 la ko ni lan.

Baru jer tukar theme pelayar aku..dh lama aku tak configure SerigalaApi ni. Hari ni SerigalaApi aku bertheme baru..Nicely done. Warna kekayuan. Nampak antik klasik n jurasik gitu. Haha.

wajah baru serigalaApiku

Malam ni aku main masak2 lagik ngn housemates. Sejak dua menjak ni kami suka masak2 sbb dlm miting tahunan hari tu ada usul dari Menteri Kewangan memasak makanan bagi menjimatkan perbelanjaan masing2. Usul diterima kabinet sebulat suara dan akta dijalankan serta merta, ad-hoc. Pi cari bahan2 n mula menjalankan Rancangan Rumah Ke-9. Haha.

Malam ni kira special sbb byk bnda leh mkn. Kekenyangan perut yang mintak diisi ni. Si acap bawa balik buahn2 dari kampung dia. Merasa la kamik makan Durio Zibethinus,Garcinia hombroniana ngn Nephelium Lappaceum. Jadik pembasuh mulut,berbau Durio. Haha.

seulas durio zibethinus

durio zibethinus berulas2

Serajuk Nephelium lappaceum

Serajuk Garnicia Hombroniana

Berbekalkan bahan2 yang dibeli kat Jusco terdekat, perbuatan memasak dijalankan dengan penuh tekun sambil berlatarbelakangkan bunyian cenel astro yang skali skala menarik perhatian si pemasak. Hee. Hasilnya simple mimple tapi sodap n konyang dimakan. Alhamdulillah. Burpp.
Kari kepak ayam, ikan n udang goreng rangup dan pcuk paku goreng bertempe. Masakan orang bujangan,ape la sangat kan. Janji boleh telan. Haha..

Chicken Wings Curry and Crispy Fish n Prawn

Diplazium esculentum goreng bersama tempe

Perjuangan yang belum selesai...

0 pixel(s)

A Memoir for us all...

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta
terpinggir, dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama danilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat danmemuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr Mahathir Mohamad
Mei 1996

[JFF] IT Girls...

4 pixel(s)

CD-ROM GIRLS
She is always faster and faster.

EMAIL GIRLS
Every ten things she says, eight are nonsense.

HARD DISK GIRLS
She remembers everything, FOREVER

INTERNET GIRLS
Difficult to access

MULTIMEDIA GIRLS
She make horrible thing look beautiful

SCREENSAVER GIRLS
She is good for nothing but at least she is fun

RAM GIRLS
She forget about you, the moment turn her off

WINDOW GIRLS
Everyone know that she can't do a thing right, but no one can live without her.

VIRUS GIRLS
Also known as "wife'' when you are not expecting her, she comes, install herself and uses all your
resources. If you try to uninstall her you will lose something, if don't try you uninstall her you
will lose everything...

SERVER GIRLS
Always busy when you need her.

p/s FYI : JFF = Just For Fun...(~.^)

obstacles...

0 pixel(s)


Obstacles are those frightful things you see
when you take your eyes off your goal.” - Henry Ford

Cool Survey Results by YouthSay

0 pixel(s)

Cool Brands Survey Results by YouthSay



Malaysian Politic Survey 2008 Result

Let It Go...Let It Go!!

0 pixel(s)

Assalamualaikum...

Something that i got from email chains..something to share with. something to you to consider whether it is for your own good or your surroundings. Read, understand it and perhaps you can implement it(if any). Let It Go..Read this.

LET IT GO!!!

If you are holding on to something that doesn't belong to you and was never intended for your life, then you need to...Let it go!
If you are holding on to past hurts and pains...Let it go!
If someone can't treat you right, love you back, and see your worth...Let it go!
If someone has angered you...Let it go!
If you are holding on to some thoughts of evil and revenge...Let it go!
If you are involved in a wrong relationship or addiction...Let it go!
If you are holding on to a job that no longer meets your needs or talents...Let it go!
If you have a bad attitude...Let it go!
If you keep judging others to make yourself feel better...Let it go!
If you are struggling with the healing of a broken relationship...Let it go!
If you keep trying to help someone who won't even try to help themselves...Let it go!
If you're feeling depressed and stressed...Let it go!
If there is a particular situation that you are so used to handling yourself and God is saying
"Take you hands off of it," then you need to...Let it go!

