main main selalu, syoknya syoknya...

2 pixel(s)

Game yang currently aku main kat mukabuku

Build your army with
Mafia Wars by Zynga

|

Get strikes with
Bowling Buddies by Playfish

|

Challenge your vocab with
Word Challenge by Playfish

|

p/s : layannn..free time! main main selalu,
syoknya syoknya...
ada mat koool

be inspired.

2 pixel(s)











aku menonton.

0 pixel(s)

Bosan, ide tak de nak mengarang, so aku
decide nak share apa movie yang
aku tonton kat PC aku seminggu dua ni
pada masa malas dan lapang di rumah

1. The Shepherd-Border Patrol [2008]
" Van Damme memang damn!! "

2. Mutant Chronicles [2008]
"Filem B rated yang tak bape best..huhu "

3. American.History.X [1998]
"Yang ni memang layan... must watch"

4. Babysitter.Wanted [2007]
"Filem sadis tragis berdarah yang tipikal...common "

5. The.Onion.Movie [2008]
"Sindiran sinis isu semasa dunia...JANGAN TENGOK..
ada adegan menyindir Islam
"

6. Hard.To.Kill [1990]
" Cerita lama 90an, antik gitu...layannnn "

7. The.Pink.Panther.2 [2009]
" bosan dengan aksi spastik and slang France..xjelas..huhu "

8. Role.Models[2009]
" Nice message - kinda cool to watch!! "

aKu MAhu PuLaNG

0 pixel(s)

Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan

Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan

Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia

Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan

[muat turun]

Lagu yang terngiang-ngiang dari semalam lagik.. huhu!!

..bUKan sENGaJa MeLAnGGaR aRaHaN..
kADaNg tERLuPa WaTAk dAn pERaNaN...
AkU maNuSIaa...

tagged by scylla

0 pixel(s)

Aku kadang2 malas jugak nak layan tag ni, lebih lagi lama tidak mendapatkan tag, tak macam zaman kegemilangan dulu yang sentiasa ditag. Tag ni aku jawab sebab rulenya yang menarik dan unik...plus aku memang duk dengar lagu sentiasa jika mengadap PC aku nih. Plus, skang ni ada dalam 100 lagu dalam playlist yang sedia menjadi mangsa. Kita tengok lagu mana yang kena. Adoyaiii!! Aku siap bagi link download lagik. Murah hati ni. He!!

RULES:

1. Put your iTunes, Winamp, Windows Media Player, etc. on Shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 25 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. DO NOT CHEAT & Have Fun!

1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
---> Bleeding Love by Leona Lewis. [download]
==> haha.... cinta berdarah...bahaya tul!!

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
---> It's Not My Time by 3 Doors Down [download]
==> bukan masa aku nak menjawabnya...wait!!

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
---> Break The Ice by Britney Spears [download]
==> Limau Ais best gak di minum di tengah hari yang panas dengan my girl.he

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
---> Handlebars by Flobots [download]
==> Aku memang rider, handlebars aku rasa tiap2 hari. Ada candy bar best gak ni.

5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
---> 4 Minutes (To Save The World) by Madonna feat. Justin Timberlake [download]
==> Yeahh!! being a hero...saving human. Superman!! hee.

6. WHAT'S YOUR MOTTO?
---> What Hurt The Most by Cascada. [download]
==> Cegah sebelum Parah!! Belia benci Dadah!!

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
---> Love Like This by Natasha Beddingfield and Sean Kingston. [download]
==> Cinta Seperti ini..cintailah padanya dan juga padaNYA YANG ESA!!

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
---> Mercy by Duffy. [download]
==> Mercy dariMU YANG ESA ke atasku jua both of my parents. Allahu Akbar.

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
---> The Boss by Rick Ross feat. T-Pain. [download]
==> nak jadik boss...bila ntah!! he

10. WHAT IS 2 + 2?
---> Bust it Baby (Part 2) by Plies feat. Ne-yo. [download]
==> dua campur dua jadik nasi campur!! Lapo seyh!!

