Salam,
Hari ke-3 ramadhan dijalani mcm biasa. Perjalanan hidup monotonous. Hee. Hari ni agak lapar berbanding hari2 sebelum maybe sebab hanya makan sedikit masa sahur. After this kena amik sahur ngn amount yang mencukupi tuk meredahi hari. Keadaan mendung dan hujan yang mengiringi bulan puasa mengurangkan desakan tekak yang dahaga kerana kelembapan udara sekeliling. Mengurangkan sikit ujian lapar dan dahaga. Ngee..
Hari ni berbuka simple jer dengan lauk Nasi Ayam Goreng Berempah bertemankan air soya sejuk semalam yang tak habis. Tak elok membazir kan..lagipun bleh minum lagik letak dalam peti ais. Ngam ho! Hee..
Hari ni aku tak bape sihat actually, dari semalam lagik..kapla ni duk pusing..maybe sebab 2 3 hari ni duk meredah hujan rahmat. Ada hikmah disebaliknya..InsyaALLAH..lama jugak aku tak demam..harap2 tak demam la..kesihatan tu penting..bih2 lagi bulan puasa ni...nak puasa penuh kan..tapi kalau setakat demam tu tak mematikan niat aku nk puasa..alah bisa tegal biasa. Bak kata hadis jugak..'penyakit ni adalah penawar bagi dosa-dosa kita'...bukan mintak sakit tapi kalu ditakdirkan kita ni sakit..ingatlah kata hadis tu sebagai satu motivasi. Penghapus dosa kita yang sememangnya sentiasa dalam kecenderungan berbuat dosa. Huhu.
Orang kata dan juga Al-Quran mengesahkan bulan ramadhan ni syaitan digari..dikunci dan neraka dikatup rapat untuk memberi laluan kepada umat islam sejagat berbuat kebaikan, mengurangkan kemasylahatan dengan tiada adanya kehadiran syaitan iblis mempengaruhi fikiran. Akan tetapi kenapa ek kalu kita duk tgk duk perati masih ada ketidakbaikan berlaku di sekeliling kita malah ada yang dekat ngn kita malah kita juga kadang2 melakukannya samada dlm sedar maupun luar sedar. Bagi aku tu adalah tabiat, rutin bagi orang tu...mereka asyik memainkan watak tidak baik pada rutin harian mereka sepanjang tahun dan bila tiba bulan ramadhan ni..walau mereka sedar akan lakuan tu membawa efek yang tidak baik pada diri dan pahala puasa mereka..mereka tetap melakukannya tak kira kecik besar lakuan tu. Huhu. Walau syaitan digari dikunci dan dikurung pun..kita masih lihat kemasylahatan berlaku di mana2. Betullah ape org kata...samada benda baik atau buruk kalau kita asik duk melakukannya..ia akan jadik rutin harian malah menjadik sebahagian dari hidup kita..maybe jadik darah daging kita. Mintak simpang untuk perkara2 yang tak baik. Huhu.*********
Ok la, have something to be done. gtg. Jumpa lagik. InsyaALLAH. Salam.




4 pixel(s):
heroes ne yg season brape ek?...bile nak kuar yea..xsabo nak nengok
semoge cepat sembuh sperti sedia kala yer =)
Padanla xdgt kijo smlm =P
Semoga cepat sihat hendakNya.Amin
buat my heart :
22 Sept. ni episod 1 season 3..latest
buat qica noly :
thx. InsyaALLAH!
buat anonymous :
thx jugak. InsyaALLAH akn kijo bila sihat.ujan menambahkan ketaksihatan. Hee...
Post a Comment