5 * 5 / 5 + 5 - 5

0 pixel(s)

5 person you love most
* my mom
* my pop
* my siblings
* my special one
* my fellow friends

5 things in my bag
* black pen
* a book
* blank SDs
* mini stapler
* dusts

5 things you wish to have
* Money.. Money.. Money
* House/Land of my own
* A Hummer
* Top DSLR cam
* MacBook

5 countries you want to visit
* Japan
* New Zealand
* Mecca
* Antartica
* Korea

5 songs you always sing (...currently)
* Hanging by The Moments - Lifehouse
* Gotta Be Somebody - Nickelback
* Forever - Chris Brown
* Kau Ilhamku - Man Bai
* Warisan Wanita Terakhir - Teacher's Pet

5 books in your collection
* eBooks
* Ujang & APO's comics
* Learn from CEOs
* Napoleon Hill's Think and Grow Rich
* Reader's Digest

5 things on your table
* Samsung SyncMaster monitor
* myBayar 2009 calendar
* 640GB external WD Elements hard disk
* Altec Lansing Speaker
* Dunhill Desire Blue perfume

5 things you love about your boy/girl
* cute
* caring
* loving
* smile
* hardworking

5 things you love about yourself
* being me
* my name
* me
* myself
* mine

5 dates you won't forget
* my birth date
* my special birth date
* 01112005
* 31 Ogos 1957
* my wedding date (future).. haha

5 of your maniac
* internet & computer
* music
* movies
* travel
* knowledge

5 things you wish in future
* stable career
* my own assets and properties
* get married la..
* be a better person.
* financially independence

Kalaulah masa ni dapat kita undur..

2 pixel(s)

Salam,

Tadi duk tengok clips dari 'Back to the Future' kat Youtube... terfikir kat dalam kepala ni kalau kalaulah dapat di undur balik masa ni.. baik ke buruk? Ada orang nak undur balik masa sebab nak buat perkara baik, ada orang sebaliknya. Huhu.

Kalaulah mesin masa wujud dan di komersialkan korang rasa ada kesan baik ke kesan buruk? Mana lagi banyak? Sememangnya semua yang berlaku ada pros n cons. Sekadar bincangkan dalam kebosanan yang idenya mencurah.

Kalau semua orang dapat kembali ke masa lepas semua orang akn menjadi kaya raya.. mau taknya, masa yang kembali adalah masa di mana dorang cari peluang keemasan dalam mengumpul hartaloka. Manusia sememangnya tamak bila isu harta wang ringgit diperkatakan. Segala kegagalan dalam hidup dorang akan dorang betulkan guna mesin masa tu. Go back and correct it. Tapi kalau semua senang dengan mudah tanpa mengharungi pahit payau kehidupan, tak ke nilai kehidupan yang sebenar tu seakan tak bernilai. apakah pulak nilai usaha, nilai kejayaan? hmm...

Kalau bagi orang yang duk rak bercinta, atau telah kecewa atau sedang kecewa, mesin masa yang wujud itu akan sewenang2nya dorang akan eksploit untuk nak mengubah ape yang terjadi. Sebagai contoh r, kalau seorang tu putus cinta, akan undur masa dan mencari pasangan yang sememang jodohnya yang berakhir ke jinjang pelamin. Kan? Akan tetapi, tanpa dugaan yang ditempuhi sebelum jodoh, bernilaikah kasih sayang? hmm..

Kalau dapat masa ni kita undur maybe semua orang akan jadik pandai. Sebab masa kantoi meniru masa exam, korang akan undur sebab tak nak ia berlaku atau maybe korang akan stadi betul2 bagi course kantoi tu.. Semua orang pasti akan jadi bijak pandai. Tapi apa kan jadi pada nilai segulung sijil, diploma dan ijazah? Wujud lagi ke?