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
---> Fall For You by Secondhand Serenade. [download]
==> U r my friend!! U r my love!! he.

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
---> Boyfriend Girlfriend by C-Side feat. Keyshia Cole. [download]
==> My worlds develops around you!! bf gf!!

13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
---> The Anthem by Pitbull feat. Lil' Jon. [download]
==> Haha. jadik the anthem pun bolehh!! National Anthem!! Negarakuuuuuu!!!

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
---> Crushcrushcrush by Paramore. [download]
==> yeahh crush crush crushhhhhh!! hahaha..

15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
---> Apologize by Timbaland feat. One Republic. [download]
==> maaf, aku tak menari masa kawin..raja sehari..orang lain menari aku tengok.

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
---> Don't Stop the Music by Rihanna. [download]
==> apekehenye...hanya music ayat2 suci al-Quran jer..Yassin antaranya!!

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
---> New Soul by Yael Naim. [download]
==> i need a new soul... a better soul. Gambatte neh!!

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
---> No Air by Jordin Sparks and Chris Brown. [download]
==> memang kena la.. takde udara mati le..Oxigen is a crucial element!!

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
---> Pocketfull of Sunshine by Natasha Bedingfield. [download]
==> huhu.rahsia pecah dah...aku simpan cahaya matahari dalam poketku..

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW
---> Beat It by Fall Out Boys feat. John Mayer. [download]
==> ape aku nak beat ni... some Mafias..haha!! (Mafia Wars on facebook)

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
---> Suffocate by J. Holiday. [download]
==> Hidup ni kan suffocate tanpa kawan.

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
---> Sorry by Buckcherry. [download]
==> Sorry to all out there if ada pernah tersalah kata, terkasar bahasa, terlebih laku. I'm sorry!

Tag Friend--

YOU!!!

p/s: Ntah ape2 jawapan. Haha. Layann beb!!NOT CHEATING!! FYI lagu2 yang aku dengar itu adalah antara lagu dari koleksi Top 100 Hot-Pop 2008 Song Billboard.

Matikan Lampu SABTU ini : Earth Hour!!

5 pixel(s)

Sabtu ini, 28 Mac 2009, Tahun ini, WWF Malaysia melancarkan Earth Hour 2009 yang julung kali di Malaysia. Earth Hour bertujuan menyebarkan kesedaran mengenai penjimatan tenaga dan kepanasan global (global warming) dengan cara : setiap orang, dimana ju berada, digalakkan menutup lampu selama satu jam. 1 jam jer, tak lama.

So di sini, nalzarinar (Nalz) menggalakkan para pembaca yang singgah (jika ada...he) untuk sama-sama menyahut program ini dan menjayakannya dengan menutup lampu pada jam 830malam hingga 930malam pada 28 Mac 2009.

Keterangan lanjut bolehlah diterokai kat laman web rasmi Earth Hour. Nalz akan menyokong Earth hour Downtime dengan menutup akses ke PC dan juga menutup lampu selama satu jam.Sama-sama kita lakukan untuk kebaikan. InsyaALLAH!! Makin ramai makin meriah dan makin baguslah pencapaian yang akan didapati. MALAYSIA BOLEH!! Bloggers boleh!!

p/s : rumah gelap takpe.. jangan hati yang gelap!

entry yang berbau...

1 pixel(s)

Ni aku dapat dari emel forward siang tadi... Nak kongsi mongsi. Lets cekidaut!

