Ramadhan : Day 25 - Balik Kampung.

0 pixel(s)

Salam,

Semalam aku tak dpt post blog ni sbb masalah kesihatan. huhu. Hari ni, hari ke25 puasa aku kembali tapi...aku akan berehat selama plus minus semnggu dari mengupdate blog ini kerana cuti balik kg beraya..hee..weeeeee....lama tak balik hometown. Terujaaa...hee.

So ni adalah post last sebelum aku bercutiii...ada ucapan raya sikit...

"Bersempena Syawal yang bakal tiba ni.. Aku nak mintak maaf andai aku ada tersalah kata, terkasar bahasa, terlebih lakunya, terambil barang secara tak sengaja, ter’email’ perkara yang tak suka, tersasul cakapnya, tertanya yang tak sepatutnya dan segala ‘ter’ yang ada. Maaf jua dipohon, maaf jua diberikan.

Kepada yang nak balik ke kampong tu, berhati-hati r kat atas jalan raya tu,samada memandu atau dipandu, naik bas atau dengan kereta mahupun motosikal. Ingat orang yang duk tunggu korang kat kampung, ingat ketupat, lemang dan rendang yang terhidang. He. Juga jangan lupa membayar zakat fitrah.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna dan keberkatan. Raikan dengan gembira dan sederhana.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. "

p/s : Jangan main mercun...

Ramadhan : Day 23

2 pixel(s)

Salam,

Alhamdulillah, hari ke-7 terakhir Ramadhan berjaya dijalani. Tak lama dah nak raya Syawal. Semakin hari semakin dekat Syawal menjelma, semakin dekat Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedih jugak..Alangkah baik kalu bulan2 lain macam bulan Ramadhan...

Ramadhan kali ni akan mninggalkan kita dan takkan kembali lagi dah..xkn ada dah Ramadhan 1429H/2008M. Banyak perkara dan benda yang dipelajari bulan mulia ni. Ada yg ok, ada yang tak bape ok. Yang penting amik pengjarn daripada semua tu. Yang elok jadikan amalan, yang kurang elok tu jadikanlah sempadan dan teladan buat pedoman hari muka. InsyaALLAH.

Aku malas nk celoteh byk2 ini malam. Tak rehat lagi ni. Nxt time. Salam Ramadhan.

p/s : countdown : 2 more days before balik kampung..hee

Ramadhan : Day 22 - Creative Award?

4 pixel(s)

Salam,

Hari ke22 Ramadhan successfully handled. Alhamdulillah. Ape yg aku nk citer malam ni...aku dpt pencalonan Award Blog Kreatif dari si Qica a.k.a Noli. Mekasih lew..tapi kretif ke aku nih? Maybe maybe not..aku juz tulis n buat ape aku rasa nak buat. Lantak lew ketip tak. Tapi aku ketip rupenye..kalu tak takkan ada nomination..mcm Emmy Award Nomination la plak..xpun Nickelodeon pun jadik la..paling cikai APBH Award. Haha. aku xnk sebena award ni..tapi org da bagi..amik je la kan..hee. Inilah dia...

ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN

"Assalamualaikum semua!!Yang kat atas sana sihat? Kat tepi ni? Alhamdulillah. (Mcm anugerah pelakon glemer plak..ahaks!) Terima kasih kepada para juri awam, professional dan juri2 mahkamah yang telah mencalonkan saya memenangi anugerah kreatif ni. Terima kasih atas duit sen peminat2 smua kerana SMS saya. Mawi World pun tak kreaftif cmni? (marah Mawi nnti..hee.) Lihatlah duniaaa..tidak lupa kepada shbt karib smua yang menyokong kuat dari belakang,depan dan tepi serta sudut2 tirus yang lain. Mak Ayah,lihatlahh. ngeee. Mekaseyyy!! Assalamualaikum!! "
(Mimpi rupenye..angan2 je aku nih..huhu)

It should been done according to the following rules:

1. The winner may put the logo on his/her blog.
2. Put the link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put the link to the blog.
5. Leave a massage, err, message for your nominees

Colan-colannya adalah : Jeng...jeng..jeng..jengggggg...(musik latar)

1ne) Ustaz Muda : aku suka baca blog nih.ustaz membncgkn hl dunia dan akhirat dgn kekreatifan yang tersendiri. Byk ilmu aku dpt. Korang pun.

