2009 2010

0 pixel(s)

Wishing you all
"Happy New Year, 2010"

Selamat datang 2010,
Selamat tinggal 2009.

Yang lepas tu lepas,
yang sudah tu sudahlah,
Yang di hadapan dirancang seeloknya,
Diusahakan sewajarnya.
InsyaALLAH.


Doa akhir dan awal tahun untuk amalan.. InsyaALLAH.


Salam.

Jumpa di lain tahun, 2010.

5 perkataan terhangat 2009

0 pixel(s)

Kompilasi perkataan dan nama terhangat 2009... go :

5 word baik punyer 2009

5) Vampire..

Ni mesti penangan Twilight ngn New Moon yang baru keluar. Gandingan Kristen Stewart dan Robert Pattinson.. best ke?


4) Stimulus..

Ini sebab pakej rangsangan ekonomi la ni... penangan economy downturn..


3) H1N1

Pastinya selesema babi yang merebak ke seluruh pelusuk bumi.. hampes punya babi..
H1N1.


2) Obama

Presiden USA yang membuat sejarah menjadi presiden kulit hitam pertama USA...
Obama.


1) Twitter

Si burung biru kecil mengalahkan Preseidan USA.. Twitter menjadi fenomena dengan pantas selepas penubuhannya pada 2006 oleh Jack Dorsey and the gang... mantop.
Twitter.

Qurban, Korban & Pengorbanan

0 pixel(s)

Salam,

Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua yang menyambutnya dan selamat berholiday kepada yang tak menyambutnya. Tak kira sambut atau tidak, jangan ada yang terkorban sempena Hari Raya Korban ini. Biarlah haiwan yang akan dikorbankan sahaja yang terkorban. Jangan statistik angka korban manusia pulak yang naik melebihi angka haiwan yang dikorbankan.

Biarlah majlis korban yang diadakan, majlis akikah diraikan.. bukan majlis pengebumian yang menggantikan. Aidil Adha disambut sempena meraikan dan mengingati peristiwa yang bersejarah antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang mana Nabi Ibrahim disuruh oleh Allah yang Esa mengorbankan anaknya Ismail.

Qurban atau menyembelih haiwan pelilharaan yang tertentu (samada kambing/lembu/unta/kerbau/bebiri) pada 10 Zulhijjah atau pada 11-13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) dengan niat kerana Allah untuk tujuan mendekatkan diri kita lebih kepadaNYA. InsyaALLAH.

Pengorbanan mempunyai makna yang besar dan jagat. Pengorbanan untuk suatu kebaikan adalah langkah yang mulia dan amat dituntut. Pengorbanan ke arah keburukan hendaklah dielakkan oleh semua umat bagi mengelakkan kita terkorban tanpa redhaNYA.

Begitu banyak fadhilat dan hikmat yang diperolehi mengerjakan ibadat Qurban ini antaranya :
  • Dapat menambahkan amal kebajikan kita kepadaNYA bak kata sebuah Hadis 'setiap bulu haiwan korban itu adalah kebajikan buat tuannya'. Alhamdulillah;
  • Dapat kita menebus dosa-dosa, seperti sabda Rasulullah kepada cintanya Sayyidatina Fatimah, 'Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu';
  • Mendapat temput mulia disisiNYA. Sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla;
  • Menanam kasih sayang kepada dan diantara golongan kaya dan miskin. 1agama, 1saudara;
  • Mencambahkan kesyukuran kepada ALLAH diatas kurniaan rezki dan nikmat yang melimpah ruah selama ini.

-sampaikanlah walau hanya 1 ayat-
: SALAM AIDILADHA buat SEMUA:

uhu

1 pixel(s)

Bukan gam uhu.
tapi sekadar melahu,
dengan masa yang berlalu,
dengan penat yang menghantu.

Kerja.. datang bertalu-talu,
aku duduk termanggu,
merangka di dalam mindaku..
apa bakal lakuku.

Sejuk... panas... terasa,
Siang... malam... menjelma,
Tidur... bangun... arghh.. malasnya,

... tetiba rasa malas.. chow.
nxt time plak...

salam.

Tan Sri Khalid, Pengerusi baru SKMM

0 pixel(s)

Salam,

Hari ini (21 OKtober 2009), Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mendapatkan pengerusi baru SKMM selepas pengerusi sebelum ini Datuk Dr. Halim Shafie mengosongkan kerusi tersebut untuk bersara pada May. Tan Sri Khalid Ramli pada hari ini sah sebabai Pengerusi baru SKMM. Beliau merupakan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU) di jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini.

More

gempar...

