Ramadhan's Eve...

0 pixel(s)

Salam.

Akhirnya Ramadhan kompem menjelma esok. Penyimpan mohor besar raja2 telah m'umumkan tadi mengompemkan esok hari pertama Ramadhan 1429H. Hati ni gembira. Dapat juga bertemu Ramadhan sekali lagi. Syukur alhamdulillah.

Hari ni hari sebelum puasa yang juga hari sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 51. Elok sangat la tu. Merdeka kita untuk puasa. Syaitan yang tak merdeka kerana untuk jangka masa sebulan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni dorang semua dikurung dan digari dan juga pintu neraka ditutup serapat-rapatnya oleh Allah S.W.T..

Tadi aku selamat mengerjakan solat sunat terawih pertama bulan Ramadhan ni. Syukran sekali lagi ke hadratnya kerana memberi ruang kepada aku mengerjakan amal daripada aku melepak tak tentu hala smada di rumah maupun di mana-mana. Ngee.. Surau An-Nur membuat 8 rakaat terawih dan 3 witir diselangi sedikit tazkirah. Alhamdulillah dapat aku mengaut sedikit sebanyak ilmu agama terutamanya tentang Ramadhan dan amalan puasa. Tadi imam duk bertazkirah pasal Puasa dan juga kelebihan2nya. Alhamdulillah.

Balik dari terawih, kol family kat kmpung..tetiba teringat.huhu. Sedey gak malam2 pertama posa ni. Best jer dengar mak cerita duk masak lauk tuk bersahur, my pebret plak tu. Huhu. Kak Na, Abg Die, Kak Za, Syasya n Alia yang cumil2 pun ada kat kg. Huhu. Rindu suasana ramadhan's eve kat kmpung ngn rmai org kat umah. Huhu. Sabo je la..nanti kat2 nk raya balik. Nak balik mggu ni mak kata xyah la sbb simpan la cuti tu tuk majlis kak na nnti. Lagipun baru je jumpa mak ayah last week masa g Gelang Patah. Huhu.

Sahur. Tadi dah beli 1 2 lauk tuk sahur. Lauk cikai2 jer. Janji kenyang. Lupa plak nk beli kurma. Huhu. Sok je la beli b4 bbuka. Dah set jam alarm nk bangun sahur dlm jm5. Harap2 bangun la tu. Bese kjut 630 jer, kali ni kena trigger masa baru special utk bulan ramadhan. Nak amik berkat bersahur walau seteguk air cuma. Hee.

Aku nk rehat and maybe trus tdo. Nanti nk bangun sahur. Esok plak. Salam Sahur.

p/s : Info Rohani!

Niat Puasa :
nawaitu shauma godhin 'an adaai fardlli syahriu ramahani haadzihis sanati lillahi ta'aala

"Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."

Doa Berbuka :
allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

"Ya Allah, aku berpuasa karena-Mu, dengan rizki-Mu aku berbuka, dan kepada-Mu aku bertawakkal."

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Merdeka Day!

0 pixel(s)

The spirit of Merdeka!
The spirit of Malaysia!
We are all Malaysian!
Proud to be Malaysian!

Andai Ini yang Terakhir.

2 pixel(s)

ANDAI INI YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[ sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam ]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita…

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KULAKUKAN…..

Grand Finale : MIFC 2008

2 pixel(s)

Salam.

Last night aku poie membizikan diri kat Putrajaya, PICC
untuk melihat malam terakhir pertandingan tebaboom bunga
api di Dataran Putra, Putrajaya.
si ashahlang join skali trip tu.
Jalan masuk ke Dataran bizi ya amat.
Redah jer la. Ape nak buat.
Park moto tepi jalan tepi bangunan KBS.
Tggu punya tggu..tadaaa..
Gempak seyh firewoks dia.Teruja aku tgk.
Wahh..Perghh..Wooo. Ngeh3.
Ni ada buah tangan sikit kat kamu si pembaca.
Nikmatilah....Hitam itu Emas.
Hee.
( Aku rambang mata pilih pic nk ltk sni, byk sgt)
(korang tengok je la..layannn)


kolaj MIFC Finale..eksperimen.

51 things i like about Malaysia..