Dunia ni mungkin akan aman damai dan sentosa jika masa dapat diundurkan kembali. Perang dapat dielakkan, bom atom dapat digagalkan, kes curi dapat dibanteras, rasuah serta amalan politik wang dapat dimansuhkan. Bak kata, aman seyh. Tapi aman ke kalau semua orang suka suki undur masa ikut kepentingan masing2? Rasanya lintang pukang, haru biru jugak maybe hancuss!

Kalau masa dapat diundurkan, rasanya semua akan jadik orang2 baik semua. Mana taknya, kalau ada buat salah silap, kembali ke masa silap tu dan perbetulkan, mcm tu jer. Semua akan jadi amalan betul dan baik. Tapi... tak ke hambar je hidup kalau mcm tu? Kan? Hmmm...

Ntahlah, sememangnya ketetapanNya untuk tidak merealisasikan 'undur balik masa' itu terdapat banyak kelebihannya. Ape yang terjadi ada sebab musabab dan hikmah. InsyaALLAH.

p/s:member aku penah kongsi cerita yang teori sains kembali ke masa depan ni boleh berlaku, tapi kita hanya boleh tengok, tanpa berupaya berbuat ape jua pun. Ape jua. Kebenarannya?

a b c hari rabu.

0 pixel(s)

Blood Test
(sedut darah... huhu)
|
ECG
(kena lekat sticker... huhu)
|
X- Ray
(kena tanggal baju... huhu)
|
Ultrasound
(kena sapu gel... huhu)
|
Urine test
(kena dlm bekas kecik... huhu)
|
Lung test
(kena tarikkk...hembuss... huhu)
|
Nasi Public Phone
( kena beli la... huhu)
|
Photo Shop
(kena tinggal dulu... huhu)
|
RHB
(kena queue and wait... huhu)
|
ALook
(kena cuci... huhu)
|
Rain
(kena hujan... huhu)
|
Relax
(kena rehat... hehe)
|
Blog
(kerna ide... hehe)
|
Zzzz...
(kena tdo dulu... chow)

p/s: day after day passed away. people too. huhu

pesan

7 pixel(s)

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Geng - Tengok.. Tengok.. Tengok..

0 pixel(s)

Ahaha... puas hati! Walaupun perginya semalam dapatnya hari ini, puas hati. Fenomena Geng The Movie melanda pawagam seluruh Malaysia, and aku dan my precious pun tak ketinggalan nak join sama dalam kemeriahan tu. Queue panjang, movie lain on hold, semua warga tertumpu pada filem animasi pertama 3D buatan 100% Malaysia ni. 2 hari aku menunggu nak dapatkan tiket. Filem ni dah mengaut keuntungan sebanyak RM2.4 juta selepas 5 hari ditayangkan mengatasi kutipan filem Ong Bak 2 dan The Curious Case of Benjamin Button untuk tempoh yang sama. What an achievement. Dan jangkauan RM10 juta pihak Les' Copaque seakan dalam genggaman. Good Luck.

Geng! Pengembaraan Bermula... (2009)

Introduksi

Filem Geng! Pengembaraan Bermula... ini adalah filem animasi 3D pertama kat Malaysia, produced 100% by malaysian. Filem keluaran Les' Copaque yang menggunakan bajek dalam RM4juta dan masa yang diambil untuk siapkan adalah 2 tahun setengah. Costly dan lama gak tu. Macam citer Shrek plak. he.

Sinopsis

Tapak kaki aneh dan cerita Hantu Durian di rumah tinggal atas bukit menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Takde sapa berani nak dekat area situ, sehinggalah Badrol ngan Lim yang sedang cuti kat umah atuk dia di kampung ni, dan dorang membongkar rahsia disebalik keanehan itu. Bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo, anak indian yang leh communicate ngan haiwan, si Ros akak Upin Ipin, kembar Upin dan Ipin yang memang nakal, masuk ke kebun tersebut dan mengalami suatu pengembaraan yang penuh misteri, fantasi dan funny. Jom tengok ape kesudahannya.