Tw2) Rojacked : Blog ni baru setahun jagung nih. Sgt kreatif dengan konsep rojak dia..ada tips2..ada gambo2..ada mcm2. Mixing all together la katakan. Sobona e blog no2 aku nih yg baru launch..boleh ke calon blog sdri? boleh la ek..ek!!hee..

Th3) Wiwiez : Blog si wiwie ni mcm2 dia letak..nmpak kretif, inovatif, plaintif n sensitif.. hee.. mmg ptut dicalonkan..undi Wiwie taip Wiwi hntr ke 1234dan5..ngeh2!

4ur) Xahir : TooSuperHeroes ni mmg best baca...buka jer blog mmg lapar r jadiknya.. kreatif dlm mmbuat org lapor.. bagus2.. haha.. keep it up bro!

5ive) Pok Jukaka : ni blog pok ju ngn tunang dia..kretif..byk bereksprimen. KMP rulezz pok ju!!

6ix) Bond Jella : Ni bakat baru yang baru nk bersinar... hee. Zell, kena blnja makan nih.. hee

Terlebih satu takpe kan? Buat amal jariah sikit bulan baik ni. Nanti nak raya dah..hee.Mohon maaf..tumpang lalu..mintak diri dulu yer..Assalamualaikum!!

p/s : i wonder sapa r mula2 wat award ni..kretif enuf! Holaaa!! TQ Noli 4 my pencalonan tu.

Ramadhan : Day 21

2 pixel(s)

Salam,

Hari ke21 puasa dah tamat. Alhamdulillah. Hari ni penat sgt..lenguh kaki terutamanya sbb pg soping moping raya..lama x soping lama2..bese zup zap zup zap jer siap..ni kena ushar lama2 lu. Plus ngn kesesakan org awam yang sama2 menyemarakkan bandar KL dan Sogo tu serta area Masjid India tuk beli belah for Syawal ni. Berasak2 tu biasa. Plus ujan ondaway balik tadi..aku kehujanan dan mlm ni terasa kepala ni berdenyut2..a sudahh!!huhu..Malas nak citer panjang.. aku ltk gmbr jer..enjoyyy..wa penat..nk rest..korang layannn!!

lori terbalik..toke lari..sapa dpt? hee..

sampin murah..RM10 jer..

suasuana soping raya di Masjid India, KL

Grade A solid tuuu...ori punyerr..hnya di Masjid India

baju ke jari? hmm...jari mkck mn ntah..

antara bebaju yg ada dijual di Masjid India.
perasan ke perasaan?hee..


krew RTM duk menemubual...
aku curik2 amik...


pian tak puas hati ngn mamat tu...
adegan tawar menawar tali pinggang RM15.


kue..kue...kue tunjuk

i feel sesuatu..ape ye?

Baju Melayu Sri Tanjung..
pandai tawar dpt RM80,
kurang pandai dapat RM90..
xpndai..byor la RM98 tu..

Ramadhan : Day 20

4 pixel(s)

Salam,

Bertemankan lagu 'Selamat Hari Raya' dendangan Sanisah Huri menemani aku menaip malam ni. 20 ramadhan dah dilalui. Lagi 10 hari Syawal akan menjelma..Ramadhan kan melabuhkan tirainya. Cepat jer masa berlalu. seakan semalam jer baru start posa..alih2 dah 20 hari dah menahan lapar dan dahag di siang hari. InsyaALLAHbali sepuluh hari terakhir ni kita cuba memaksimakan masa kepadaNYA kerana 10 hari terakhir ni lah Lailatul Qadri akan muncul..di mana ganjarannya adalah amat hebatdan takkan didapati di lain bulan. Hanya Ramadhan. penghulu segala bulan. InsyaALLAH. MOga diberikan kesedaran dan semangat untuk beribadat kepadaNYA walau di mana jua berada.