2 pixel(s)

1. Food...Tomyam, budu, asam pedas, kopok lekor. Nyummy.
2. The Food...Kepelbagaian citarasa dan pilihan.
3. Did i mention the Food?..Ngee..
4. Multiracial...Melayu ada, Chinese ada, Indian ada..smua ada.
5. Gongxi / Deepa Raya...Depa orang malaysia kongsi2 raya...
6. Proton...Walaupun bermasalah..aku still suka lagik Proton.
7. Beaches...beautiful beaches like Tioman and Redang.
8. Indiscriminate parking...parking 4 disabled,etc.
9. "Malaysia Boleh"...Kata pembakar semangat. Bolehh!
10. ABC (Air Batu Campuq)...Makanan lagik. Ngee.
11. Chow Kit Road...Macam2 ada.
12. KLCC...Antara bangunan tertinggi di dunia. Perghh.
13. Mega Sale...3 kali dalam setahun. hee.
14. Traffic Jam...Ngeh3.
15. Mat Rempit...Daredevil berani mati katak. Stunt ya amat!
16. Datuk Nicol David...Ahli Sukan Malaysia paling aku suka.
17. Jalur Gemilang...Kalerful and bendera negaraku.
18. Fake but Ori...Petaling Street..mcm2 ada.
19. Pirated CD/DVD...Senang didapati, murah dan segera. hee.
20. Pasar Malam...Memang feymes n dikunjungi ramai.
21. Mamak...24hours tu. Tempat lepak semua org.
22. Roti Canai...Lagi2 makan. Haha.
23. Manglish...Nolah, Oklah, Yeslah, Golah..Pak Lah. he
24. Abdullah Ahmad Badawi...Krontroversi. Modal Insan.
25. Tun Dr. Mahathir Mohammad...Pemimpin pujaan aku dulu.
26. Air Asia...Sekarang semua boleh terbang.
27. Bunga Pakma/Raflesia...Bunga TERBESAR ada di Sarawak.
28. Stall Kaki Lima...Boleh didapat di mana2 jua anda berada.
29. Cuaca...Khatulistiwa.Pns n lembab.Nice!
30. Toll and Highway...Antara yang terbanyak. huhu
31. Subsidi...Goverment memang baik.
32. Sambal belacan...Pedas dan menyengat. Food lagik.
33. Petronas...Kompeni yang memang sukses.
34. Cyberjaya...Macam Silicon Valley tu..haha!
35. Terengganu...Negeri kelahiranku. Hee.
37. Streamyx...Walau kdg2 mmg bmslh tp byk beri mnfaat.
38. Nasi Dagang...Makan lagi.Org Terengganu punya febret.
39. Datuk Michelle Yeoh..Malaywood ke Hollywood.
40. Badminton Malaysia...Antara febret sport dlm malaysia.
41. DS Anwar Ibrahim..Kontroversi. Kebangkitan. Reformasi.
42. LRT Komuter Monorail...Pantas. Cepat. Padat. Lambat. Hee.
43. KLIA...Antara servis terbest mengikut kajian la..
44. Ikan Singgang...Enak dihirup begitu saja. Ngeeee..
45. The People...Quite generous and opened. Sometimes. Hee
46. Bazaar Ramadhan...Kat Malaysia je ada yg seumpanya.
47. Gotong Royong...Semangat kejiranan tu penting woo.
48. Durian...Walau berbau di luar. Di dalam enak sekali. Nyam2.
49. Maybank...Tempat aku simpan duit.Haha.
50. Lagu Negaraku...Lagu kebangsaan. Lagu Semarak Bangsa.
51. Myself...Coz I am an asset to Malaysia. Hee.

Kemerdekaan ke-51..

1 pixel(s)

Salam kebebasan,

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Gemersik suara Tun Abdul Rahman Putra Al-Haj kedengaran sejak 51 tahun dahulu. 31 Ogos 1957, tarikh keramat Tanah Melayu pada masa itu menyambut kemerdekaan yang mutlak dari cengkaman pemerintahan British yang sekian lama menduduki serta menjajah. Berkat usaha para pemimpin, berkat semangat para pejuang, berkat doa rakyat jelata, berkat semangat yang tak kunjung hiba, akhirnya tercapai jua sebuah kemerdekaan, kebebasan, kedamaian.