3 pixel(s)

It has been a while since my last post... really.. really need time to get this blog alive again like it used to.. Seeing those archive and comparing posts month after months.. uhuhu. need to rejuvenate, replenish, reactivate, revitalize, restore, renew, regenerate, re-stimulate ..apa lagik? he

Cuba mencari balik rentak dulu yang seaakan dari masa ke masa makin pudar dengan masa yang suntuk, kerja yang agak menyuntukkan. Huhu. Perlu, perlu kembalikan. Azam. InsyaALLAH.

This blog will be revamped soon..just wait..until then..please bear with me!! ngee...


p/s : Aaaaku bukanlah superman...

Jawi Converter - EJawi Online 2.2

1 pixel(s)

Huruf jawi merupakan aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia dulu dan sekarang. Walaupun penggunaannya pada masa sekarang adalah agak terhad dan tidak banyak dilihat penggunaanya terutama di kalangan warga muda remaja kita.

Ejawi Online 2.2 adalah sebuah converter atas talian yang dibangunkan oleh Digikhat Media dan boleh didapati melalui pautan ini : http://www.ejawi.net/converterV2.php. Fungsinya yang dapat menukarkan huruf format Rumi (Huruf Roman Melayu) kepada Jawi (Huruf Lama Melayu) amat berguna dan senang digunakan. Hanya masukkan perkataan yang anda mahu tukarkan kepada huruf Jawi ke dalam 'sandbox' yang disediakan dan klik pada butang 'Convert'. Anda akan dapat hasilnya serta merta untuk disalin ke mana-mana. Semudah itu. Panduan juga telah disediakan untuk memandu pengguna.


Majulah tulisan Jawi untuk semua. Sekian.

fitrah...

1 pixel(s)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, da terbayar zakat fitrah tahun ini. RM7 bagi negeri Pahang. Bayar zakat secara online saja via Maybank2u ..mudah, cepat dan berkesan dan betul. He..

Zakat fitrah 2009 (kecuali Kelantan)

Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7
Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
Johor – RM5 dan RM7.50
Sabah – RM6.60
Negeri Sembilan – RM6.50
Melaka – RM6.30
Sarawak dan Perlis – RM6

Sumber : BERNAMA

* * zakat fitrah Kelantan 2008 ( 1429H) - RM 7.60


Sekarang ni amat malas je nak mengarang blog... kena mencari mood balik and internet connection yang reliable...

In case tak sempat atau malas.. selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin buat semua..

p/s: miss my preciousssss...

puasa...

1 pixel(s)

Salam,

Esok cukup seminggu umat Islam kat Malaysia berpuasa Ramadhan 1430H 2009M. Hari ini baru aku berkesempatan nak berkarya dan mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada bloggers dan bloggees sekalian. Seminggu sebelum puasa aktiviti kerja sedikit bertambah sebab nak siapkan sebelum datangnya bulan mulia ini. Kebanyakan kerja luar, so peluang untuk menatap laman sawang dan si Nalz ni restricted sikit. Tambah kat umah tiada internet lagi tak seperti kat SK dulu, dopopat jam. Ngee.. About a week of fasting, the task kurang dan monotonous...so ada la peluang sikit2 curik2.

SELAMAT BERPUASA diucapkan. Semoga peluang yang diberiNya bertemu sekali lagi Ramadhan tahun ini digunakan dengan seoptimum yang mungkin. InsyaALLAH. pesan kepada diri sendiri jua kepada sahabat sekalian. Selamat ulang tahun kemerdekaan juga kepada Malaysia dan warganegaranya, termasuklah aku ni di atas 52 Tahun mencapai kemerdekaan daripada cengkaman penjajah. Alhamdulillah, 52 tahun berlalu dan Malaysia mengharunginya dengan gah dan berdaya saing dengan pelbagai kemajuan dan kecemerlangan yang dapat dikecapi bersama. Ada saat duka, tapi saat itulah patut diambil iktibar daripadanya bagi mengorak langkah yang lebih pantas dan teratur untuk kejayaan masa depan. Lebih2 lagi pada saat genting sekarang ini yang mana kalau kita lihat pelbagai isu yang timbul atau ditimbulkan oleh pelbagai pihak tak kira kiri atau kanan, depan atau belakang.

Bagi umat islam, apa salahnya kita ambil ruang dan luang bulan Ramadhan yang bersama di dalamnya kita sambut kemerdekaan ke 52 untuk kita sama-sama berdoa dan beramal kepadaNya agar keharmonian yang kita kecapi pada masa ini akan terusan berpanjangan demi masa depan sebuah negara Islam yang berbilang kaum ini, juga kepada diri sendiri. Amin ya rabbal alamin. Pesanan buat diriku jua kalian. MERDEKA!!!