Lagi 10 hari nak raya ni mesti semua dah bizi ngn persiapan menyambut 1 syawal dengan pelbagai persediaan. Baju raya, kuih raya, perabot langsir baru, persediaan duit raya, cat rumah baru, jadula perjalanan raya dan macam2 lagik. Pasti semua dah memulakan langkah awal bersedia untuk meyambut Syawal 1429H yang kian menjelma. Aku juga tak ketinggalan, duk pikir perbelanjaan yang akan dibelanjakan syawal nanti. Perjalanan pergi balik Terengganu, baju melayu raya..sebb 3 tahun dah aku tak beli baju melayu, so tahun ni aku bercadang beli 1psg. Warna aper tak tau lagik..We'll c. Duit raya untuk anak2 buah kena fikir gak...al maklumlah kita ni dah berkerjaya and ank buah serta tak buah pun kena hulur jugak. Kopak dena. Tapi takpe..setahun sekali kata orang. Hee.

Kuih raya tahun ni maybe beli je kot..n bawa balik kg...biasa my sis buat tapi bila semua dah merantau mencari sesuap nasi meninggalkan mak n ayah jer kat kampung xde siapa yang nak buat. so belilah ape yang mampu. Yang pastinya tahun ke tahun Lemang ngn Tapai takkan miss. Tahun ni InsyaALLAH dapat tolong ayah bakar lemang..tahun lepas tak sempat sebaba balik raya dah lewat..huhu. Lemang makan ngn goreng daging..perghhh,,kecur beb!! ni dh meleleh menyebutnya..haha!

Kecoh plak aku malam ni..haha.xpe la..bukan selalu..setahun sekali dalam bulan Ramadhan.Pasni xjumpa dah Ramadhan 1429H..huhu. Syawal dah dekat tapi jangan fokus sgt pada syawal ketika sedang Ramadhan ni..nanti lain niat plak..huhu. Hayati Ramadhan dan nantikan syawal yang mulia. Ramadhan Cemerlang, Syawal Gemilang, Kita Terbilang. InsyaALLAH. (olah ayat Pak Lah..hee). Salam.

Ramadhan : Day 19 - Fitrah

2 pixel(s)

Salam,

Hari ke-19 puasa Ramadhan. Berjaya dijalani. Alhamdulillah syukur. Hari ni aku juga telah menunaikan tanggungjawab aku untuk membayar zakat fitrah. Alhamdulillah. Bayar kat Masjid Pulau Meranti, Cyberjaya sebelum masuk waktu zuhur untuk semayang Jumaat. Hari yang baik, bulan yang baik dan aku melakukan suatu yang baik. Alangkah baiknya. Hee..

resit zakat fitrah..

Kat Selangor RM5.20 jer taun ni...hometown aku paling mahal fitrah taun ni..smpai RM8 pun bolehh.. tapi xpe la..untuk kebaikan kita dan smua di dunia n akhirat. InsyaALLAH. Moga ape yang dilakukan adalah ikhlas dan diterimaNYA.

kadar zakat fitrah 1429H/2008M

Lagi 11 hari Syawal akan menjelma..so kawan2 smua sama2lah kita bayar zakat fitrah sementara kita ingat dan diingati ni. Nanti lupa plak. Huhu. Salam.

p/s: xde gmbr juadah hari ni coz lauk2 looping jer..he

Ramadhan : Day 18 - IoU

4 pixel(s)

Salam,

18th Sept 2008M = 18th Ramadhan 1429H = Mission Accomplished! Hee. Malas sgt mlm ni nk karang pjg2. Hari ni buka ngn Nasi Briani Ayam Goreng, Putu Piring, Kuih Gulung, Kue petak lembik2 best lapis putih hijau dalam daun pisang..aku lupa namae..huhu, donut ngn air soya. Semua hasil usaha kitorang tunjuk2. Hee.


Nasi Beriani, Putu Piring dan Kuih Gulung..nyummy!

Aku duk melayan satu lagu ni..best..duk ulang2..lagu dari soundtrack Forgetting Sarah Marshall, Inside of You nyanyian Infant Sorrow. Nak kongsi jep..dgr tapi jgn smpai melalaikan. Sekadar hiburan di kala memerlukan. Hee.