Tahun ini, 2008 genap 51 tahun Malaysia menyambut kemerdekaan. Separuh abad sudah dilalui dengan penuh onak liku beranjau duri. Pelbagai telah dicapai, macam2 telah dikecapi, antara suka dan duka, antara gembira dan sedih, antara teruja dan hiba, antara hidup dan mati, antara kejayaan atau kegagalan..semua bercampur baur menjadi satu pengalaman mematangkan isi bumi serta akar umbi sehinggalah ke hari ini.

Tolak tepi isu politik yang sedang melanda negara kita sekarang. Tolak ke tepi perbezaan ideologi, tolak ke tepi beza kaum, tolak ke tepi semua jurang perbezaan yang ada. Mari kita bersama menyambut kemerdekaan ini dengan cara yang betul, dengan sambutan yang meriah, dengan semangat yang berkobar untuk negara kita yang tersayang ini. Kalau tidak kita yang menyambut, meyintai negara kita sendiri, siapa lagi? Bangladeshi? Vietnamese? Indonesi? Mereka semua orang asing..mereka hanya menumpang. Kita ini penduduk asal, warga bermaruah, warga MALAYSIA.

Perpaduan Teras Kejayaan. Itulah tema hari kemerdekaan tahun ini. Logo (gambar dibawah) dicipta untuk menggambarkan tema tersebut. Memanglah kena pada masa ketika dan waktunya. Perpaduan itu adalah teras,dasar,akar,sumber, inspirasi,intipati bagi sebuah perpaduan. Lebih-lebih lagi bagi Malaysia yang sememangnya berbilang kaum. Melayu, India, Cina, Bidayuh, Kadazan, Bajau, Semai, Kenyah dan lain2 kaum perlu duduk bersama dan berpadu tenaga mewujudkan perpaduan erat bagi menjamin kemakmuran, kemandirian, kedamaian, kesentosaan, kebebasan, keselesaan, ketenangan dan kemerdekaan Malaysia terus berpanjangan demi anak bangsa kini jua masa hadapan.
Logo dan Tema Kemerdekaan Malaysia ke-51

Semoga sempena 51 tahun Malaysia merdeka pada 31 Ogos nanti akan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara tanah tumpah darah. Patriotik. Sama-samalah ambil iktibar atas apa perkara yang berlaku dulu dan sekarang. Jadikan ia satu asbab untuk kita lebih maju dan terusan melangkah ke hadapan dalam segala segi dan bidang. Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama2 rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang biru putih kuning merah, jalur kebanggaan, jalur kegemilangan, jalur tanda semangat perjuangan yang tak putus. Kibarkan di tangan, luncurkan ke hati. Pasti semangat yang dicari-cari akan muncul. Malaysia Boleh!!

Akhir kalam. Salam Kemerdekaan. Salam perpaduan. Assalamualaikum!

p/s : Proud to be MALAYSIAN!!
.Lagu Tema.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu…….Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu……Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Kickstart Day 2..

0 pixel(s)

Salam.

We've lost our match today on day 2.
We've gave our best till the end.
We've run for the ball.
We've fun overall.

Let these image tell the story.

The Team + The People + The Name

The Field + The Game + The Strategy

The Crowd + The Cheer + The Pom Pom

The Supporter + The Smile + The fun time

p/s : We've lost but we've fun. We rulezzz!

Kickstart Day 1..

2 pixel(s)

Salam,
Let the day take away.

The Banner + The Game.

The Team + The Spirit

The Game + The Players

The Supporters + The Cheer

The Time + The Post-Game

The Result + The Score

The Standing + The Team
p/s :
we play not to win, but to have fun.
we play not to chase, but to brace.
we play not to struggle alone, but to have teamwork.
Let the spirit lead the way.

my 10 saat2 best Olympic Beijing 08

2 pixel(s)

Salam,
Semalam Olimpik Beijing 2008 telah melabuhkan tirainya setelah berlangsung selama kira2 18 hari bermula 08.08.08. Banyak aksi2 menarik dapat dilihat samada saat gembira mhupun saat duka. So..selama pengamatan aku sepanjang Olimpik ni berlangsung..ini adalah moments yang menarik minat aku dan aku kongsikan untuk tatapan semua. Mungkin ada yang sama pandangan. Bear with me k. Here they are..my top 10 moments in Beijing 2008. List ini adalah bukan secara ranking tapi random list.