Let the past be the past. Forget the former things.
God is doing a new thing for you!
LET IT GO!!!

Get right or get left...think about it, then...LET IT GO!!!
Let God's love, peace, and blessings be with you always.
The past cannot be changed...the future is still in your power!

"Life is precious, handle with PRAYER!"

filling the blanks...

2 pixel(s)

Assalamualaikum...

Malasnya malam ini,mungkin hujan esok hari. Huhu. Malam yang seakan begitu lambat masa berlalu. Kaku beku masa aku rasa. Semuanya rasa malas tahap cipan jer. Post ni pun dalam kemalasan aku karang. Ide nk diterbitkan tak banyak mengalir tak mcm ptg tadi. Hasil satu puisi 'aku anak timur'. Biasala tu..ada masa kita penuh ide,rajin..smua rasa nak buat...ada juga masa2 di mana kita mls,kehabisan/xnk perah otak..normal. Keeping the positive side. Haha.

Tak tahu nak ungkapkan apa kali ni, lps abis ni rasanya nk ditemani bantal2 kat atas katil. Rehat. Minda dan fiskal perlukan rehat. Ditambah dengan aura kenyang yang masih lagi terasa ni membuatkan mata yg kuyu smkin melayu. Pekena ikan masak 3rasa yg dimakan ngn nasi putih bersayurkan sawi goreng pds. Hasil tungkus lumus lagi dapat kami sama2 ramai2 mengadap rezki dari YANG MAHA ESA. Syukur padaNYA kerana masih dipanjangkan umur untuk kami menjamu dan bersyukur terhadapNYA. Walaupun lauk bih kurang sama jer, tapi ianya ckup menggembirakan para pengadapnya. Hee. Alhamdulillah syukur kami padaNya. Moga ape yang kami telan diberkatiNYA. Amin. Hee.

Ikan masak 3 rasa (rasa best,sedap dan nanas..haha)
n rasa kenyang


Sawi goreng hot 'n' spicy

Malasnyerrrrrr. Nak layan movie la. Mata tak mengantuk lagi. Kalu aku duk atas katil bukn leh tdo pun. Azali tak dpt tdo aku mata tak layu. Huhu. Nk layan movie. Harap2 movie dapat tidokan aku. Chow. Assalamualaikum.

Aku anak timur...

2 pixel(s)

Aku anak timur..
Yang jauh berkelana di perantauan,
jauh dari sawah bendang yang lama aku tinggalkan,
jauh dari lembu ayam yang dulu aku bergelumang,
jauh dari sungai kali yang dulu aku berendam,
jauh dari keluarga yang aku sayangi.
Jauhkah?

Aku anak timur,
Membawa diri sekeping ini,
Melalui liku-liku kotaraya yang penuh pancaroba,
Meredahi cahaya malam kota metropolitan,
Meredahi sinar matahari panas bandraya tersergam,
Dunia yang penuh ragam,penuh seribu macam,
Bisakah?

Aku anak timur,
Berbekalkan didikan dari rumahku,
berbekalkan ajaran dari tempat ilmuku,
Berbekalkan semangat diriku,
Melangkah kejap merentasi kaki lima ibukota,
Kiri kanan penuh noda dusta,
Depan belakang segala berbicara
Adakah? Bisakah?

Aku anak timur,
Masih kedengaran akan kalamMu ya Tuhan,
Masih terngiang kata-katamu duhai ayahbonda,
Masih bersamaku kata luahan si guru2,
Masih berbekas segala ilmu,nasihat jua pengalaman,
Buat modalku menghadapi segalanya yang bakal berdepan.
Dapatkah??