Ulasan

Puas hati. Mula-mula aku jangkakan jalan cerita dia biasa dan tak impressive, tapi ternyata jalan cerita dia biasa tapi impressive. Citer dia simple mimple, tapi penuh ngan unsur wow dari manyak aspek. Madagascar 2 pun aku rasa kalah. Haha. Jalan cerita dia taklah kebudak budakkan sangat. Unsur fantasi dan kadang2 adegan ganas Umum dan terkejut yang alright menggamatkan gelap dewan. Suku masa pertama tu semacam slow sikit jalan cerita dia, tapi semua tu makin rancak selepas adegan di kebun durian bermula. Telatah Upin Ipin memang asyik, ngan kepetahan dorang tu memang buat pawagam gamat. Semua watak yang ada memang menghidupkan lagik suasana dia. Atuk Badrol ngan Bapak Rajoo memang lawak jugak. Rajoo pun tak kurang, kadang2 aku rasa cam watak Rajoo tu overshadow Upin Ipin jadik hero. Tak pe la.

Kualiti 3D dia memang mengagumkan. Smooth jer tengok. Penceritaan latar belakang dan suasana kekampungan tu memang menjadik dan dekat ngn Malaysia. Unsur keMalaysiaan tu ada. Suasana dusun durian yang lawa seyh, flora dia seronok di pandang, fauna dia real gak. Ayam itik angsa yang kat kampung macam kat kampung. dekat di hati. he. Unsur kejiranan jua diterapkan. Good job.


Apa yang aku suka.

1) Telatah Upin ngn Ipin.
2) Ending last dia.. best.
3) Adegan masa Upin, Ipin ngn Rajoo naik gelongsor nak jatuh ke gaung.

upin: Kenapa berhenti ni? (sambil lompat-lompat & henjut2)
rajoo: woi.. jangan!! nanti jatuh!
upin: cepat ipin, tolong..
rajoo: jangan ipin jangan.. ingat masa depan!!

4) Sememangnya sesuai untuk semua golongan.
5) Suka kelip2
6) Hantu timunn.. Toyolll... haha
7) Bahasa ibunda Opet.. fasi fasi banshi masi..ape ntah.. funny!
6) Majoriti aku suka citer ni.

Ape yang aku tak suka... kurang suka.

1) Watak si SILLY..eh SALLY yang sotong walaupun funny.
2) Macammana la Pak Mail leh amik Salleh yang aw tu kije camtu..huhu

Simpul Mati.

Aku bagi 5 bintang. Aku puas hati. Betul.. betul.. betul. So korang semua kena tengok.. tengok.. tengok. Cantik.. cnatik.. cantik!

Info tambahan.

Rasmi. Trailer. Tentang. Ulasan.

p/s : tunggu Geng! Pengembaraan seterusnya plak!! sooooooon?

ixora? exzora? ezora? exora?

4 pixel(s)

Terbaca satu ruangan dalam akhbar Harian hari ni tadi, ada pembaca menghantar artikel mengenai MPV pertama buatan Malaysia, Proton Exora. Aku baca, aku amati dan aku cuba fahami, dan ternyata ada benar juga. ape yang pasti aku ada juga memasuki peraduan bagi nama tu tapi tak menang dan secara tak langsung jugak aku tau la rules and regulation(RnR) untuk menamakan anak bongsu dari famili Proton ini.

Pada malam pelancaran Exora lagi aku duk tertanya2, dan dalam berita juga diberitahu yang nama kereta tu sempena nama bunga ixora la. Aik, pelik.. dalam RnR kata takleh menamakan guna nama dari nama binatang mahupun tumbuhan. Tapi, menang plak flora ixora ni. Pelik. Tapi aku buat derk je la.. tak mik kisah sangat. Terbaca tadi mengtrigger minda aku nk blog sal ni. Lagipun agak lama aku tak menjana minda mengulas isu semasa mengikut citarasa aku.

Nama 'exora' yang dibagi tu pun kdg2 bawa kompius dan tak menyengat nama dia. Tak segah nama2 Wira, Waja, Saga, Perdana, Putra dll. Kan gah bunyi tu.. tapi bila sebut exora, teringat citer slot TV3, Ezora lakonan sapa ntah. Tak gah. Kureng skit. Nama unsur komersial ada, tapi unsur gah kureng.

