Inkheart - Mari Membaca bersama Silvertongue

2 pixel(s)

Salam,

Can't sleep. Telah sekian lama, beberapa hari aku tak post ke blog ni. Kebizian menghalang dan memalaskan. Masalah teknikal jua membantutkan. Huhu. So, aku ada idea nk buat entry coz, aku baru mengadap InkHeart. Wanna review la. As always. Check it out.

InkHeart (2009)

.Introduksi.
Sebuah filem bergenrekan pengembaraan, family, fantasi, fiksyen dll. Hasil garapan Iain Softley dan dibarisi pelakon berkebolehan seperti Brendan Fraser, Eliza Bennet dan Paul Bettany. Novel InkHeart dikarang oleh Cornelia Funke.

.Sinopsis.
Mengalkisahkan pengembaraan seorang anak gadis dan ayahnya yang mempunyai magis yang dapat menghidupkan watak dalam buku jadik real dengan hanya membaca buku tersebut; Bakat itu telah menyebabkan si suami kehilangan isterinya sebagai ganti watak yang jadik real. So, si suami mencari akal dan buku yang menghilangkan si isterinya itu untuk mengembalikan semula isterinya, emak kepada anaknya. He. Bermulalah pengembaraan mereka yang penuh fantasi.


.Apa yang aku suka.
- Mesej yang disampaikan > Mari Membaca;
- Scenery dia cantik seyh..
- effect dia...spectacular.
- Dustfinger

.Apa yang aku tak suka.
- script dia mcm terabur sikit.. bagi aku la.
- ending dia mcm kureng sikit.
- jalan citer dia cam bosan gak kekadang.

.Simpul Mati.
Kalau korang adalah peminat citer/buku Wizard of Oz, citer dia plus minus, and korang perlu tengok. Mesej membaca yang disampaikan memang ok. Passion for literature and reading. Overall aku bagi 3.5/5.

.Informasi.
Rasmi. Tentang. Trailer. Ulasan.

.A Q 4 U.
Jika kamu adalah ada magis boleh hidupkan watak dalam buku, watak apakah, bagi 5?

apekehe?

0 pixel(s)

kaki lenguh,
mata mengantuk,
perut meragam,
hati tak keruan.
huhu

Macam mana YouTube buat laba?
Ads la..

tag and award.

1 pixel(s)

Salam,

Dah beberapa hari dah aku abaikan Nalz ni, situasi sibuk menyebabkan aku tak dapat membuat entry2.. hanya menjadi pemerhati dan memandang di kejauhan. Ingin nak menaip kembali idea2 basi tapi bizi menyekat. Hari ni kena kije gak..huhu. n aku teropen page noli dan aku dapati aku jadik pencalonan bagi anugerah..anugerah '2008 cute's blogger award'. Terharu. Ini kali ke-2 aku mendapat penganugerahan ini. Lihatlah duniaaaaa... ngee. Dengarilah kisahnya.

Terima kasih kepada noli yang menganugerahkan anugerah ini.. FYI, noli ni colleague aku n statemate aku. BN kalah kat KT. Yezzza. he.

10 hal sal aku... true story :
1- aku makan banyak mana pun.. berat aku maintain. ngee.
2- suka melihat langit, suka awan gemawan yang biru
3- bukan seorang perokok.
4- setiap kali cukur rambut, rambut aku bertukar gaya, lurus > jenggi > wavy > xberapa nk wavy
5- pernah jadik cikgu tusyen (3 kali)
6- kipas-susah-mati sup2 dan tomyam
7- dulu aktif altiviti lasak.. skrg.. huhu
8- search lagu2 hot top, download and layannn..
9- rindu kampung ngn famili.. huhu
10- aku nak stabilkan hidup aku..

org yg kena tag ialah... hasril, dianaz, fit, mimie, iqbal, lynne, arif, zella, wiznie dan zul.

rules tok yg dpt award :
  1. copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
  2. link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
  3. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
  4. anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
  5. jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.

.just do it.

2 pixel(s)

.just do it.