Raya bakal tiba, rasanya terlalu awal untuk diperkatakan tentang raya..tapi ramai dah berbicara pasal raya..itu ini, sana sini...raya di mana-mana.. Asalkan jangan dilupakan Ramadhan yang sedang dijalani kerana mengejar Syawal yang belum pasti. Gunakanlah masa dan ketika yang ada untuk yang terbaik sebaiknya. InsyaALLAH. Aku pohon kurniaMU ya ALLAH untukku dan jua teman2ku sekalian umatMU agar dapat menjalani Ramadhan dan hidup ini dengan penuh berkat dan takwa dan keampunan dariMU kupohon kerna sesungguhnya diri ini amat kerdil dan banyak berbuat kerosakan di muka bumiMU. Amin.

Salam.

pergi tak kembali.

0 pixel(s)

Salam,

Belasungkawa, takziah kepada keluarga Ustaz Asri, ketua kumpulan nasyid Rabbani yang pergi tak kembali pada semalam hari. Kita telah kehilangan satu nur, satu bintang yang selama ini menyinari seni dakwah nasyid. Ingat lagi,kemerduan suaranya membaca ayat2 ALLAH terutamanya takbir raya yang sangat merdu menyentuh ramai umat. Tenang mendengarnya, sayu dan insaf menghayatinya. Sama-samalah kita menadah tangan berdoa memohon kepadaNYA agar roh Ustaz Asri dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang bertakwa. Amin. Al-fatihah!

'Pergimu tak kembali, hilangmu tiada ganti'

Seketika...

2 pixel(s)

Assalamualaikum...

Bersawang da si nalz ni aku tinggalkan dekat ngan dua bulan. Nearly two months already i'm in the new company.. so much things happened and learned. Ngeh3. Lama tak bercakap omputih.. duk sini omlayu jer kecek... kompeni lama layan omputih gak..tp skill xilang g..mata ijau g..haha..

15hb depan genap 2bulan aku kat bandar Kuantan nih. Suasana baru. Slowly adapting into the culture and environment, also the map of Kuantan. Ngee.. Kuantan, bandar nadi Pahang yang semakin membangun.. udaranya tak seperti KL yang smoking buat aku choking, traficnya tak seperti KL yang pending jer manjang buat aku angin. Udara segar, trafik kurang, perjalanan lancar, kemalangan kurang, TIADA TOL..he.

Kat dua bulan kat sini, macam2 task terbuat dan dipelajari, mahupun peta dijalani. Travel buleh tahan jugak. Dari Kuantan ke Trg, ke KL. Dari resort tepi pantai, ke dewan hotel mewah. hehe.. Dari bawa kancil 850 ke bawa Toyota Hilux. He. Dari event 1 2 jam ke event 5 6 hari. Dari duk ngadap PC ke dalam mesyuarat, ke tengah padang. Gaining skills. Malas aku nak citer banyak2. Amik mud nak mengarang balik.

Kat dua bulan aku tinggalkan area Cyberjaya, Putrajaya dan SK. bermakna kat dua bulan aku berjauhan dengan si dia,, Dianaz-MyLife. Hee.. Dulu dekat and senang berjumpa, tapi sekarang jauh gak la..2jam perjalanan plus minus, and berjumpa pun kadang2 bila masing2 free. He. Masing-masing mungkin and sedang bizi dengan tugasan yang baru. Aku dengan tugasan bahagian timur ini, dia dengan tugasan ISO katanya. Caiyok2 buat kita.. Usaha, Doa dan Tawakal. Pasti Jaya. I LOVE YOU. Ngee...ada masa kita jumpa.

Masa tak banyak sangat, ni pun mencuri sedikit masa yang ada selepas lunch time. Pasni ada event awareness kat jabatan goverment sini di sini. So need to chow la. Adios.
Assalamualaikum.

a walk to remember...

4 pixel(s)

Salam,

Mid 2003 aku datang ke Barat Semenanjung Malaysia ni, KL/Selangor, dan mid 2009 aku pindah ke Timur Semenanjung Malaysia, Kuantan. Plus minus 6 tahun bermastautin di area Lembah Klang. Bermula di Bandar Baru Bangi, di UKM, 3 tahun. After dat naik ke Kuala Lumpur, Sentul, Jalan Raja Laut, Cosmopoint, KLCC, Jalan Pinang, setahun. After dat turun ke Seri Kembangan, Cyberjaya, sampai la sekarang, 1 tahun setengah. Dan esok bermula perjalanan ke hentian baru, Kuantan, Pahang.