Lagi satu aku teringat yang salah satu keperluan penamaan nama MPV ni adalah nama tu menggambarkan yang kereta ni spacious, luas, multi-purpose, MPV kn, dan performance tinggi la. Tapi, Exora bagi pndapat aku tak menggambarkan ciri2 tersebut. Hmm...

Nak menyebut pun satu hal Exora ni. Exzora ke? Ixora ke? Ezora ke? Kalu tak silap ada satu paper hari tu yang salah taip nama MPV ni Proton Ezora, lupa paper mana.. what a shame kn. huhu. Maybe penulis tu fan siri Ezora TV3 tu kot. Typo o sengaja? he.

Dan telah keluar kenyataan akhbar dari Proton Holdings Bhd yang mengatakan yang Exora tu bukan nama bunga. [ kenyataan akhbar]

"Exora dipilih kerana ia bukan nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Perkataan Exora tidak wujud"

Hmm.. tapi kalau macam tu macam takde makna dan identity jer MPV tu. Tidak wujud. Haha. Ada jugak spekulasi menyatakan nama Exora nk tiru nama Lotus Evora. Ntah. Apa2 je lah.

p/s : Proton Warisan ke, Angkasa ke ok pe? haha..

"Aku adalah..."

0 pixel(s)

Salam,

Tadi layan RL3 (Raja Lawak 3), ngan tema 'Aku adalah ...'. Amir jadik beruk mat yeh, Sepah jadik Kapur, si LnJ jadik nyamuk aedes ngn chikungunya, Jihan jadik hujan, group Chot plak jadik ayam ngn itik pengkid, Am jadik tangga..

Summary -

Amir xbest malam ni, lawak Son Goku tak menjadik.
Sepah mcm biasa, best ngn telatah dan chemistry dorang. Antara favourite jadik Raja.
LnJ bangkit dari last week, chikunguya n aedes menjadik.
Jihan bangkit jugak, lawak Hujan ok la.
Chot jadik ayam ngn itik pengkid, lawak jugak tapi kureng mmbuatkan dorang diundi keluar.
Am paling huru hara haru biru, xbest langsung, xlawak. Mmg patut kuar. Tapi dia punya mime session menjadik. Leh jadik pelawak bisu cam Charlie Chaplin. he.

p/s: jadilah diri sendiri.. jangan duk sibuk nak jadik orang lain.

Y!M spam?

0 pixel(s)

Asik dapat mesej ni dari ramai2 geng Y!M... cam spam jer.. mengganggu kehidupan je. bo layan.

BUZZ!!!
pokju: Wanna lose a lot of weight without diets or excercise? Kathy and I have both lost over 30 pounds in a couple weeks just by taking Acai pills daily, the same ones that Oprah talked about on her show. They are only five dollars to try, We get them from http://tickcases.com

p/s : say no to SCAM!

Diana Danielle vs Ahmad Hafizal

3 pixel(s)

Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.


Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.


Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.

Kes 2

Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.

Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.


Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.


* dari blog Ustaz Suhaimi Saad - jazakallah.

p/s: SUNGGUH TIDAK ADIL!! ^$$%$&@&^*!

24jam tak cukup.. kenapa?

4 pixel(s)

Bercakap pasal masa... masa amat penting kn? amat amat. Masa itu emas! Peribahasa yang memang feymes kalau membincangkan hal2 masa ni. Cerdik pandai, cendekiawan selalu menghargai masa yang ada barulah dapat memanfaatkn ke arah kebaikan. Tapi bagi orang yang kurang bijak a.k.a malas, masa yang ada hanya di buang dan di biar berlalu dengan sebegitu jer. huhu. What a pity!

Kenapa kita selalu jer tak cukup masa? 24 jam yang disediakan untuk kita setiap hari semacam tak cukup untuk dijalani. Huhu. Kenapa?