Infant Sorrow - Inside of You


Infant Sorrow - Inside of You lyric

Ramadhan : Day 17

5 pixel(s)

Salam,

17 hari puasa dah tertunai. Lagi 13 hari menuju pengakhiran Ramadhan. Mampukah? Mesti r. kuat lagi ni walau kdg2 sakit menyeberang badan. He. Lauk pauk berbuka malam ini adalah lauk pauk ulangan jer. Tak banyak sangat pilihan kat bazar ramadhan. Beli apa yang ada dan jangan membazir.


Salam Nuzul Quran jua diucapkan kepada seluruh umat islam tak kira di mana jua berada, tak kira apa warna kulit, tak kira apa bangsa, tak kira ape jua bendera yang dinaungi. Kita semua di bawah satu payung besar, Islam. Tuhan kita nan satu lagi esa, Allah s.w.t.. Sama2lah kita menghayatinya...

Salam.

Ramadhan : Day 16

1 pixel(s)

Salam,

Dah 16 hari umat islam seluruh dunia menyambut serta menjalankan ibadah puasa 1429H. Alhamdulillah. Hari ni aku lemah...perut meragam maybe sbb menelan megi semalam utk sahur. Huhu. Tapi hari dilalui dgn baik walau sakit perut ulang2 tandas. Huhu.

Berbuka dengan Nasi Lemak Special + Pulut Panggang + Cucur Udang + Kurma Yusof Tayyub yang menggantikan kurma yg telah abis smlm. Hu. Hee.

Pulut Panggang...nyam2!

Nasi Lemak yang best

Cucuq udang...refreshing..

Kurma usof Tayyub...
enak dimakan begitu saja.

Salam Nuzul Quran pada smua umat islam di mana jua berada pada esok hari. Semoga diberkati amalan dan sama2lah mencari keberkatanNYA!! Till then..Salam!!

Ramadhan : Day 15

2 pixel(s)

Salam,

Day 15..Ramadhan...mission accomplished. Good Job. Bravo. Kenyang. Ngee... Tonite magrib, juadah berbuka dengan Mee Goreng + Karipap + Kuih Keria + Kebab..makan ramai-ramai satu rumah. Meriah. hee.. Alhamdulillah.

mi goreng bukan me yang goreng...

kebab yang kebaboooom...

karipap y gebu2..hee

kue keria pada sapa2 yang tak kenal..

Sebab ape aku suka ltk gmbr makanan dlm post aku nih..bih2 g bulan posa? aku pun xtau.. mybe nk mengganggu gugat keimanan org yg berpuasa tgkblog aku ni..mungkin juga aku nk promosi kue mue malaysia yang aneka ragam, mungkin juga sbb aku skdr nak memanjangkan ukuran blog aku ni. xla nmpk pendek jer. nmpk cm rajin je aku nih..haha, mungkin juga sbb nk ingatkan aku n korang betapa kita perlu bersyukur kita leh makan yang lazat2 n enak sedangakan ada insan yang kebuluran menanti makanan. Syukur. Ape pun jua alasan aku n korang alaskan..yang penting bersyukur ngn ape yang ada n jangan membazir. Especially bulan baik nih. Bersatu, Berilmu, Beramal. Hee. Salam.

Ramadhan : Day 14 - TARA

4 pixel(s)

Salam,

Genap 2 minggu posa hari ni..hari ke14 Ramadhan.bersamaan Ahad 14 Sept 08. Aku agak kelaparan hari ni sbb xbangun sahur...totally forgot and unconscious..alarm xdgr..maybe penat sgt n tdo lwt smlm.huhu. Tapi puasa dijalani ngn sukses. Berbuka ngn sedikit nafsu makan berlebihan iaitu dgn nasi dagang lauk ikan n ayam berempah..nasi tambah.haha!! Alhamdulillah habis and tak membazir. Perut kenyang hati gembira minum air tebu ngn soya. Hee.

Tadi siang aku tengok TARA (The Amazing Race Asia : The Toughest Race Eve)..episod pertama season latest,3. mengekalkan host lama si Allan tu lagik. Lokasi perlumbaan pertama adalah di Thailand. Race yang menjanjikan harta USD100,000 kepada pemenangnya ni memaparkan 10 pasukan duo yang akan menghabiskan 11 peringkat perlumbaan sebelum bergelar pemenang. Antara pasangan peserta tu ada dua pasukan dari Malaysia iaitu pasangan Ida Nerina (actress) ngn member baiknya Tania (Heiress) dan pasangan adik beradik Berny and Henry Chan. Nak tau detail pasukan yang bertanding..klik sini.