**
Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???“ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan…. anda setuju???
**

Itulah dia kisah kentut punya angkara. Kentut itu busuk dan biasanya -ve tapi dalam emel ini di ungkap dari sudut yang +ve untuk membangkitkan suasana harmonis dan funny. It's natural to kentut kay. Kentut is fart, fart is kentut.

p/s: Semua orang kentut, don't be shy. Obama pun kentut. So, kentutlah semahu anda, dan untuk kesihatan yang lebih baik. He. Moga berbahagia. Adoyaiii!!

perihal Chikungunya

2 pixel(s)

Sedang aku menyelusuri dunia maya, bertemu dengan fakta tentang nyamuk yang famous sekarang ini di Malaysia, Chikungunya. So, aku berkongsi di sini, tak perlu menggelintar jauh.
Chikungunya, anda mampu mengubahnya!

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari). Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

11. Bagaimanakah rupa nyamuk yang membawa Chikungunya ini? (ni soalan aku..he)

Nah gambarnya. Awas!!


Sekian.

Adakah anda mangsanya?

4 pixel(s)

Buka ajer email aku balik dari opis tadi, dapat satu email buat pendapatan tambahan. Emailnye berbunyi :

Subject : JURUTAIP DIRUMAH DIPERLUKAN: RM3,800 SEBULAN (PENDAFTARAN PERCUMA)

Sahabat Sekalian,

Sedang mencari kerja atau perlukan duit yang lebih????

Kami bayar sehingga USD 1000 = RM 3,800 atau lebih secara bulanan.


Kami menawarkan kepada anda peluang pekerjaan di rumah seperti Menaip/kerani/setiausaha/penyelia/pelatih/Peg. Pemasaran/pengurus.


Pengalaman tidak perlu. Boleh menaip. Tiada had umur.boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Sepenuh masa atau part time.

Berminat atau ingin mengetahui dgn lebih lanjut!!!

Sila ikuti 3 langkah mudah seperti dibawah:

1- Klik button reply pada email anda,pasti kan email dialamatkan ke : fast_advertise@yahoo.com dan Cc ke aini2702@yahoo.com

2- Dengan perkataan anda sendiri, sila tulis samada anda berminat atau tidak dengan tawaran kerja ini (ingat!!! Jgn tulis jawapan anda pada ruangan subject)

3- Sebelum Klik butang send, sila pastikan email iklan ini juga disertakan sekali.

Setelah anda memenuhi 3 langkah diatas dan menghantar email berkenaan, seperti yang diminta, kami akan menghubungi anda dengan maklumat terperinci seperti yang diperlukan.

Terima kasih.

Teruja kan baca? Aku selidik kaji google up google down nak cari kepastian akhirnya aku buat kesimpulan ianya adalah SCAM!! ramai yang da kena. Aku BUKAN salah sorangnya. He. Jangan anda pula terkena kerna anda telah diperingatkan dengan peringatan ini.

Setelah dianalisis daripada beberapa testimoni dan sumber yang ada, didapati modus operandi scam ini adalah mencari mangsa di kalangan orang yang desperate nak dapatkan duit lebih dengan menggunakan umpan bekerja senang di rumah dan dapatan yang lumayan (guna USD). Mangsa akan membalas emel berkenaan dan selepas itu si pemangsa tadi akan membalas email meminta anda bank-in kan RM30++ kononnya yuran pendaftaran. Selepas pembayaran di buat, pemangsa tadi akan membalas emel dan memberikan task pertama, yang initial iaitu cari lagi orang lain menggunakan cara promotion yang sama yang mangsa dapat. Lepas tu pemangsa akan senyap. Maka hilang lesaplah RM30 tadi macam tu aje.

Walaupun nilai RM30 tu maybe kecik jumlahnya, duit jugak tu, lepas da minyak kereta. Lagipun kalau 10 orang yang jadik mangsa, tak ke untung si pemangsa dengan mendapat RM300 sonang jer. Benda ni berangkai, awas! SCAM!! Damn!!

Nasihat, next time kalau dapat emel2 macam ini, detailkan dulu, dapatkan info berkaitan secara usaha sendiri atau tanya dengan orang yang lebih mengetahui. Jangan diikut nafsu monyet itu. 'Jangan monyet, jangan!' . Lu pikirlah sendiri. Anda mampu mengubahnya. a

p/s: WRX aku patah no plat siang tadi, kena sondol..he!