-ve +ve - +

1 pixel(s)

Arghh..
PC aku buat hal...
hard disk carik masalah...
internet pulak slow siput..
kipas musing slow motion..
perut aku sakit n lapar lagi..
kepala aku pusing2..
badan aku lenguh2..
heater kat rumah rosak pulak...
hp aku kdg2 hang...
kerusi ni makin tak best...
mata aku tak mengantuk walau penat...
.........
aku dengar lagu
POSITIF - Man Bai.

p/s : aku nak hancurkan Israel... aku perlu kuasa!!

Jahanam Zionis..

0 pixel(s)

JAHANAM Israel,
MAMPUS Israel,
CELAKA Israel,
LAKNAT Israel,
Israel DAYUS,
HANCURKAN Israel,
HAPUSKAN Israel,
Israel SIAL,
BOIKOT Israel.
ALLAHU AKBAR!!

They Wait - I'm waiting.. huhu

0 pixel(s)

Salam,

Semalam aku pi ronda2 Alam Anda dan berpeluang melihat tontonan Umum They Wait selepas beratur membeli tiket. Bersama my precious. So, ada masa n ketika ni aku nak mereview, like always. Lets check it out. Activate.

They Wait (2008)

.Introduksi.

Xtually filem ni da release 2007 da, tapi baru masuk pawagam Malaysia 2008 kalu aku tak silap. Filem arahan Ernie Barbarash, dilakonkan oleh Jaime King sebagai main actress, Terry Chen dll.
Filem genre horror morror seram meram. Hmm.

.Sinopsis.
Filem mengisahkan satu famili, si isteri, suami dan si anak dari North America yang tinggal di Shanghai kembali ke Amerika nak hadiri majlis kebumian uncle si suami. Bila dorang tiba di Amerika, di Chinatown, anak dorang ni mula melihat hantu2 yang berkeliaran di sana sini. Six Sense. Dan dirasuk plak oleh sorang minah hantu ni yang roh dia tak aman sebab dia dibunuh dan tulang2 dia tak dihantar balik ke nenek moyang. Menurut kepercayaan orang cina, orang cina yang mati, kalau nak bagi roh dia aman, kena tanam dekat ngn nenek moyang dorang. FYI, sambutan Ghost Month disambut oleh orang cina nak bagi makan hantu yang sesat ni. Huhu. Citer bersambung dengan si emak a.k.a si isteri ni nak cari jalan nak lepaskan anak dia dari rasukan tu. Korang pi tengok..he

.Ulasan.
Jujurnya, cerita ni aku bosan sikit tengok. Punch line seram dia aku tertunggu-tunggu, typical horror movie. Ada satu scene jer buat aku terkejut. Overall citer macam citer seram hantu cam jepun, cina, korea, thai.. huhu.

Apa yang aku suka?
- Hantu makan limau mandarin.
- scene budak terbeliak ngn effect bunyi tu
- scene dalam kedai farmasi awal2 citer.

Apa yang aku tak suka?
- Tak horror sangat.
- Budak2 dalam wayang bising.
- dialog dia cam teruk je. huhu
- awal2 jalan citer bosan sikit.
- kelakar pun ada aku tengok citer ni. huhu

.Simpul Mati.
Aku bagi 40% dari 100%.

.Infos.
Rasmi. Tentang. Trailer. Ulasan.

Gotta Be Somebody

0 pixel(s)

Gotta Be Somebody - Nickelback



p/s: best song. i'm gotta be somebody.

Bedtime Stories - Ngee...

4 pixel(s)

Salam,

Last week da aku tengok citer ni, 1 hb, tapi baru rasa nak review. Masih hangat2 g kat pawagam filem ni. Mari mengulas.

Bedtime Stories (2008)

.Introduksi.
Filem lakonan my pebret comedy actor, Adam Sandler. Arahan Adam Shankman. Dibantu oleh Keri Russel, Lisa Palmer, Lucy Lawless, Courteney Cox dll. Filem komedi pembuka tirai movie tahun 2009, release pada 1 Januari 2009, kat M'sia. Genre aksi pengembaraan, famili, fantasi, komedi dan kanak2, sesuai untuk tontonan UMUM.