Ape yang aku nk ceritakan pasal si Ida Nerina tu..pelakon wanita Malaysia muslim. Perlumbaan first adalah kat Thailand dan task mereka yang pertama adalah MAKAN. dan makanan yang perlu mereka makan n telan adalah makanan eksotik orang Thai..korang leh agak kan..huhu. Makanan yang harus diorang telan adalah semangkok serangga, katak dan kala jengking yang dah diperam n goreng. Waaa... Ida Nerina menelan katak tu ngn selamba..bukan ke katak tu haram di sisi agama islam sebab dia dua alam. Jengking pun..rasanya..n bugs tu depends la ada leh makan..ada tak. Tapi yang obvious..the freakin' froggy frogs. Apekah???

Sedih jugak tengok si Ida Nerina tu menelan dengan jayanya walau kekadang nk muntah2 sbb bukn besekan..team lain pun bih kurang. Apekehenye yob? Haram tul ida tu...huhu!! Tu je la aku nk info..hee.. Team yang tersingkir adalah team sepupu sepapat dari India...Neena and Amit. n yang best gak team yang first sampai..team Mai and Oliver dari Thai gaduh2 pas menang sebab Mai kata Oliver asik merungut sal bw beg dia n buat smua kije..n Oliver marah2..mmg ptut pun Mai kena sembur..dah r beg suh orang bwa..task2 pun kbykn Oliver yang buat..huhu!! Lantak korang la..aku tonton jer..Haha. Salam

Ramadhan : Day 13

0 pixel(s)

Salam,

13th Ramadhan dah selamat dijalani. Alhamdulillah. Malam ini berbuka bersama KFC.. Makan KFC Festive Combo..2 pieces of chicken (Spice Crunch), 1 colonel chicken rice and 1 regular rose syrup. aku add Sup ngn Curry-Puff. Kekenyangan makan.


Ngantuk sangat dah ni. Mata xlarat da. Nak beradu jap. Till then, chow. Salam.

Ramadhan : Day 12

0 pixel(s)

Salam,

12 hari dah puasa dijalani. Syukur tak tinggal lagik. Full month posa mcm tetaun lepas. Hee. Hari ni hari jumaat..means hari best sbb esoknya cutiiiii...memang epi je bila jumaat..monday paling tak best..mourn jer..ngeh2..

Kat opis ada miting weekly tadi membincangkan isu2 semasa rakyat malaysia n politik...eh silap.. bincang projek baru. jeng...jeng...jeng...he. Projek yg baru dapat nama tadi. Cannot be mentioned here coz of it's a condidential issue. konfidential la sgt..haha!!

Tadi maghrib berbuka dengan Nasi Ayam + Ayam Goreng Berempah + Chicken Wings + Air Soya. Kenyang. Ape yg tertarik menarik adalah Nasi Ambang yang si Acap beli kat Kinrara katanya..aku tak penah makan pun nasi ni..igtkan nasi pe..rupanya nasi yang dicmpur2..ada nasi. ada bihun/mee goreng..ada ikn masin..ada ayam masak kurma. plus2. rojacked..mixing all together...hee.

Nasi Ambang...mixed!!

Malam diambang pagi..so aku kena chow dlu...lgipun no ide nk truskn. mental block and clogged with foods. Haha.. Salam.

Ramadhan : Day 11

0 pixel(s)

Nasi Kerabu....best!!

Salam,

Hari ke-11 Ramadhan 1429H bersamaan hari Khamis 11 September 2008 selamat dilalui. Tiga perkataan menggambarkan hari ini sebelum berbuka - Lapar. Dahaga. Penat. Tiga lagi perkataan selepas berbuka - Gembira. Kenyang. Rehat. Hee.