Aku anak timur,
Apakah yang bakal berlaku di hadapan?
Apakah yang silam bisa aku ungkaikan?
Apakah yang sedangku hadapi bisaku simpulkan?
Adakah semua yang telah,sedang dan bakal berlaku,
bisa aku hadapi? Bisakah? Adakah?

Aku anak timur..
Yang kadang2 alpa dengan ketaksuban dunia,
Yang kadang2 lupa akan suruhanNya,
Yang kadang2 terlepas pandang akan nasihat kedua-duanya,
Namun hati ini,kaki ini masih lagi gagah.
Gagah mengankat derap langkah.
Kanku kumpulkan kekuatanm
Kanku ikat kemas semangat ini,
Untuk menghadapi onak ranjau di depan.
Semoga semua akan lebih baik dari yang baik.
Kerana AKU ANAK TIMUR..

//LanZ - 0310~170708

1 kehidupan,1000 pembetulan...

3 pixel(s)

Assalamualaikum...

TERTAWA...

Sekali tertawa, pening kepala hilang.
Dua kali tertawa, benci pun sirna.
Tiga kali tertawa, persoalan lari.
Empat kali tertawa, penyakit pun sembuh.
Lima kali tertawa, jadi awet muda.
Enam kali tertawa, hati penuh sukacita.

SENYUM...
Sekali senyum, curiganya hilang.
Dua kali senyum, jadilah sahabat.
Tiga kali senyum, hati itu penuh damai.
Empat kali senyum, beban berat jadi ringan.
Lima kali senyum, murah rezeki datang.
Enam kali senyum, keluarga menjadi rukun.

HATI...
Hati yang gembira adalah ubat yang mujarab.
Hati yang keras menemui jalan yang buntu.
Hati yang lembut mendatangkan sahabat.
Hati yang loba menciptakan pelbagai perangkap.
Hati yang bersih menjauhkan sebarang masalah.
Hati yang licik mendatangkan ramai musuh.

MARAH...
Sekali marah, sukacita segera hilang.
Dua kali marah, akal sehat pula terbang.
Tiga kali marah, tekanan darah naik mendadak.
Empat kali marah, teman-teman berlalu pergi.
Lima kali marah, jadi cepat tua.
Enam kali marah, pintu dosa terbuka jua.

BANYAK...
Dalam hidup ini...
Berdoalah yang banyak, agar hati itu tenang.
Taburlah yang banyak, agar menuai hasilnya banyak.
Bertanyalah yang banyak, agar ilmu bertambah.
Bacalah yang banyak, agar jadi lebih bijak.
Lihatlah yang banyak, agar bertambah pengalaman.
Dengarlah yang banyak, agar penuh pertimbangan.
Kerjalah yang banyak, agar tidak kekurangan.
Dan...
banyaklah berhumor, agar sehat dan awet muda.

SEDIKIT...
Dalam hidup ini...
Kerja hati-hatilah sedikit, agar luput dari celaka.
Selesai kerja santailah sedikit, agar kekuatan pulih kembali.
Sampai rumah happy-lah sedikit, agar keluarga senang.
Ada persoalan tenanglah yang sedikit, agar tidak salah langkah.
Dalam pergaulan senyumlah sedikit,a gar banyak kawan.
Kalau makan pantanglah sedikit, agar tidak kena stroke.
Sama lingkungan perdulilah sedikit, agar dapat jadi berkat.
Kalau bertindak berimanlah sedikit, agar diberkati Tuhan.
Dan...
jadi orang cincai-lah sedikit, agar tidak stress.