Aku tinggalkan company sekarang, Satyam Computer Services Ltd. untuk mencari pengalaman yang lebih luas, menyelamatkan diri..hee..dan melengkapkan diri. Hentian karier seterusnya di SKMM, Cawangan Pantai Timur. Kerja baru, tempat baru, suasana baru. budaya kerja baru. Asing. Bakal dibiasakan. InsyaALLAH. Perancangan bakal dilaksanakan.

Perjalanan kareer yang bermula seawal selepas konvo, beranjak lagi. Dari My5 ke YGL. Dari YGL ke Accenture. Dari Accenture ke Satyam. dan dari Satyam ke SKMM. Cukup ke? huhu. Tempat bari lagi dekat dengan hometown.. boleh balik jenguk orang tua lebih kerap...hee..

Si dia juga bertukar kerja ke Terengganu. Rezki berkat usaha dan kesabarannya. Hee.
Berkat usaha, doa dan tawakal.. Berhasil. A very best good luck to u sayang! he. Terengganu ngn Pahang jiran jer.. Ingat PLAN, USAHA, DOA, TAWAKAL!! Doakan yang terbaik!! 143!

Friends. Thank you all. For all these years. Mean a lot. Let the bond last forever. Do keep in touch. Do inform, do update. Best of luck! Wish me luck! Till meet again.

Sedang menaip dalam mengantuk, baru jer abis kemas barang. Esok bertolak ke Kuantan bersama barang2 dengan SLK. huhu. Don't mengantuk and drive. Huhu.

Mata kuyu ni dah makin kuyu. Nak tidow. Goodbye. It has been a wonderful years. A walk to be remember...always!! END.

See you in the new season of nalzarinar. InsyaALLAH!!

Jom Tengok Wayang : Jun

1 pixel(s)

Filem baru yang bakal menggegarkan pawagam di Malaysia Jun ini. Tengok jangan tak tengok!

Hannah Montana The Movie


Tarikh : 04 June 2009
Pengarah: Peter Chelsom
Pelakon: Miley Cyrus, Emily Osment, Jason Earles


Fighting


Tarikh : 04 June 2009
Pengarah: Dito Montiel
Pelakon: Brian J. White, Channing Tatum, Luis Guzman


17 Again


Tarikh : 04 June 2009
Pengarah: Burr Steers
Pelakon: Leslie Mann, Matthew Perry, Michelle Trachtenberg, Zac Efron


The Brothers Bloom


Tarikh : 04 June 2009
Pengarah: Rian Johnson
Pelakon: Adrien Brody, Mark Ruffalo, Rachel Weisz


Jangan Pandang Belakang Congkak


Tarikh : 04 June 2009
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Cat Farish, Lisa Surihani, Mazlan Ahmad


State of Play


Tarikh : 11 June 2009
Pengarah: Kevin Macdonald
Pelakon: Russell Crowe, Ben Affleck, Rachel McAdams


Drag Me To Hell



Tarikh : 11 June 2009
Pengarah: Sam Raimi
Pelakon: Alison Lohman, Ellen Page, Justin Long


Fired Up!


Tarikh : 11 June 2009
Pengarah: Will Gluck
Pelakon: Eric Christian Olsen, John Micheal Higgins, Nicholas D'Agosto


Blood: The Last Vampire


Tarikh : 11 June 2009
Pengarah: Chris Nahon
Pelakon: Jeon Ji-hyeon, Allison Miller, Masiela Lusha, Colin Salmon, Andrew Pleavin


The Last House on the Left


Tarikh : 18 June 2009
Pengarah: Dennis Iliadis
Pelakon: Tony Goldwyn, Monica Potter, Sara Paxton


Transformers: Revenge Of The Fallen


Tarikh : 24 June 2009
Pengarah: Micheal Bay
Pelakon: Shia LaBeouf, Megan Fox.

pendakian...

0 pixel(s)

Hidup ini bagaikan pendakian sebuah bukit...
Perjalanan dari bukit ke bukit..
Melalui lembah-lembah..
Naik turun... Turun naik...
Altitud berubah, suasana berubah.
Adaptasi membiasakan diri..
Asimilasi...

Pendakian demi pendakian...
memantapkan hati, membentuk jiwa,
mengubah nurani, mencari erti..
InsyaALLAH..
ketemu pengertian yang di cari..
Ianya penuh seni.

Pendakian seterusnya...
belum tahu bagaimana,
berbekalkan pendakian itu,
akan di daki..
Asimilasi diri.