.Sinopsis.
Filem pasal sorang mamat anak kepada bekas pemilik hotel yang bekerja sebagai penukang hotel buat support yang dikehendaki jaga anak2 buah dia selama seminggu, pada masa yang sama dia hendak mencapai impian nak pegang jawatan tinggi kat hotel itu sebab pemilik hotel tu berjanji pada ayah dia yang nak bagi kat dia. Selama seminggu tu, si aku-lupa-nama-watak-hero-dia ni bercerita bedtime stories pada anak2 buah dia dan cerita tu seakan jadik real dan dia mula la nak manipulate cerita tu ikut suka mak nenek dia. Seterusnya.. korang g tengok sendiri plak. He

.Ulasan.
Kind of like this movie walaupun impak ummphh dia tak la seberapa mana. FYI, aku kira macam peminat Adam Sandler tapi bukan la tahap kipas-susah-mati punya. Kipas biasa kadang2 hidup kadang2 mati. Haha.

Apa yang aku suka?
- Adam Sandler dan lawaknya.
- Anak2 sedara dorang tu.
- Bugsy si hamster mata bonjol. Haha. Cute.
- jalan cerita yang simple dan tak berat, sesuai ngn temanya

Apa yang aku tak suka?
- Impak tak kuat sangat.
- watak lain tak menyerlah sangat.
- korang add


.Simpul Mati.
Aku gelak masa tonton, aku tak tertido. Filem yang bagus la starting nengok filem kat pawagam tahun 2009. Mood movie tak terganggu. Bagi PNGK 2.9 kat filem ni. Usaha lagik. Hee.

.Tambah Infos.
Rasmi. Tentang. Trailer. Ulasan.

tagged by hasril

2 pixel(s)

Salam,

Semalam aku tak dapat mengupdate, malam ni pun nyawa2 ikan tak dapat tapi dapat, bizi sikit kebelakangan ni. Baru dapat projek. Tengah poning2 nk memahamkan architecture dan perihal development project ni. Huhu. and also PC aku mula buat hal lagik walaupun dibaiki baru2 ni. Huhu. Post kali ni aku mls nk perah ide, nak jawab tag yang si hasril ni. ksian plak aku tengok siap sound kat kotak jerit aku suh jawab.. kedah kalah wei cerill.. haha! Aku nak menjawab.

Title: 16 random things about you
===========================================

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

==============================
1 ) Bismillahirrahmannirrahim

2 ) suka masak kalu ada bahan cukup. hee.

3 ) internet, pc, mouse ngn aku payah nak dipisahkan.. boleh tapi pyh. hee.

4 ) perangai tak berapa senonoh : korek idung bila orang takde.. haha.. sapa2 pun buat.

5 ) akulah aku.. kau adalah kau.. dia dialah. kamu sapa? he

6 ) aku nak g naik Kinabalu tapi xtau bila.. huhu. nak aim Everest xbleh.hee

7 ) Bila ntah nak dapat makhluk bertayar empat sedan.

8) Hutang PTPTN RM21,000 aku ada sapa2 nak tolong bayarkn? huhu.

9) Pengasas Jenama pakaian sukan tersohor Lanz, pemilik Restauran Lanz Corner. haha.

10) Lama tal bersilat... Silat Cekak Ustaz Hanapi.. huhu

11) Aku pakai baju Langkawi skrang ni. He.

12) Aku ada akaun social networking site kat Friendster, Tagged, Hi5, MySpace, Facebook, Yuwie, Flixster, Orkut, Fotolog, Imeem, Multiply, MyHeritage, LinkedIn, MyYearBook, Netlog, Twitter, WAYN, Window Live Spaces, Xanga, Zorpia, Yahoo 360. Tapi Friendster jer aku aktif. He. Ape citer?

13) Hala tuju hidup, aku nak hidup bahagia dunia akhirat. InsyALLAH

14) Jahanam Zionis. Zionis Jahanam. Allahu Akbar. Doakan untuk saudara seislam kita di Palestin. Hancurkan Zionis Israel.