KURANGI dan PERBANYAKKAN
Dalam hidup ini...
Kurangi ucapan yang mendendam,
perbanyak ucapanyang mengasihi.
Kurangi kata-kata yang mengejek,
perbanyak kata-kata yang menghargai.
Kurangi kata-kata yang melemahkan,
perbanyak kata-kata yang mendorong.
Kurangi perkataan yang menolak,
perbanyak perkataan yang memperhatikan.
Kurangi kata-kata kritik,
perbanyak perkataan yang membangun.
Kurangi kata-kata yang sia-sia,
perbanyak kata-kata yang mendatangkan inspirasi.
Kurangi kata-kata yang kasar,
perbanyak kata-kata yang lemah lembut.

//LanZ. :-)

aduhai...alahai...ayuhai..

4 pixel(s)

Assalamualaikum..

Hmm...15hb July 2008 sememangnya mencatatkan suatu sejarah baru dalam dunia politik Malaysia dengan berlangusngnya perdebatan ala Obama vs Hillary gitu,debat ala Amerika. Di mana menemukan pendebat dari KERAJAAN MEMERINTAH yakni BN iaitu saudara Dato' Shabery Chik(DSC) selaku Menteri Penerangan dan wakil dari PIHAK PEMBANGKANG yang kontroversi sekarang ni iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) yang juga penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR) dan merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Aku bukan pndai sangat pasal2 politik ni nak komen2 sangat tapi aku mengikuti perkembangan semasa perjalanan politik Malaysia..lebih2 lagi belakangan ini yang sememangnya isu politik Anwar, Najib dan Pak Lah menjadi bebelan setiap warga Malaysia tak kira tua,muda,bangsa dan agama. Ianya menarik perhatian umum dengan pelbagai isu,kes dan telahan mahupun tohmahan yang kdg2 masuk akal,kadangan khayal semata-mata. Sendiri mau pandai pikir n selidik la mana nak percaya. Aku bukan nak sebelahi mana2 walaupun aku ada pilihan masing2.

Mengenai perdebatan malam ini yang dikatakan hangat,bagi aku ianya tak lah sehangat yang diexpectkan. Agak hambar dengan pengacaraan yang semacam debat budak sekolah jer. In my point of view la. Jemputan seramai 200 org tu pun mcm hambar jer. Huhu. Aku expect situasi yang lebih lively dan hangat tapi tak. Ada baiknya juga, keadaan terkawal,tak nak la nanti ada kerusi dewan yang terbang. Haha.

Walaupun (spt yg dijangka) DSC membuat serangan peribadi, tapi DSAI dgn bijak telah mengenepikan segala emosi dlm dan mengambil langkah utk tidak menjawab balik serangan peribadi, perbuatan ini dipuji demi menjaga keharmonian dan matlamat debat itu, kalaulah mahu dijawab serangan peribadi, pasti DSC akan tunggang langgang kerana DSAI bukan calang pemidato, juga debat akan lari dari topik. Satu hujah balas DSAI yang aku suka 'saudara pernah sokong Semangat 46 dulu'. Memang kena atas dahi betul2. Haha.

Lagi, hujah2 DSAI smmgnya mantap dan lebih menjurus kpd bagaimana harga minyak dpt dikurangkan tanpa mintak gunakan duit PETRONAS dan cadangan harga minyak turun sbyk 50 sen kepada RM2.20 adalah logik dan mampu dlaksana sbgai lgkah permulaan sekiranya Pakatan Rakyat(PR) memerintah dan Anwar mengumumkan nak bertanding dalam masa terdekat ni. Yeahhh!! '

Hujah DSC pulak tak la menjawab persoalan yang diberi dan tak pula menyangkal logikal rancangan DSAI yang pratikal tu tapi lebih byk berhujah sal habisnya minyak dan tingginya inflasi negara lain walaupun harga minyak rendah. Banyak serangan peribadi terhadap DSAI je. Ape citer.

DSAI membalas dengan slumber gayanya dgn memberi formula -- minyak rendah inflasi tinggi, minyak naik inflasi lagilah melampau naik sambil memberikan maklumat terkini kajian berkenaan inflasi dan menyatakan unjuran inflasi kerajaan tidak tepat dengan keadaan semasa, sambil berseloroh menyuruh DSC membeli ikan dan sayur dipasar. Hujah DSC yang memberitahu beras kita lebih murah dari Thailand begitu menggelikan hati,hahahaha, orang citer minyak dier citer sal beras plak.