1) Acara Pembukaan.

Antara acara pembukaan yang paling best yang penah aku tengok. Sebelum ini aku sempat tengok acara opening di Athens 2004, Sydney 2000 dan Atlanta 1996..Beijing 2008 adalah febret. Upacara opening memang mantap dengan penggunaan CGI dan gimik2 yang wahhh!! Tapi spt yang dikhabarkan juga..majlis opening tu penuh ngn fake n mime factor spt budak kecik yang nyanyi tu and kaum minoriti China. Overall wahhhh!!

2) 100 meter Usain Bolt

Final pertama 100 meter olimpik Usain Bolt memang gempak. Bolt berjaya menggamatkan stadium Sarang Burung dengan gaya larian dan penyudahan serta sambutan kemenangannya.Larian yang bersahaja. Penyudah yang bergaya. Rekod dunia dipecahkan dengan selamba jer.Masa dia tepuk dada tanda menang memang bergaya r..everlasting moment of olympic.

3) Phenomenal Phelps

Saat Lezak menghabiskan renangan terakhir 4x100 meter relay lelaki dan memenangi emas acara itu dan memenuhkan impian Micheal Phelps dlm quest dia memenangi 8 emas 8 rekod dunia. Phenomenal athlete. The Legendary Olympian. Dia pasti akan jadik lagenda renang dan olimpik selepas kejayaan ni. Mengatasi emas Mark Spitz dgn rekod dunia. Ape lagi nak dikata. Melopong je tgk. Teruja dengan semangat dan usaha dia. Patut dicontohi.

4) Pingat pertama Afgahnistan

Negara bergolak dan berperang Afghanistan berjaya mendptkan pingat pertama Olimpik dalam sejarah negara itu melalui Rohullah Nikpai dlm acara TaeKwanDo lelaki kategori 58-Kg. Rohullah berjaya mendapat gangsa. Ini secara tak langsung menunjukkan betapa walau negara itu jucar kacir, walau kurang fasiliti nak training..ianya bukan halangan jika semangat juang itu disalurkan dengan baik. Renungkanlah.

5) Wong Mei Choo : Unlucky

Aku menonton saat2 Wong Mew Choo lawan ngn Lu Lan dr China pada suku akhir. Memang mendebarkan. Mau taknya, sembilan kali Mew Choo pegang set point tapi taknye dapat2. Memang unlucky tul amoi ni kali ni. Bukan rezki dia la tu kan. Tapi sememangnya semangat juang n lwn Mew Choo ptut dikagumi. Cayalah. Cuba lain tahun k. Ngee..

5) Lu Xiang backing down

Saat ini boleh dikatakan paling menggemparkan dalam olimpik kali ni. Lu Xiang, satu2nya atlit balapan dan trek harapan China dan juga harapan org2 china dan juga ikon sukan china slain Yao Ming galah tu. Saat dia membuang pelekat number kat kakinya dan berlalu meninggalkan saingan kelayakan 110 meter lari berpagar membuatkan satu Stadium senyap dan terpaku. Melopong melihat wira mereka berundur sebelum berjuang. Tapi pengunduran itu bukan saja2 jer..kecederaan pada lutut dia memaksa. Nak buat cmne..kang kalu lari lompat2 mahu terpeleot lutut tu..lifetime la xdpt main. Ngeh2.

6) Usain Bolt 200 metre Gold

Double. Usain Bolt memecahkan rekod Carl Lewis yang pernah menang dua emas dlm 100 n 200 meter dlm 1 olimpik. Malah dengan catatan rekod dunia baru. Memang menakjubkan. Bolt Lighthing. Hitam itu Emas. Hee..

7) Yelena Isinbayeva

Ratu bergalah..bukan hantu galah. Ngee. Ratu balapan Russian yang juga juara dunia tiada tandingan sekarang ni dalam lompat bergalah wanita. Memenangi emas dan memperbaharui rekod dunia milik dia sendiri dengan beigitu bergaya n cool. Riuh gamat satu stadium Bird's Nest tu menyaksikan saat gemilang awek yg bleh tahan cun gak ni. Ngee..