15) aku owner blog ini: nalzarinar.blogspot.com; rojacked.blogspot.com; eltp16.blogspot.com;

16) Alhamdulilllah! Assalamualaikum!

—————————————————————————

org yg akan wajih dihasut kemudian,calon2 nya ialah -
semua yang ada dalam senarai Connection aku kat sebelah kiri ni (dah lebih 16 dah ni)

p/s : makan sebelum lapar, berhenti sebelumkenyang.. aku lapar n dahaga.

Virus baru Friendster

0 pixel(s)

Kepada kawan2 ku yg dihormati...

Skang ini ade virus telah menjangkiti rangkaian Friendster...Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui "comment" kepada kita... Sekiranya berlaku, seterusnya ia akan membuatkan kite ter "SIGN OUT" dengan sendirinya tanpa kita tekan LOG OUT...

Lepas kita "SIGN IN" balik, virus ini akan mula beroperasi dan ia akan menghantar gambar2 lucah itu kepada friend list kita di friendster ni melalui comment dengan menggunakan nama kita... secara langsung, ia dapat memburukkan nama baik kita sendiri...

Pada kawan2 sekalian, sekiranya anda menerima gambar yg bukan-bukan (lucah) daripada ID saya atau sesapa, ianya adalah disebabkan oleh virus tersebut... HARAP MAKLUM...

SEBARKAN PADA KAWAN2 YANG BELUM TAHU SEBELUM ANDA MENJADI MANGSA SETERUSNYA...

Damn!!

Ni ada beberapa cara how korang nak avoid/prevent/solve masalah ini :

1) Jangan click sebarang imej/comment yang mencurigakan. Banyak virus friendster kat dalam internet yang kadang2 disguise macam2 cthnya youtube video sedangkan ianya adalah image je. Jaga-jaga. DO NOT CLICK!

2) Cek profil kawan anda, cek samada anda ada menghantar/menghadapi masalah yang sama. To make sure.

3) Dapatkan and guna antivirus dan anti-spyware yang bagus dan updated. Scan your pc and/or account. Delete all virusses.

4) Disable auto approve comment korang. Make sure korang approve dulu comment yang diterima. Tapis. Read b4 approve.

5) Delete r semua comment and/or testimonial yang suspicious.

p/s : Beware. Be aware.

Slumdog Millionaire - 2008 #1 movie

0 pixel(s)

Salam,

Aku nak ulasang sikit pasal movie #1 tahun 2008. Slumdog Millionaire. Sememangnya review yang aku baca dari beberapa website sebelum bercadang memuatturun dan menonton kat PC aku ni memang berbaloi dan patut di beri standing ovation. Hurrah!!! Amazing movie. Aku nak story mori. Cek it aut!

Slumdog Millionaire (2008)

Introduksi sikit.
Masterpiece
hasil arahan Danny Boyle dan Loveleen Tandan. FYI, filem ini adalah adaptasi novel terkenal tulisan Vikas Swarup, 'Q and A'. Dilakonkan dengan mantop oleh bukan pelakon terkenal Hollywood atau Bollywood iaitu Dev Patel, Freida Pinto, Irfan Khan dan featuring Anil Kaapoor. Nominated for 4 Golden Globes. Another 20 wins & 17 nominations. Wowow. FYI soundtrack dia lagu Paper Planes nyanyian M.I.A adalah juga lagu terbest tahun 2008. Tak caya google tengok. Hee.


Sinop sikit.

Kisah pasal sorang budak Jamal Malik, anak yatim yang berasal dari kawasan miskin papa Mumbai menghadapi saat2 paling best juga mencabar dalam hidupnya kerana memenangi "Who Wants to be a Millionaire", tetapi ditangkap polis kerana disyakki menipu kerana dia beranggapan how come budak2 jalanan mcm tu boleh jawap soalan2 yang professor pun kadang2 kantoi. Korang akan teruja bila melihat macam mana Jamal menjawab soalan tu, bukan menipu, real punya. Dia mengimbas kembali bagaimana dia beroleh jawapan itu, bagaimana kehidupan dia membolehkan dia sampai ke level itu. Kena tonton.