Panel DSC, NC UUM tu pun pelik coz cuba nk alihkan perhatian berkenaan IP bebas yang dia katakan tak berkait dengan minyak,akan tetapi DSAI yang sememangnya arif bdalam hal tu membalas ia ada kaitan dengan gas dan gas ada kaitan dengan minyak, sungguh memalukan. Secara ringkas debat tadi 1 DSAI dan 0 Shabery. Shabery letak jawatan!!!! Haha.

Moga byk g perdebatan akan dibuat dan disiarkan selepas ini. Maybe lepas ni boleh mintak Pemuda dari dua2 belah pihak plak berdebat. Mau HOT and SPICY. Wahhh!!haha.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Lapar la plak duk komen sal politiking ni. Tadi smbil tengok DSAI vs DSC makan nasi berlauk yang kami masak. Malam ni masak laie. Men masak2 cm semalam. Tapi kali ni bese jer. Masak ikan goreng n goreng syur sawi oso udang goreng sikit. Ringkas tapi kenyang. Best n jimat. Haha.

Nasi, sayur n ikan yang terkorban.

udang goreng rangup enak dimakan begitu saja.

last week movie festival...

2 pixel(s)

Assalamualaikum...

Hmm..untuk menghabis masa yang ada b4 tdo ni, post kali ni aku nk bercerita tentang atau review dengn serba ringkas movie yang aku tgk last week (7-13th July 08). Movie2 ni adalah bukan movie yang aku tengok kat pawagam. Mereka adalah :

1) New Guy [2002]

"A zero will rise"

Teen-movie
yang agak agak OK la. Dengan adanya Eliza Dushku menambahkan keHOTan filem so-so ni. Jalan cerita yang memang dh boleh agak bagi citer2 cmni. Seorang boy yang selalu dibuli dan ada kwn2 nerd bercita menjadik samseng dan popular. Dalam proses tu mcm2 dia buat and ada yang kelakar n naif. Teen flicks yang common dan biasa boleh didapati dari mn2 filem segenre sebegini.

"Incoherent, silly, and unoriginal, The New Guy offers up the same old teen gross-out comedy cliches. "

5/10 bintang.

More? About. Review. Trailer.

2) Fight Club [2007]

"How much can you know about yourself if you've never been in a fight?"

Merupakan antara filem kesukaan aku. Filem dibintangi Brad Pitt ini memang telah dijangka hit dan memang menepati jangkaan tu. Mengisahkan seorang mamat ni yang ketensenan dengan kerja dia. Stress ngn bos la ni. Tanpa dia sedari cubaan dia dan knnya[kwn imaginasi sms stress] nk menghilangkan stress thp cipan tu mendatangkan bahana pada dia walaupun dia dpt kurangkan depression tu dengan tertubuhnya grup bebas bagi org y suka gocoh, The Fight Club. Kumpulan ni tersebar luas dan berpengruh shingga memaksa dia berbuat sesuatu yang diluar btsn dia. Apakah itu? Tengok lew. Hee. Filem yg memakan masa 2jam++. Mcm hindustan. Haha. 9/10 bintang.

More? Official. Trailer. About. Review.

3) All The Boys Love Mandy Lane [2008]

" There's something about Mandy all the boys love."

Filem teen horror yang LAME. Citer yang mendatar. Aksi yang hambar. Tragedi sadis yang tak sadistic mana. Lakonan pun huhu jer. Awek2 dia pun xbest mana. Common movie mcm yang lain2. Nothing to be proud atau told sangat. Lame. Dot.

3.5/10 bintang.

More? About. Trailer. Review.


4) Manchurian Candidates [2004]

"This summer everything is under control."