Juadah berbuka hari ni adalah Nasi Kerabu tunjuk. Tunjuk satu dapat sebungkus. Hee. Lama tak pekena nasi kerabu..so today during 'break fast' menyantap la nasi itu ngn lahapnya. Ngeh3. Plus aku beli kue donat sira ngn gula tu ngn bertemankn air soya nyum2. Plus juga santap murtabak daging beli kat bazar ramadhan Puchong. Alhamdulillah. Rezki puasa.

Donat...gula2 berlubang..hee!!

Test typing ngn lagu Dan nyanyian Sheila on 7...laju siot lagu tu..xsempat aku kejar..berdesup lagu tu lari..hasil..kat bwh...

"dan...pabila esok...datang kembali...seperti sedia kala
dimana kau bisa bercanda dan..
perlahan kaku pun..lupakan aku..
mimpi burukmu..di....kaupun menangis..maafkan aku..
dan...bukan maksudku..bukan inginku..
melukaimu sedarkah disniku[pun terluka..
melupakan mu menepikanmu..maffkn aku..
lupakn saja dioriku bila itu bisa membuatmu..
bersinar...cai maki saj iriku bila itu bisa membutaku
kembali berinasr dan berpijar spt dulu kala..ohoooo..
dan...bukan maksudku..bukn inginku melukaimu..."

Ramadhan : Day 10

0 pixel(s)

Akok...sedap wehhh!!

Salam,

Genap 10 hari dah kita berpuasa. Alhamdulillah hari ke10 ni xde pe2 yang menyekat perjalanan puasa. Lancar dan ok jer. Hee. Hari yang dilalui pun mcm hari2 semalam..bosan jer menunggu masa berlalu. Huhu. Kena buat sesuatu nak memanfaat masa dengan bih baik drpada meratapi masa yang bosan. Find a way k lan. Make use of all sources to use the time effectively and to the utmost. Huhu.

Juadah berbuka hari ni adalah Nasi Ayam Special..ape yg special ntah. Bese jer..maybe ayam dia besar n berempah. Tp rasa mmg nice. Recommended..tpi lupa gerai mana..hik2. Elsefood, kue akok qlate RM2 4 bijik..kopak den..huhu..n tekak dibasahkan dengan air tebu semalam yg xbis..simpan dlm peti...jimat beb!!hee..

Nasi Ayam Special...cam best.he

Sahur nanti tak tau g cmne..mybe simple je..paling tak..tamar ngn air sejuk..he..sunnah nabi tu. InsyaALLAH.

"Bila hadir kasih sayang....tanda cinta sudah berakar...terkadang pudar hidupku.terkadang semangat gelora..rasa cinta kepada keindahan yang ada yang pernah pada kjadian..berdiri di atas kehendak keamanan kedamaian...cinta menciptaknan rindu..duka membuat kita snedu..semangat terbakr hjangus..hidup mesti terus..kerana cinta dunia pun berperang..ituu cinta sesat di perjalanan..demi cinta kita terlupa dunia..kesesatan...marilah kita bersma terus bercinta,.menjadi cermin untuk manusia..hentikan tangisan rindukan ketengangn..cinta ini perlu keindahan..kasih dan sayangggg..."

Aku xde kije..saja salin on-d-spot lagu Slam - Falsafah Cinta yang berkumandang..hasil kat atas..typo error byk. Kena praktis typing lgik ni..Touch Typing. Hee... Salam.

Ramadhan : Day 9 - Sleepyhead

0 pixel(s)

sugar cane juice yang best...


Salam,

Really sleepy rite now. Do no why..maybe coz of makan banyak tadi..se'eh lagik my stamak ni. huhu. Alhamdulillah, hari keSembilan Ramadhan diatasi dengan jayanya. Dah 9 hari berpuasa tnpa sebarang masalah. Berbuka tadi ngn Mee Goreng pedas ala wasabi..poluh2 seyh makan tadi..nasib baik best..di smping kue apetah yang mcm topung gomak tapi ada lenga..keras sikit dari topung gomak..main beli n makan je..nama xtau..kue tunjuk r senang..haha. Air hari ni aku minum ayak tebu terbaik dari ladang. Freshhh.hee. Melantak juga si popia ngn murtabak hasil tunjuk my hosmet. Alhamdulillah kenyang.