Ulas sikit.
Bagi aku, 5 bintang tu tak cukup kalau nak bagi dekat filem dan pengarah filem ni. Aku up up lagi star yang ada. Filem yang sememangnya mabeles, amazing, best siot. Ada macam2 unsur, teladan dan realiti disampaikan. What a movie. Cerita pasal budak jalanan yang jadik millionaire, from rags to rajah, sapa tak suka. Tapi bukan itu saja modal filem ni. A must see movie. Must. Aku rekomen pada semua. Slumdog Millionaire. Danny Boyle.
2008. Ni ada quote best yang aku cekup ulas pasal masterpiece ni :

Boston Globe
, Ty Burr
"I'll keep this simple: Cancel whatever you're doing tonight and go see Slumdog Millionaire instead. "

Chicago Sun-Times, Roger Ebert
"This is a breathless, exciting story, heartbreaking and exhilarating at the same time..."

Wall Street Journal, Joe Morgenstern
"Slumdog Millionaire is the film world's first globalized masterpiece. "

Seattle Post-Intelligencer, William Arnold
"This is Boyle's fullest, most satisfying work and an audience-pleaser that deserves to be a big hit. "

New York Magazine, David Edelstein
"The whole thing is irresistibly preposterous."

New York Daily News, Elizabeth Weitzman
"It's a stunner."

Time, Richard Corliss
"Despite its elements of brutality, this is a buoyant hymn to life, and a movie to celebrate. "

The New York Times, Manohla Dargis
"In the end, what gives me reluctant pause about this bright, cheery, hard-to-resist movie is that its joyfulness feels more like a filmmaker's calculation than an honest cry from the heart about the human spirit (or, better yet, a moral tale). "

Ape yang aku suka?
Semua. Dari awal sampai akhir.

Ape yang aku tak suka?
Nope. Tak ada. Yilek. Tak jumpa.

Simpul Mati.

Awesome movie. Big time. Really worth it. Speechless. Satisfaction in the end. MUST SEE MOVIE. I gave all the star. Ngeee.

Info lagik?
Rasmi. Tentang. Trailer. Ulasan.

resolusi. revolusi. ilusi. fantasi. realiti.

1 pixel(s)

Salam.

Semua orang duk bercakap sal azam baru.Pertanyaan yang biasa, 'ape ko nak buat tahun ni?', 'ape plan ko tuk tahun ni?', 'azam tahun lepas dah langsai belum?'. Azam, bukan Azam Dungun. apa azam aku tahun ni ek. Awal2 tahun ni semua duk bercengkerama dengan drama azam ni. Semua bersemangat masing2 menceritakan azam diorang, tu dia ke puncak dunia punya azam melambung, tapi apakah selepas melambung tu ada tindakan susulan? Hmm. Aku pun duk terpikiaq macam tu. Apa azam aku tahun ni? Azam aku tahun lepas ada yang da selesai ke? Ape yang nak dibawa ke hadapan? Apa langkah2 tindakan aku nak mencapai ke arah itu? Huhu.

1) Aku berharap aku dapat mengumpul lagi rete2 aku. Aku nak kawal expenses aku dengan lebih jaya lagik. Boleh kawin cepat. lalalalala. Haha.
Langkahnya : Jimat cermat la, buat nota kaki, buat reminder, set mind. Kawal selia. Part-time.

2) Aku nak langsai hutang2 aku semaksimum optimum mungkin. Tak elok hidup berhutang ni kan. Hidup sekarang ni hutang jer manjang. Sampai bila?
Langkahnya : Jimat cermat, prioritize, reminder, set minda.

3) InsyaALLAH nak 'mengangkat' si tayar empat. Harap2 aku dapat laksanakan. Sekarang ni bermotor jer. Ok, tapi nak jugak merasa kereta kan. Apa2 aku kena prioritize dan buat a wise decision.
Langkahnya : Kumpul duit dgn jimat cermat, survey kete terunggul dari semua segi.