Miley Cyrus - The Climb



I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin,
You'll never reach it,
Every step I'm taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There's always going to be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down but
No I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on, cause

There's always going to be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb (yeah)

There's always going to be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb (yeah yeah ea ea)

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

Whoa a oh oh

Happy Old Friends, New Friends Week

1 pixel(s)

to ALL FRIENDS....

kawan2 SMKPB 97/99

geng KMP 02/03 esp. H1P3

geng kuliah FTSM, UKM 03/06

budak2 TK, FTSM 03/06

team HS1481 03/04

HS1481

team UKM MSC-IHL 04

geng kembara alam. @Nuang.

ACCPians @ Cosmopint 06/07 Class 14

ACCPians @ Sentul Mawar Apt.

geng Sentul @ Orkid Apt.

geng LP8
(pic pejai ngn wan xde.. ganti ngn Ben n Hasrul)

geng Satyam ELTP 16..
we ruless!

my ONE n ONLY!

Friendship are forever.
It Remains.
Virtually or Physically.

Tak lupa geng2 yang xde pic..huhu.
geng @ SKBJ,
geng @ PERMATA UKM,
geng @ YGL Consulting,
geng SAP @ Accenture,
geng internet, groups,
forum, SOS, dll.
Semualah!!
FRIENDS.
  • International Friendship Month is February
  • Old Friends, New Friends Week is the third week of May

Barcelona is the best is Barcelona

0 pixel(s)




Barcelona wins against Man. Utd

2 - 0

Eto'o @ 10' and Messi @ 70'

The Catalan rulesss!!

CHAMPION!!

Prison Break : The Final Break.

0 pixel(s)

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya panas sampai malam. He.. hot stuff. Ingatkan hari tu Prison Break da abis dengan kematiannya dan ada anak da. Rupanya semalam terdownload episod paling last PB, kat dua jam. Layan. Memang memberangsangkan.

Dalam episod tambahan ini Micheal dan Sara berkahwin di tepi pantai dan sedang mereka boozing around meraikan perkahwinan itu, datang polis menangkap dan memprisonkan Sara atas tuduhan membunuh Kristina a.k.a emak Micheal Scofield. So, Micheal bengang dan percubaan memecahkan penjara untuk Sara bermula dan dia mengorbankan dirinya untuk membenarkan Sara keluar dengan jaya dan selamat bersama anaknya di dalam kandungan Sara. Apa seterusnya dan bagaimana the gang memecahkan penjara... korang layann. Tunggu DVD keluar atau download sekarang di sini. Mengujakan. Standing and sitting ovation. He.

p/s: menunggu siri hebat seterusnya..

hot in herre...

2 pixel(s)

'So hot in herre' bak kata lagu omhitam tu..Usher kalu tak silap... memang panas. Semakin hari makin panas. Kepanasan yang tak menyelesakan. Berpeluh ketiak ini menghabiskan bait2 ayat ni. Cuaca dunia makin panas. Karbon monoksida dah berjaya menipiskan lapisan pelindungan bumi. Membenarkan kemasukan sinar matahari yang panas membawa bahangnya ke malam hari yang sepatutnya menyelesakan. Penyebabnya adalah manusia juga..aku jugak, korang pun sama.

Global warming
makin menular... tanda akhir zaman.. actually banyak da tanda akhir zamam a.k.a awal kiamat berlaku kat atas bumi ni, kita jer kadang2 tak nak ambil tahu atau sengaja mengelak mengetahuinya. Perang, penyakit, jantina, pembohongan, riba', dll. Huhu. Peringatan buat diri sendiri dan yang lain. Berbekalkan kipas kecik macam aku ni tak bisa melawan dan menghalang perpeluhan. Lelehannya dirasai. Huhu.

Panas macam ni la jugak kadang-kadang menghapuskan jejak-jejak ide yang bersarang. Malas jer. Berbekalkan air kosong berais yang ntah ke berapa dah. Huhu. Berlatarbelakangkan lagu dari kumpulan Hujan. Bersaksikan sinar kalimantang. Hee.. Panas jugak. Pada masa ni lah baru nak memanggil2 hujan dan menghargainya, sebelum ni kalau hujan turun dimarahnya kerana tidak bisa menjalankan aktiviti harian dan menaikkan hormon zzzz. Bila panasa macam ni baru nak mintak hujan..oh hujan.. bukan kumpulan Hujan. tapi hujan. Rain. bukan Rain pelakon korea tu, tapi rain hujan. Nak pegi mandi, sembahyang and cuba tidur. Chow.

Salam.

p/s: mencari umah/bilik sewa di bandar kuantan...sapa ada contact!!