Popppppiaaaaa.....rangup


Mee Goreng Pedas Basah....lazat berapi..

Murtabak..martabat???hee

[..gambo hiasan jer semua..]


" Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat kulalui dengan sempurna...
Selangkah demi selangkah.."

p/s : aku ada buat updation kat nalzarinar ni..kalu korang pasan :
1) Icon Kalendar tepi tajuk.
2) Search engine within nalzarinar.
3) Navi bar kat atas aku buang
4) Horizantal tab yang masih under construction.

Ramadhan : Day 8 - Masa

0 pixel(s)

Salam,

Hari kelapan Ramadhan 1429H selesai dijalani ngn jayanya. Alhamdulillah. Masih ada 20 hari lagi perlu dijalani hari2 tanpa makan minum serta jagaan lain yang wajib ditunaikan. Sekejap je masa bergerak..udah seminggu 1 hari udah berpuasa. Rasa baru mcm 1 2 hari tapi hakikat dah 8 hari dah. Masa memang bergerak pantas meninggalkan sesiapa pun. Kalu tak dikejar. xkan beroleh ape yang dikehendaki dalam masa tersebut.

Bercakap pasal masa, teringat aku akan satu motivasi mengenai betapa pentingnya masa itu. Bak surah Al-Asr. Demi Masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. kecuali org2 yang beriman. Betapa masa itu penting sehinggakan Allah menurunkan sbuah surah ringkas mengenainya. Masa.

Masa ni ibaratkan sebuah bank. Setiap hari kita dikreditkan dengan 86400 saat. Tiba malam setiap hari ianya akan hilang dan samada kita telah gunakan kredit tu pada hal yang betul atau tak terpulang pada kita tapi ianya takkan dapat kita perolehi balik. Writes off. Tiada baki di bwa ke hadapan spt Maybank, CIMB Bank mahupun Muamalat Bank. Masa tidak berbaki pada akhir harinya. Bank Masa ni tak benarkan overdraf..bagi sesiapa pun. No kompromi dan setiap hari Bank Masa akan membuka satu akaun baru bagi kita dan setiap malamnya dia membakar smua masa yang masih tertinggal. Macam tadi, jika kita tak gunakan deposit awal harinya dengan baik, kitalah org yang rugi. Huhu.

There's no going back. There's no drawing against "tomorrow". Itulah bank masa. Kita hidup dengan membelanjakan deposit yang diberi pada awal harinya. Fixed setiap hari. Gunakan dengan baik agar kita dapat hasil yang paling best dari deposit masa tu. Kesihatan, kegembiraan, kejayaan serta keberkatanNYA. Make the most of today, the clock is running without pandang kita kat belakang mahupun depan. Sekali kita leka kita xkan dapat balik masa itu. huhu.

Sembang pasal masa...aku terjumpa ini punya cam puisi in BI. really inspiring. Take a sip and let this inspire u to make use of your time to the utmost.

To realize the value of ONE YEAR….

ask a student who failed a grade

To realize the value of ONE MONTH…..

ask a mother who gave birth to a premature baby

To realize the value of ONE WEEK……

ask the editor of a weekly newspaper

To realize the value of ONE HOUR……

ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of ONE MINUTE…..

ask a person who missed the train.

To realize the value of ONE SECOND….

ask a person who just avoided an accident.

To realize the value of ONE MILLISECOND…..

ask the person who won a silver medal in the Olympics.


Yesterday is history...

Tomorrow is mystery...

Today is a gift...

Thats why it's called the PRESENT!!


p/s : aku buka ngn nasi dagang, ayam percik n air soya tonite. Alhamduillah!!

Ramadhan : Day 7

4 pixel(s)

Nasi Dagang a.k.a Trade Rice..haha [ my febret ]
Salam,

Alhamdulillah..dah genap seminggu menjalani ibadah puasa. Seminggu ni dilalui dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah. Harap2 ianya trus berterusan sampai ke akhir ramadhan. InsyaALLAH.