4) Nak perhubungan yang terjalin lebih baik, lebih bermakna, lebih berfocus, lebih memahami, lebih.. lebih.. lebih la semua yang baik2.
Langkahnya : Usaha, Doa, Tawakal, Positif, Sabar, Tolak Ansur, Faham Memahami.. dll la.

5) Aku nak kerjaya aku lagi baik berkembang exponentially, bukan mendatar jer. Aku nak gaji lagi mahal.. he. Nak gaji mahal kena la skill mantap kan, nak skill mantap, kena la byk buat kije ngn betul, rajin dan saksama. Aku kena... aku mesti.
Langkahnya : Malu bertanya sesat jalan. Lambat bangun, rezki kurang. Hee.

6) Aku nak kembalikan stamina aku, nak build up balik badan ni. Dulu bukan 6-pack pun tapi kira stamina kuat gak r, panjat Nuang tanpa henti kerap tu biasa la. Tapi sekarang, sejak kerja ni, stamina tak menjadik sangat. Pancit jer. Kena maintain balik, kena kembalikan tenaga muda remaja.
Langkahnya : Kena cari masa nak bersenam,bersukan, keluarkan peluh dengan kadar optimum. Makanan kena jaga.. camane tu?huhu

7) Nak lebihkan amal. Nak lebihkan kebajikan. Nak lebih baik dari tahun lepas. Nak berbakti pada famili lagi banyak.
Langkahnya : Semayang jangan tinggal, semayang awal waktu, doa setiap ketika, ingat padaNYA, niat kena betul, ayat-ayatNYA jangan dilupakan, dll. InsyaALLAH.

8) Aku nak jugak merasa DSLR.. hee.. best duk tengok org guna DSLR. Ni tak penting mana tapi kalau ada lebihan saki baki. Kamera yang aku ada skrg ni OK tapi... he!
Langkahnya : Selesaikan apa yang penting dulu.

Tu je yang dapat aku pikir buat masa sekarang.. Azam baru, mentaliti kena baru, tak nak takuk lama, kena usaha, kena cuba, kena struggle, susah dahulu pendapatan, susah kemudian tak dapek den nak nolong e. Huhu. Pushing my limit to some level over that limited limit. Untuk kebaikan yang lebih baik. InsyaALLAH.

p/s : hambaMU insan LEMAH, perkuatkan jati diri, keyakinan dan usaha ini. Rancangan milik aku, usaha milik aku, doa milik aku, ketentuan milikMU.

formula baek punyer

0 pixel(s)

((Gym + Badminton)! + Makan!) Sejuk Malam) = (Penat dan Mengantuk)2.

See ya!

10 peristiwa 2008

7 pixel(s)

Salam 2009, ini adalah entry pertama tahun 2009 Nalz. Yihaa.. Selamat datang 09. Tahun 2008 pelbagai peristiwa berlaku di Malaysia mahupun di dunia. Apa salahnya kita ungkap kembali 10 peristiwa penting yang berlaku di Malaysia yang aku boleh recall. Untuk kita amik jadikan pedoman, tak gitu? Imbas kembali


/* peristiwa adalah bukan secara ranking mahupun kronologi */

Peristiwa penting 2008 : Malaysia

1) Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa
Kejadian bencana alam paling buruk 2008 di Malaysia. Berlaku pada awal pagi 6 Disember 08 meragut kalau tak silap 4 orang mangsa. 14 rumah mewah di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di timbus oleh tanah runtuhan. Peristiwa ini adalah peristiwa kali ke 3 di kawasan tersebut selepas kejadian tanah runtuh rumah seorang Jeneral yang meragut ahli keluarganya dan juga peristiwa Highland Tower suatu ketika dulu. Moga tak berlaku lagi dan semua pihak amik la pengajaran dari apa yang berlaku, jangan hangat taik ayam jer.

2) Mawi kawin Ekin
Wedding of the year milik Mawi dengan Ekin. Perkahwinan yang gilang gemilang ini disiar live oleh pihak Astro, segar dari ladang. 26 Disember 08. Dengan hantaran RM30,00 setiap satu dan majlis resepsi perkahwinan diadakan di 3 tempat iaitu di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Padang Awam Felda Taib Andak & Hotel Palace of The Golden Horses. Artis pertama yang menaiki helikopter untuk sebuah majlis perkahwinan. Camnilah orang2 kaya kahwin. Kita tengok dan lihat sampai bilakah ianya bertahan. Moga berkekalan.