1) Tidur.. Tidur... Tidur

Macam mana masa nak ckup kalau 24 jam tido jer kerjanya. Tak menyempat nak membuat perkara lain2.. membuta jer. Bangun bangun untuk makan n buang jer, after dat, tido mengulo balik. Huhu. Silap-silap tidonya tak bangun2 plak.Haru, kalau nyawa kena tarik masa sedap berdengkur, tak sempat nak mengucap, bertaubat. HUhu. Tido biar ckup, bukan lebih.

2) Kerja.. Kerja.. Kerja

Teringat lirik lagu ramli sarip,'keluar pagi balik petang, kadang kala sampai malam,cari rezki bawa pulang,untuk orang yang tersayang'. Betul tu, kerja tapi jangan la kerja..kerja..kerja sampai lupa semua. Keluar gelap, balik pun gelap kayanya idak.huhu. Kerja penting sebab tanggungjawab, tapi jangan terover. Kadang2 bizi xpe. After bizi, amik masa rehat. He. Fardhu kifayah.

3) Makan.. Makan.. Makan

Ada orang tak cukup masa sebab asik dengan makan. Tau makan jer siang atau malam.Bangun tdo masuk dapur, nak tdo masuk dapur, tak tdur pun kat dapur jugak. Kemana saja, makanan pasti ada. Mengunyap jer kije. Tak lenguh ke keng tu? huhu. After makan mesti mengantuk sebab kenyang,mula la nak mengulo sawa batik. Ish3. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

4) Minum.. Minum.. Minum

Kalau setakat minum air suam, air berkarbonat xpe, ni tak dituangnya air yang haram tu, mana taknya. Masa yang dipikir hanya masa terawang2 tu. Masa lain bo layan. Masa dah tak penting da masa tu. Layan kepala je tau. Ape nak jadik. Minumlah air mineral lagik baik dari todi.

5) Pot pet.. pot pet.. pot pet

Mulut tu tak reti nak amik break, non stop berbunyi, asik ngan bebelan dan gosip2 liar yang tak berpekdah. Kalau duk bincang benda yang berilmiah tak pe gak, ni tak. Mengabihkan boreh jo. Dalam kepala tu pikir sal pe nak bebel n borak je, xde da pikir lain. Huhu. Diam itu lagi baik kan?


p/s : Masa 24jam tak akan berubah, masa yang terlepas takkan dapat kita kejar kembali. Kita mampu mengubahnya... dengan perancangan dan komitmen.

cute &... .dangerous?

3 pixel(s)


herpes microbe and yeast bacteria


Bookworm & stomach ache bacteria


chicken pox microbe and flu bacteria

heartworm and ulcer bacteria


cough bacteria and white blood cell microbe


gonorrhorea and bad breath bacteria


flesheating and rabies bacteria


mononucleosis and tonsilitis bacteria


fat microbe and flu bacteria

Baru layan - Legend of the Seeker

0 pixel(s)

Salam,

Hari ni rehat kat umah jer.

Selepas beberapa review dan melihat trailer
keputusan mendownload Legend of the Seeker (Lots)
dibuat dan akhirnya LotS berjaya dimuatturun
sebanyak 4 episod terlebih dahulu.

Layannnn..
sebuah lagi siri yang mcm Merlin.

kipas-susah-mati LOST: Season 5

0 pixel(s)

Salam,

Baru saja melempiaskan niat menonton LOST season latest,
season 5, episode 1 hingga 4 (latest) yang telah dimuatturun
beberapa hari lepas.

Sememangnya cerita dia makin lost. Semakin lost,
semakin menarik, semakin teruja, semakin tertunggu2.
hehe.