8) USA Volleyball team : Men-Final

Team Voli lelaki USA menamatkan kemarau olimpik selepas menang emas menewaskan pasukan top-ranked Brazil dlm 4-set. Aku memang suka voli n tgk voli. So memang mendebarkan la. Spike yg tajam menikam, digging yang kemas, setting yang fulamak, diving pun best, ding yang tepat...memang best la tgk. Mengujakan.

9) Angel's Ultimate Kick

Wachaaa!! Si Angel Valodia Matos melancarkan sepakan tepat kat referee slps tak puas hati sbb didisqualified sbb mggunakan masa kecederaan yang berlebihan. Akibat ketak'sportmaship'an dia dan coach dia yang juga masuk cmpur tu..dorang telah dibanned seumur hidup. Lifetime banned tu. Padan muka. Ngeh2.

10) Chong Wei silver Medal

Pengat eh pingat terbaik Malaysia dalam olimpik. Lee Chong Wei yang bakal bergelar Datuk Lee Chong Wei dibawah coaching Misbun Sidek yang juga bakal bergelar Datuk Misbun Sidek membawa pulang pingat perak acara Badminton solo lelaki selepas tewas kepada world no.1 Lin Dan dari China. Malam tu Chong Wei kena sayur n ayam ngn Lin Dan tapi ok la..dah agak da. Sayur pun sayur la jnji RM300,00 n RM3000 pencen sebulan dpt udahh. Haha.

ulasan YDMWT Zohan...

2 pixel(s)

Salam.

Masa yang agak free ini bertemankan hujan lebat di luar plus guruh2 dentam dentum aku gunakan tuk mengulas filem latest yang aku tengok iaitu You Don't Mess with the Zohan (YDMWTZ). Filem ini aku lihat beberapa hari yang lepas dan kali ni berkesempatan untuk mengulas serba sedikit. Bear with it. ngee..

You Don't Mess with the Zohan [2008]

Lather. Rinse. Save the world.

Filem lakonan terbaru Adam Sandler [50 First Date, 2004] a.k.a my febret comedy actor di bwh arahan Dennis Duggan yang pernah mengarah filem I Now Pronounce You Chuck & Larry pada 2007. YDMWTZ juga menampilkan Rob Scheinder [Big Stan, 2007] sbgai sidekick.

Secara ringkasnya, YDMWTZ yelah sebuah filem yang mengisahkan Zohan Dvir,wira yahudi yang berkhidmat dlm skuad elit tentera israel bg menentang pengganas Palestin. Tapi tidak seperti yang sering dipaparkan dalam media tempatan, Zohan yelah seorang askar Isreal yg cekap, tak cederakan orang awam dan cintakn kdamaian n mahu jadik seorang hairdresser yang berjaya. Dalam quest dia nak jadik pdandan rmbut tu, mcm2 hilarious things happen. Funny, Hideous, Cynical and more. Hmm.

So, ulasan. Ape yang aku suka, and ape yang aku tak suka. Stay tuned.

What do I Like about YDMWTZ.

1. Adam Sandler.

Aku memang minat dgn lakonan mamat Sandler ni lama dh. Kebanyakan filem2 dia sebelum YDMWTZ ni aku tonton dah mcm Click, 50 First Date(layann), Deuce Bigalow, Longest Yard(bestttt), Anger Management, Spanglish, Mr. Deeds, The Animal, Water Boy dll. Lakonan lawak bersahaja dan berkesan.

2. Mesej Overall.
Dalam YDMWTZ ini mempunyai mesej yang bagus iaitu sama rata. Walaupun Palestin dan Isreal bertelagah, tapi in the end, YDMWTZ mberi ruang mereka bersatu dan bekerjasama dlm mengatasi masalah mereka.

3. Loghat Percakapan.
Cara percakapan Zohan dan bahasa Israel mmbuatkan ramai tertawa spt 'Khangaroo', 'Khaustralia', 'Muchentuchen' dll.

What I don't like about YDMWTZ

1. Rating.
Honestly and truly talk
, filem YDMWTZ ini tak sepatutnya diberikan rating U=Umum utk penduduk Malaysia. Macam mn FINAS bleh lepaskn filem ni dgn rating U sedangkan banyak giler adegan2 lawak2 lucah n sx berteraburan dlm filem itu. Terdapat anak2 kecil yang tengok adegan2 yang tak sepatutnya dorang lihat. Tahap penapisan agak diragui. Walaupun ada part2 yang dh censored,tapi masih byk lagi yang patut dicensored. Apekah?