3) Pilihanraya Umum Mac 08
Merupakan peristiwa paling besar dan bersejarah dalam sejarah Malaysia apabila pada pilihanraya kali ini menyaksikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional(BN) di 5 buah negeri ke tangan pembangkang, Pakatan Rakyat(PAS, PKR, DAP) iaitu Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak. Gelombang baru politik Malaysia bermula.

4) Turun Naik Minyak
Petrol naik sehingga RM2.70 seliter. Diesel naik sehingga RM2.58 seliter. Selepas berdebat, berbalah, marah2, GERAMM, harga minyak setong dunia jatuh, selepas 7 kali pengurangan, sekarang harga minyak Rm1.80 (petrol) dan RM1.68 (diesel). Dunia ekonomi dunia mengalami krisis menyebabkan turun naik minyak. Nasib baik minyak turun, kalau tak lagi sakit r para pemandu.

5) Permatang Pauh P44
Pilihanraya kecil Permatang Pauh mengambil perhatian mata dan telinga seluruh warga Malaysia tahun 2008 kerana Dato' Sri Anwar Ibrahim kembali beraksi dalam politik Malaysia selepas menjalani hukuman penjara. DSAI kembali, nak kata pe lagik. Memang peristiwa besar. Arus perubahan mula terasa.

6) Liwat dan Sumpah
Kes liwat kembali, disudahi dengan sumpah. Anwar menghadapi tuduhan liwat kali ke-2 selepas dipenjarakan. Kali ini adalah dari Saiful Bukhari. Dia telah membuat laporan dan pengakuan diliwat oleh DSAI. Selepas tu timbul isu sumpah, muhabalah untuk tentukan siapa betul, siapa salah, iaitu secara bersumpah laknat. Disaran oleh Dr. MAZA, mufti Perlis. Si Saiful finally mengangkat sumpah laknat sebelum penamaan calon pilihanraya P44. Apa cerita? Tapi DSAI pula tak nak bersumpah laknat. Apa cerita pulak? Moral : Jangan main2 dengan sumpah.

7) Abby Abadi dan Norman Hakim bercerai.
Tahun 2008 boleh kata tahun artis cerai berai merai tapi isu paling hangat adalah bila Abby Abadi dan Norman Hakim bercerai. Kenapa? sebab Memey r. Aku pun tak kenal sapa Memey sampailah cerita ini keluar. Norman Hakim ditangkap khalwat dengan Memey dan mulalah episod cerai diorang. Artis memang camtu. Rutin dorang kot kawin cerai. Huhu. Mintak simpang.

8) Pedra Branca
Kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Huhu. ICJ merumuskan S'pura dapat pulau tu pada 23 Mei lepas. Satu kehilangan yang besar, dan tercalar sedikit kaliber kerajaan Malaysia. Tapi kita dapat Middle Rock. Hmm...

9) Kes ISA
Kes ISA Teresa Kok. Malas plak nak kupas. Hee.

10) Isu Fatwa Kebangsaan
Tahun 2008 banyak fatwa dikeluarkan. Antara fatwa yang dikeluarkan adalah berkenaan dengan Yoga yang haram sekiranya diamalkan bersama-sama unsur batin, spiritual dan mantera serta pemujaan kepada unsur selain Allah SWT. Lain2 fatwa adalah 'pengkid' yang diharamkan bermual Oktober lalu.

Lain2 peristiwa :

Faizal Tahir dibanned. Nicol Ann David World No.1. Kes Lingam. Isu 16 September.Chong Wei jadik world No.1. Tuanku YDP N.9 mangkat. Kes video lucah Menteri. Razak Baginda bebas. Blogger, Raja Petra ditangkap ISA. Debat Minyak. UMNO dan Dr. Mahathir Mohammad. dan lain-lain la.

p/s : hp aku hang..huhu