Ameican Idol 09 : Kris Allen

2 pixel(s)

American Idol 2009 dah melabuhkan tirainya dan pemenangnya telah diketahui. Dan kejutan telah berlaku dengan menangnya Kris 'the underdog,the dark horse' Allen menewaskan favourite Adam Lambert.

Kris Allen, pemuda dan pelajar 23 tahun yang telahpun berkahwin, berasal dari Conway Arkansas dianugerahkan trofi AI ke-8. Dia berjaya mengalahkan Adam Lambert pada final dan 11 finalis yang lain. Pada persembahan final yang turut dihangatkan oleh persembahan artis jemputan yang meletup iaitu Black Eye Peas, Cyndi Lauper, Carlos Santana, Rod Steward, KISS, Keith Urban, dan Queen. Sememangnya best 'We are the Champion'. Auranya takkan pernah hilang. He.

Sebanyak lebih dari 100 juta undian selepas hari persembahan mereka pada hari Selasa. Sepanjang musim sebanyak 624 juta undian didapat, satu rekod baru. Fuyohhh!! Kalau semua duit tu dihantar ke dunia ketiga untuk membantu yang memerlukan kan bagus. Hmm..

Overall, kualiti AI musim ni memang tak lari. Kris Allen sememangnya berhak dengan bakat dia. Dari underdog menjadi king of the night. Good job. Adam Lambert juga sama hebat.

Influenza B4B1

0 pixel(s)

Nama INFLUENZA A H1N1 telah ditukar kepada
INFLUENZA A B4B1.

End.

Semua yang bermula pasti kan berakhir...
Menyelesaikan assignment hari ini..he

Prison Break Musim ke 4.


Episod pelarian dari penjara akhirnya BERAKHIR.
standing ovation!


Heroes Musim ke 3.


Musim 'fugitive' telah berakhir,
menunggu ketibaan musim
'redemption'


Lost Musim ke 5.


Musim 'time confusing' lost berakhir,
menunggu kejutan baru...makin lost
la alamatnya..


Fringe Musim 1.


Siri baru yang meyakinkan.
Sebuah lagi dari J.J. Abrams

Hafiz juarai AF7 dan H1N1

2 pixel(s)

Hari ini...
16 May 09

Selamat Hari Guru.
Jasamu dikenang.

Malaysia kalah di tangan China..
lagi sekali..
Badminton. 3-0.

Malaysia kalah ditangan China...
disekat..
Hoki.

Man. Utd menang title EP..
seri dengan Arsenal..
Dengan Barca nanti?
MU akan kalah!!

Hafiz Juara AF7..
kalahkan Aril.
Kualiti > Kuantiti.
Good.
Ismah patut No.2

Influenza A H1N1...
makin menular..
makin ramai dikuarantin..
Selangor/KL..
Pakai Mask..
huhu..
Kritikal..

Buat Ibu...

2 pixel(s)


BUAT IBU...

IBU...

Relaku korban apa jua
Kerna anakmu tahu
Ibu sudah pasti tidak teragak-agak
Untuk berkorban apa sahaja demi anakmu

IBU...

Jika ada sesuatu yang dapat kuwarisi
Ingin kuwarisi senyuman seorang ibu
Yang dapat menenangkan hati
Jika ada sesuatu yang dapat kucontohi
Ingin ku kucontohi kesabaran dan kesungguhan ibu

IBU...

Moga Hari Ibu
Bakal membawa janji
Yang bererti dan terus bersemi
Buat Ibu tercinta
Daripada anakmu yang merindui.
U R D BEST MOTHER!!

Lagu untuk ibu :
Andra & The Backbone - Sempurna

p/s : setiap hari adalah hari ibu..

Beauty and The Geek

1 pixel(s)


Beauty yang low IQ digabungkan dengan Geek yang high IQ tapi
low self esteem dan social skill dalam satu eksperimen sosial.

Can u be more than just a beauty and a geek?

Muat turun dengan uTorrent.

Musim 1
Musim 2
Musim 3
Musim 4
Musim 5

Keputusan Penuh AIM 16

6 pixel(s)

Majlis : Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-16 (AIM 16)
Tarikh : 2 Mei 2009
Tempat : Dewan Merdeka, PWTC, KL
Siaran Langsung : NTV7
Pengacara : Bob Lokman, Adibah Noor, dan Afdlin Shauki
Persembahan : Misha Omar, Dato' Sheila Majid, Joe Flizzow, M. Nasir, Faizal Tahir, Rossa, Hujan dan Meet Uncle Hussien.
Pemenang :