Hari ni duk lepak kat umah jugak pada siang paginya..n pagi siang petangnya keluar ke Mines jap urusin dua tiga perkara urgensi. Huhu. Maghrib tadi berbuka dengan my pebret dish,Nasi Dagang, Kue Warna Ijau ada inti cair tengah..aku lupa nama..haha..ngn air pebret posa..Yoya. ngee. Semua juadah tu aku tunjuk je dapat..pastu kena hulur RM..huhu.he. Kat bazar ramadhan. Untuk sahur aku beli my most pebret,Tomyam..yeahh.nk buat lauk mkn ngn nasik..kna panaskan la nnt. Makan berkuah ni laju skit pagi2 hari. Hee. Harap2 bangun la sahur. Jangan terlepas. Alarm mau full nih! hee..

Tomyam...
my febret [ gambar hiasan sahaja..hee]


Ape lagik nk citer..huhu..hari ni xde pe sgt aku buat..so xde pkara nk citer. Xyah citer la..aku nk g tgk astro la,nk masak nasik gk..chow sin chi. Salam. ngee...c u nxt post.

p/s: sok kije...malasnya kalu hari isnin..huhu!!

Ramadhan : Day 6

2 pixel(s)

Salam,

Alhamdulillah, aku diberikan kudrat lagi hari ni untuk menghabiskan ramadhan hari ke-6 dengan jayanya. Hari ni agak kelaparan kerna tak bangun sahur. Maybe penat, ngntuk n kekenyangan akibat makan byk sgt kat Hartz Chicken Buffet semalam. Huhu. Aku bangun2 jer subuh dah lama masuk..huhu. Xdapat barokah sahur hari ke6.xpe2.esok aku bangun. 4 sure. InsyaALLAH!

Hari ni hari cuti, sabtu. So aku melepak jer kat umah. Ditambah dengan suasana sekeliling yang kehujanan sepanjang hari walau renyai2..aku jadik malas nak kluar. Memang dh tebiat..ujan je aku jadik malas giler walau cikit punya renyai2. Kalu duk kat luar dah xpe..hee.

Berbuka hari ni dengan juadah dari bazar ramadhan. Ayam berempah 2 ketui, nasi putih msk kat umah gulai kawah daging ngn air soya best. Kenyang, alhamdulillah! Malam ni plak aku duk layan siri Kyle XY Season 2 ngn Nabil Lu Pikir La Sendiri.. Tak g terawih mlm ni sbb kekenyangan n hujan gak renyai2. Hee.

Malam ni aku rasa malas jer nk karang pepanjang. So, aku nak chow dulu. Lagipun panggilan bantal sayup2 kedengaran. Aku nk menyahut panggilan tu. Salam.

Jangan...[Ramadhan's Tribute]

0 pixel(s)

Salam,

Jangan
sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki.

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori rumah.

Jangan
makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan
tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan
pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan
mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan
banyak ketawa.

Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong
,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan
.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan dan kebaikan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Ramadhan : Day 5

2 pixel(s)

Salam,

Hari ke-5 puasa berjaya dibereskan dengan jaya dan kenyangnye. Kekenyangan agak berlebihan dan agak over hari ni. Huhu. Mau taknya..kami (colleagues) berbuka puasa di Chicken Hartz Buffet kat Sunway Pyramid..makan ape nk makan dengan RM23 (dah plus tax). Melayang duit aku..tapi xpe..bukan selalu makan bukak posa cmni. Hee. Hasil dari pencernaan serta penghadaman yang berlebihan tu..aku se'eh a.k.a perlukan Eno dengan segera untuk melegakan perut. Hee. Mata pun melayu jer sbb kekenyangan..So aku xnk ckp pnjg..juz let this pics fella tell ya all the story of tonight..the 5th Ramadhan night. Enjoyy!!

Sampei jugak. Lapo..lapooo

pusingan pertama...boleh abis ke ni?huhu

penantian itu satu penyiksaan..haha

proses digestion in progress...makan jgn tak telan.

test angle dengan potato pian yg tak abis..ish3!

mamat mana ntah!!haha..

a smiling face of Guna...after 1st half meal. Next.

test angle agik..roti + NuarIzi. Sedap roti tu..hee

antara pelanggan Chicken Hartz pada malam itu..

Jason tewas dengan makanan...
Guna pulak nk mkn lagik tu..ngeh3!


After...