2. Gambaran Sinis terhadap dunia Arab/Islam.
YDMWTZ mengisahkan hero Yahudi a.k.a musuh Islam. So aku dh dpt menggambarkan scene2 yang bakal ditontoni and be composed. Come to watch and evaluate. Sini aku lempiaskan pemerhatian aku. YDMWTZ memamerkan kezaliman tentera Yahudi terhadap warga Palestine.
Umat islam palestine digambarkan sbagi kaum yang lemah,bodoh, suka berpoya-poya dan berdisko. Mesej ini ditonton seluruh dunia dan rating U itu membuatkan ank2 kecil pun aku turut terpengaruh. Senjata halus Yahudi. Berhati-hati.

3. Imej Zohan.
Filem ni menunjukkan imej Zohan sebagai sorang pendandan rambut gigolo yang bukan sahaja memberikan servis dandanan rambut tapi juga servis sx kpd perempuan tua. Ia juga menjatuhkan maruah dan tak menghormati org2 tua yang spt sukakan layanan sebegitu serta pengunaan bahasa serta isyarat yang XX.

4. Penganiayaan
Terdapat satu scene mcm lawak tapi ianya suatu penginayaan. Scene kucing dijadikan sebgai bola sepak raga disepak2, dibaling dan ditimang semacam bola. WWF mesti marah bila tgk ni. Aktivis2 haiwan pun apetah lagi. Satu penganiayaan terhadap hidupan haiwan. Huhu. Plus diltonton oleh kanak2 yang boleh mempengaruhi mereka. Bahaya tu.

Summarization

Overall filem ni kurang best walaupun lawak. 3 Good vs 4 Bad. 3.5 bintang dari 10 bintang.
Pergilah tonton kat wayang utk tahu betul x aku ulas tu. Layann tapi jgn terpengaruh.

More Info? Official. Trailer. About. Review.

2 days b4 2day...

0 pixel(s)

Salam,

Dah dua hari aku tak mbuat post baru. Hari ni free sikit and ada masa luang tuk aku memblog. Dua hari yg lepas agak memenatkan coz on Friday tu bermain Futsal yang lama dah aku tak main. Mau dalam 4 5 @ 6 bulan kot. Ngeh3. Memang pancit. Friendly training match ngn department 'merah' utk match selasa depan. Otot2 tendon2 semua lenguh2..dh la xsempat nk stretch b4 men. Main redahhh jer..hee.. Balik2 umah trus lingkup utk esok pepagi plak. huhu.

kejar..kejar...

mana bola ni??

tarian sambal..

Semalam, pagi2 lagi aku dh cabut dari umah coz nk g umah my sis dlu..kitorg nk g Johor @ Gelang Patah..nun ujung nk kat ngn S'pore dah.huhu. Majlis kahwin adik akak ipar aku, si Fahmi ngn istrinya, Ani. Biras belah Johor mmg rapat so sbb tu kitorg join..mak n ayah aku pun ada n my lil sis n bro jugak. Smua kumpul sna. Ngeh2. Perjalanan mmg memenatkankn plus ujan lebat mengiringi perjalanan jauh beratus KM tu. Tunang my sis yg drive kete, aku lepak kat blkg menidokan diri sbb ponat. Hee. Dalam jam 1++ gitu smpai ke destinasi. Sebbaik senang carik umah. Kanopi kaler ijau putih...hee!

Sampai. Makan. Tengok2 pandang. Snap2. Salam2. Balik. ngee. Aku malas nk crita panjang. Balik aku singgah hantar my parents umah my oldest bro kt BSP kat Nilai n pastu baru balik umah. Reach home bout 1++ o'clock. Here's some snap on that 2 days of tiring days.

ujan lebat di belakang..juga depan..

x jauh dah...gelang patah

Puteri Nabila dan Princess Nadia...

makan bang...jangan tak makan..free baitu..

kelepak3..kelepung3..kebaboom!!

pasangan raja dan putera puteri..ngeee