1. Kulit Album Terbaik

Vignes Balasingam/Remain Unknown - Estranged

2. Rakaman Album Terbaik
Harapan - Reshmonu

3. Album Pop Etnik Terbaik
Lentera Timur - Dato' Siti NurhalizaSi

4. Album Nasyid Terbaik
Nostalgia Nadamurni - Rabbani

5. Album Hip Hop Terbaik
OK-Malique

6. Video Muzik Terbaik
1000 Tahun (Mahu Hidup) - Butterfingers

7. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Pada Cintanya - Dato' Siti Nurhaliza

8. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Ayat-Ayat Cinta -Rossa

9. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Raihan- Assubhu Bada

10. Lagu Cina Tempatan Terbaik
Man Jiang Hong - Man Jiang Hong

11. Lagu India Tempatan Terbaik
Ethirrpaarakiren - Anbarasan & Anuratha

12. Album Cina Tempatan Terbaik
Will Be Good - Will Ng

13. Abum India Tempatan Terbaik
Ethirpaarkiren - Anbarasan & Anuratha

14. Lagu Pop Etnik Terbaik
Nafas Cahaya - Misha Omar

15. Anugerah Wirama
Habsah Hassan


16. Persembahan Vokal Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato' Siti Nurhaliza - Di Taman Teman

17. Lagu Nasyid Terbaik
Bila Nur Melimpah Hati - Rabbani

18. Lagu Hip Hop Terbaik
Mentera Beradu - Malique & M. Nasir

19. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Aizat - Lagu Kita

20. Album Inggeris Tempatan Terbaik
President - Joe Flizzow

21. Artis Baru Terbaik
Meet Uncle Hussain

22. Lagu Rock Terbaik
Bila Aku Sudah Tiada - Hujan

23. Lagu Pop Terbaik
Cinta Adam & Hawa - Misha Omar

24. Album Rock Terbaik
Hujan - Hujan

25. Album Pop Terbaik
Misha Omar - Misha Omar

26. Lagu Terbaik
Nafas Cahaya - Misha Omar

27. Album Terbaik
Lantera Timur - Dato' Siti Nurhaliza

Statistik :

Misha Omar : 4
Dato' Siti Nurhaliza : 4
Faizal Tahir : 0.zero.null.blank_.
Mawi : yillek!! gigit jari jer mawi tahun ni.

Dah Agak Da : Tomok

0 pixel(s)

Salam,

Kebelakangan ni sejak Tomok memasuki OIAM musim 3, nama Tomok a.k.a Shah Indrawan meletup. Pom pam pom pam. Tipikal pandangan orang lain terhadap Tomok, semacam pandangan aku jugak: Kebudakan; Sengau; Tangkap leleh; Diminati mudi2. Mula - mula aku tak amik pot sangat pasal Tomok dalam OIAM ni...tapi selepas 2 3 minggu IOAM ni berlangsung dan Tomok telah menyampaikan 2 3 buah lagu, semakin kedengaran cakap-cakap di dunia realiti dan maya tentang Tomok ni. Kat dada-dada akhbar juga ter'tebeng' (bahasa T'ganu) muka dan berita Tomok. Aku jadi nak tau sejauh mana benar kata-kata nukilan, so aku cari YouTube, sumber inspirasi anda, mencari clips Tomok IOAM 3. Selepas 3 clip aku tengok...hmm..

Not bad. Suara dia tak sengau, dah pecah da.. dulu belum baligh lagi, suara tak pecah, macam budak2, tapi sekarang suara dia menunjukkan kematangan dia la... dengan aksi persembahan yang boleh dikatakan mantap berbanding pelajar AF, bukan dia sorang, boleh dikatakan semua contestant, samada dah bergelar artis mahupun yang baru. AF tak dapat lawan dari segi kualiti.

Berbalik kepada Tomok, persembahan lagu dan vokalnya boleh dikatakan mantap dan keberanian dia membuat perubahan dan sesuatu yang baru pada lagu-lagu yang dimainkannya membuatkan dia antara feveret untuk memenangi 1 juta. Ternyata benar. Bukan nak puji dan bukan peminat Tomok tapi kualiti yang ditunjukkan oleh dia sebagai sorang penghibur patut diambil pot. Moga dia tak jadi macam Faizal Tahir. haha... Pada peminat Tomok, ni kompilasi Tomok @ IOAM 3 sebelum malam Final...


















na sa ri na ra

1 pixel(s)


japanized...
nalzarinar in japanese...


Sebutan : na sa ri na ra

nak jugak? sini.

Babi pun kena flu...