Filem lakonan berkesan Denzel Washington yang bertemakan politik dan askar Amerika. Mengisahkan Ben Marco a.k.a Denzel seorang askar pangkat tggi yang trauma slps Perang Teluk di mana dia dtangkap dan dbrainwash. Anak buahnya yang terselamat mnjadi boneka pihak yang jahat dlm usaha dorg mnakluki USA. So Denzel dengan caranya sendiri cuba membongkar dalang2 Manchurian Candidate yang diketuai oleh emak anak buah dia yang sedang bertanding nk jadik Vice President of USA.

Filem yang menarik untuk ditonton dan tak membosankan. Dengan kemantapan Denzel melakonkan wataknya dengan begitu berkesan. As expected from him.
8/10 bintang aku bgi.

More? About. Trailer. Review. Official.

5) Pathology [2008]

" No body is safe. "

Filem horror thriller penuh darah dan mayat lakonan hero siri TV 'Heroes',Milo Ventimiglia dan Alyssa Milano mengisahkan seorang bakal doctor patologi,bahagian bedah2 mayat ni yang terjebak dengan permainan membunuh orang dengan geng2 sehospital dia yang psiko2 smua. Byk darah tertumpah,mayat terbelah,jantung terkeluar dlm citer ni. Sadis bukan seram. Haha. Kehadiran Alyssa Milano menambah seri sikit filem ni. Hee.5/10 bintang.

More? About. Trailer. Review.


6) No Country For Old Men [2007]

"There Are No Clean Getaways"

Ada review mengatakan bahawa filem ini antara filem best ever made. Sounds huge huh. Dan after tengok,sememangnya tak silap. Memang best citer dia, Sedikit confusing kalu tak tgk dengan baik tapi still tak lost. Citer yang pjg,2jam lebih. Mcm hindi movie. Lakonan Tommy Lee Jones. Filem drama aksi jenayah kijam yang best dan thrilling.

"Another triumph for the Coen Brothers, No Country has the perfect mixture of suspense, humor, and desperately compelling performances. The seemingly simple story hides a more complex narrative, and high tension is maintained throughout."

More? Official. Trailer. About. Review.

7) Fool's Gold [2008]

"With little chemistry among the performers, humorless gags, and a predictable storyline, Fool's Gold fails on every level."

Gandingan yang tak menjadi antara Matthew McCanaughey dan Kate Hudson. Semacam takde chemistry dlm lakonan. Quite bored. Huhu. Filem yang mengalkisahkan pencarian harta qarun di lautan di antara sepasang suami istri yng dlm poses nk divorce. So leh agak la pe ending dia kan. Haha. Watak lakonan Alexis Dziena sbgai ank org kaya tu mmg menjelekkan. Lakonan berkesan sbb dpt menyampaikan watak tu tapi mmg gedik2. Haha. Boreeeddd. 4/10 bintang.

More? Official. Trailer. About. Review.


8) D-War @ Dragon Wars @ The War of the Dragon [2007]

"They've made our world their battleground"

Filem yang sedang ditayang kat pawagam Malaysia skang dgn title The War of the Dragon. Filem ni secara tak sengaja aku donlod after tgk trailer dia. 2 hari pas tu baru tau yang baru release kat wyg. Ape citer, filem ni filem September 2007 taun lepas. Baru je tayang kat Malaysia. Sbb tu xde promotion,tetiba je muncul kat pawagam. Aku yg kaki wyg pun xpasan. haha. Trailer dia gempak tapi citer hampeh. CGI pun terpesong mana tah. Tak best.

Filem dari Korea ni mengisahkan psl dongeng Korea sal ular senduk yang Holy jadi Naga lagi Holy. Perbalahan antara Kabuki(jahat) dan Joon Jyi(baik) yang nk rebut pluang nk jadik naga berkuasa. Huhu. Citer yang kdg2 tak masuk akal. Haha.Lameeeee.. Korang takyah tengok.tak best. Nak buang masa xpe. 3/10 bintang.

More? About. Trailer. Review. Official.