Jin hidup balik,
flashing lights semakin menjadik2,
mengharu harakan suasana,
Jack mengumpul kembali bala tentera untuk kembali ke island.
Kate berkonflik tentang anak yang bukan anaknya, Aaron.
Hurley masuk balik ke hospital gila selepas keluar.
Benjamin datang menjemput diorang dengan penuh muslihat.
Sun dengan misterinya,
Sayyid pula dengan agendanya,
Mr. Whitemore makin menunjukkan taring,
Geng2 di island kelam kabut dengan
situasi yang kejap gelap kejap cerah

Ikuti LOST season 5. Worth it.
Nasihat kepada sesiapa yang tak pernah menonton Lost
tapi ingin menonton, sila tonton dari season 1 atau
paling tidak pun season 3 untuk tidak
mengLOSTkan anda dalam plot2 Lost yang
bisa menyesatkan orang2 yang sedia ada sesat
mahupun belum sesat atau sedang akan sesat.
Haha. Enjoyy!!


p/s : entry jarang2 je skang ni. bzi maa..jadik malas plak. Nalz is here..still.

Ong Bak 2 - Berombak

2 pixel(s)

Salam,

Ulasang bersahaja Ong Bak 2 yang ditonton 010209. Dengan Tony Jaa sebagai co-director, aku sedikit excited and curious gak sal movie ini. Tak dinafikan Ong Bak dan Tom Yum Goong memaparkan aksi maksi Thai Boxing yang mantap oleh Tony walau jalan cerita dia kelemahan. Focus utama adalah kepada aksi stunt masa fight. really enjoy Ong Bak dan Tom Yung Goong. Untuk Ong Bak 3 ni aku juga mengharapkan sesuatu yang lebih lagi dari Tony Jaa. Ape kataku? Let's check it out.

Ong Bak 2 (2009)

.Introduksi.
Filem pertama arahan Tony Jaa disamping Panna Rittikrai. Release hujung taun lepas da tapi baru terlepas ke Malaysia 5Feb ni, tapi aku da tgk 1Feb. He. Kos nak buat - 300 million baht.

.Sinopsis.
Ong Bak 2 mengisahkan tentang Tien (Tony Jaa), seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga pahlawan dan menjadi yatim piatu apabila keluarganya dibunuh oleh pembelot kerajaan, Tuan Rajasena. Dia dibesarkan oleh ketua penyamun Garuda dan belajar macam2 ilmu mempertahankan diri, Thai boxing, Kung Fu, magik, ninja dll. Dia membesar dan kembali membalas dendam tehadap petulalang yang telah membunuh kedua ibu bapanya. Aksi maksi berterusan. Y'all gotta watch it..LIVE.

.Apa kataku.
Jangkaan Ong Bak 2 adalah seperti Ong Bak 1 adalah meleset sama sekali. Latar belakang dia bukan zaman motokar, tapi zaman gajahkar. Xde aksi Tony memecahbelahkan helmet dengan lututnya tapi dipenuhi aksi fight yang lagi real walau kadang2 mengarut. Seperti biasa aku salute ngn Tony Jaa yang sememangnya mantop bila buat stunt dan aksi fight dia. Real seyh. Dari awal filem sampai akhir xkering dari aksi fight yang best. Aksi lawan2 dorang memang boleh tahan tahap kebrutalan dia, sebb tu 18SG rating.. execution skill lawan dorang memang beauty r. Mantap seyh.

Apa yang aku suka.

- Close combat fighting dia... salute seyh! coreographer mantopp!
- Chernang macam M.Nasir. haha
- Diversified martial arts.. ninja, drunken fist, kung fu..smua ada.
- Props dia 'hidup' walau kekadang mengarut.

Apa yang aku tak suka.
- Kekurangan aksi fight guna Thai boxing.
- Ending hero kalah..
- The Crow? dari mana datang

.Simpul Mati.
Aku suka this movie. Starting the year yang bagus untuk filem martial arts.. p honestly kalu banding ngn Ip Man.. aku lagi suka Ip Man.. Donnie Yen rules. Wachaaa!!! Ong Bak 2 - 4/5.

.Informasi.
Rasmi. Tentang. Trailer. Ulasan.

. A Q 4 U.
Ong Bak 3 confirmed. Ape plak kali ni? Adakah?

Again..Sebarkan...flag blog ini!

2 pixel(s)

blog menghina islam muncul lagi... calling all muslim... act now!!Flag this blog!
http://syurga-islam.blogspot.com