Gempar - Jual Anak Dara!

4 pixel(s)

Nak kongsi... ni aku dapat dari satu emel... kelakar pun ada. iktibar pun ada. satu insiden yang menjadi KES POLIS..


Emak kepada Minah : "Yerlah... anak saya belajar lulus universiti... tak nak bilang berape... tapi biarlah berpatutan... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 ribu... tapi inilah satu- satunya anak perempuan saya... paham-paham jelah"

Emak kepada Mamat : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun pahamlah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."

Emak kepada Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya ni bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu... dahlah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."

Mamat : "Yerlah makcik... Makcik ni jual anak ke jual kereta? Takda, macam gini... SEKARANG jugak saya DOWN PAYMENT 2 ribu... Saya bawak balik anak makcik... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK... Jangan cakap 10 ribu, 12 ribu pun saya sanggup... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"

Gelak?? Terperanjat? I was a witness there. This really happened da.... Sounds funny but if u were there confirm lost kejap.... what happened next was an UGLY scene.... bertikam lidah sampai 3 lelaki bengap datang step hero. Dorang pon kena maki terok2 dgn 'Emak kepada minah' tu. (",)

Sesungguhnya zaman dah berubah, tiada lagi manusia kenal erti ijab kabul, yg dipraktikkan adalah martabat, pangkat dan darjat. Benar walaupun disekolahkan hingga menjadi seseorang yg berjaya, namun mereka lupa akan amanah yg dijanjikan sebelum dikurniakan anak itu.

p/s : sekadar berkongsi.. sama-sama renungkan, tak kira mamat atau minah!!

Hacker. Cracker, Greyhat dan Script Kiddies

3 pixel(s)

Dunia komputer/IT sekarang ini menyaksikan tumbuhnya golongan cerdik pandai komputer/IT bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kanak-kanak riang Dumex sekarang sudah mampu menjadi hacker, malah cracker, jua greyhat mahupun script kiddies. Apa semua ni? Apa itu hacker? Apa itu cracker? Snekkah? Apa itu Greyhat? Apa itu Script Kiddies? Jawapan ada di bawah. Sekadar berkongsi.

Hacker

Hacker adalah profesional komputer/IT, yang mana mereka boleh terdiri daripada jurutera komputer, pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi mengenai sistem komputer. Mempunyai minat dan pengetahuan mendalam dalam dunia IT dan berupaya mengenalpasti kelemahan sesuatu sistem dengan melakukan try and error terhadap sistem itu. Namun, hacker tidak akan melakukan kerosakkan terhadap sistem kerana ia merupakan etika hacker. Hacker biasanya menghabiskan masanya melakukan pelbagai perkara untuk memahami dunia komputer dan sentiasa ingin tahu perkara berkaitan dunia komputer. Mereka juga dikenali sebagai golongan white hat.

Cracker
Golongan black hat yang terpesong. Mereka tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka terhadap orang lain. Melakukan aktiviti haram demi keseronokan serta kepentingan mereka sahaja. Sengaja menceroboh untuk melakukan sabotaj, khianat dan sebagainya. Merekalah yang sebenarnya melakukan perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan, memasang spyware dan sebagainya tetapi golongan hacker pula yang dipersalahkan.

Greyhat
Gabungan hacker dan cracker. Golongan seperti hacker yang berminat menguasai ilmu komputer. Sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka membiarkan pentadbir sistem atau laman web mengetahui aktiviti mereka, mereka mudah membahagi-bahagikan ilmu kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking.

Script Kiddies
Golongan ini dari kaum cracker tetapi golongan ini tidak memiliki pengetahuan mendalam dalam IT seperti pengaturcaraan serta bagaimana sistem komputer berfungsi melainkan pengetahuan melakukan hacking. Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang dicipta para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi disalah guna. Terdapat juga perisian yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.