0 pixel(s)

Salam,

Semalam dalam surat khabar terbaca satu ruangan kecil tentang Selesema Babi. Terfikir akan kesannya adakah macam selesema burung yang menghuru-harakan seantero dunia sebelum ni? Adakah? And then tadi, tengok Buletin Utama kat TV3, tajuk utamanya adalah pasal virus flu ini. Makin hangat dibincangkan dan penduduk dunia semakin panik akan kesannya adakah semacma bird flu? Mungkinkah?

Bermula dari Mexico, jirannya America mendapat tempias dengan beberapa mangsa telah dikenalpasti menghidapi penyakit berjangkit ini. Dan dalam masa yang sama negara lain mengambil langkah berjaga bagi menghalang penularan virus tersebut termasuklah Malaysia. Membuka semual jawatankuasa yang sebelum ini menguruskan penularan birds' flu. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubat.

Jadi, apakah virus selesema babi ni? Haramkah ia? Kena samak ke kalau menghidapinya? huhu.Tanda-tanda selesema babi adalah menyamai dengan selesema biasa. Antara simptomnya :
(sumber : nowpublic)

  • demam panas (sepanas 105 atau lebih)
  • loya dan muntah
  • sakit kepala dan/atau sakit otot/sendi
  • masalah pernafasan
  • masalah sinus
  • cirit birit dan dehidrasi
Bahaya ni..payah nak detect, macam flu biasa... kena gi klinik cepatkalau ada tanda flu. huhu. Selesema terbaru ini dikatakan lebih mudarat berbanding sebelum ini kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan babi. Virus hibrid seyh.. dah la bird's flu xdapat lagi penawar dia, datang plak virus haram ni. Haru.

Huhu. Dunia akhir zaman ni penuh dengan pelbagai wabak penyakit, dari burung, skang babi, lepas ni apa pulak? Gajah? Penguin? huhu. Cegah sebelum parah.

Malumat lanjut.
Swine Flu

p/s: semalam hari jadik aku. 25 x 25. 25th on 25th. and Selangor menang FA Cup!!he.

Kalam...

0 pixel(s)


What is the Secret of SUCCESS... ? "RIGHT DECISIONS"
How do you make Right Decisions... ? "EXPERIENCE"
How do you get Experience.. . ? "WRONG DECISIONS"
Dr. ABDUL KALAM

Without your involvement you can't succeed.
With your involvement you can't fail.
Dr. ABDUL KALAM

nak bunting segera?

0 pixel(s)

Sedang aku merewang kat sawang internet,
terjumpa la gambor iklan ni.Iklan 'BUNTING SEGERA'
bagi sesiapa yang nak bunting secara cepat.
Sila la kontek no tertera..haha


p.s. : guna la word yang tak double meaning...
banner ke pe ke...bunting segera..

Pecah Penjara kembali...

0 pixel(s)

Baru jer lepas menonton episod latest Prison Break.
episod 17 musim ke 4.
Mantopp.

Hari ahad, hari untuk tidow!!!

Terengganu vs. Perak

2 pixel(s)

vs

Semalam sekali lagi aku aku dikatakan orang perak. Kali ni dari sorang polis pencen yang aku ketemu kat putrajaya, tanpa disuruh teka, dia mengatakan "orang perak ke?" Perak sangat ke aku ni? haha.. Banyak kali gak da aku dikatakan asal Perak. Huhu. Pape pun, i'm happy with myself. Terengganu kiter... Anak jati Terengganu ni. Senyum sokmo!!


p/s : Da tengok Jangan Tegur karya Pierre, ok la, tipikal. Jangan pandang belakang lagi best !!
Nak lebih sikit? sini

watched!

0 pixel(s)

Watched!!
Antara filem yang aku tontoni this past two weeks
dekat PC aku mahupun pawagam bila masa lapang!


The Unborn [2009]

"Filem seram yang biasa saja. Bolehlah, sedikit bosan!"


Singh Is King [2008]

"Aku layan jugak Hindustan.. certain movie je la.
Karpal Singh memberi idea aku menonton cerita ni.
Bolehla. "


Catch Me If You Can [2002]

" Dah beberapa kali da tengok citer ni. Tak puas.
Best. DiCaprio ngn Hanks. Mantop!"


Fast & Furious [2009]

"Movie paling latest aku tonton kat Cinema,
ngan my precious.
Memang mannntop!!
Penuh aksi maksi
. Vin Diesel mantopp!!"


Paul Blart - Mall Cop [2009]

"Baru jer tengok kat PC selepas berjaya download.
Hiburan seisi keluarga. Nice. "


Dante's Peak [1997]

"Citer lama nih, masa aku tingkatan satu kuar citer ni.
Boleh tahan la. Kisah volcano!"