****
Jadilah hacker, makanlah cracker, pakai grey hat dan baca script..you kids!

nukilan : Lanz™

entry 18PL

2 pixel(s)

Salam,

Ahad yang pelbagai. Plan awal tidak menjadik tapi plan lain terjadik. He. No worries. Pergi tengok Race to the Witch Mountain sebelah petangya. Citer ala-ala jer. Sesuai untuk seisi keluarga. Before beli tiket tu masa duk pilih2 filem, datang la sekumpulan budak2 remaja mencari destinasi wayang mereka

Remaja 1 : Weh... nak tengok filem ape?
Remaja 2 : Ni Street Fighter...best!
Remaja 3 : tu 18PL r...
(dengan nada slow.. cover takut didengari)
Remaja 1 : Sex Drive r wei... hahahahah


Aku ngn si dia sengih jer kat belakang tengok telatah dorang.. simpul2 dorang cover ayat dan laku. Haha.. budak2 zaman skang, terbuka sangat... nasib baik kat depan kaunter ada tapisan lagik. Kalau tak dorang men redah jer layan..18 pun jadik. Diorang berlalu tanpa beli pe2 movie untuk di layan.. semua 18 kecuali Geng ngn Jin Hutan.. budak2 remaja camtu mana layan citer camni.. haha!

Aku pun jua berlalu mencari hala tuju ke mercu kaunter mencari tiket. Hee. Citer Race to the Witch Mountain ni layan jugak la.. so-so. Memang sesuai sangat la kalau yang suka citer tak berat and untuk famili.. UMUM gitu...

Sebut sal UMUM teringat kat iklan rate UMUM before muvi kat wayang.. kan ada kartun yang sebut 3 4 orang yang mewakili setiap rate U, 18SG, 18SX, 18PA dan 18PL.. tadi adalah UMUM, so keluar la mamat kartun tengah fight dan hero berkata 'UMUM'... mamat kartun seorang lagi ni a.k.a yang jahat stop la fight sebab UMUM tak nak ganas tapi dibentes oleh mamat kartun yang tadi a.k.a perasan hero. Macam sinis je perlakuan tu. Dilihat dari skop citer wayang tadi xde pe yang sinis. Cuma penyampaian yang sinis oleh kartun tu.

Why?
Kenapa aku anggap sedemikian sebab ia semacam mempermainkan mesej UMUM yang nak disampaikan... semacam ia adalah cover up sahaja umum tapi hakikat tak UMUM disebabkan perlakuan si hero tadi membentes si jahat yang nak baik sebab UMUM. Korang faham kan pe nak disampaikan.. Lantak lew. Sinis jer mesej dia. Dari pandangan dan pengamatan sudut tirus aku la. Mesej tu seakan menipu umum dan mesej UMUM.

Sebenarnya takde ide sangat nak citer.. tetiba teringat scene kartun tu. Nak ulas Race to the Witch Mountain cam malas jer sebab citer dia biase jer. Conman Dwayne 'The Rock' Johnson berjiwa halus. Haha.


Terbaca tentang Hantu Lelembut.. a.k.a Bunian orang kata.. duk baca Kosmo Online, pasal kehilangan seorang lelaki kat Sungai Belat, Kuantan, katanya kena sorok dek Lelembut. Modus operandi Lelembut menjelmakan dalam bentuk seorang wanita bersama seekor kambing gurun putih untuk mengaburi. Tak tahu la betul ke idak, betul kata Uncle Seekers berpaksikan cerita mangsa dan ada omputih penah bukukan tentang Lelembut ni. Lanjut? klik sini

Time to go. Salam.


reviu padat ringkas.

0 pixel(s)

Not mucho ide tonito..
Antara movie downloaded yang aku layan kat rumah
bila free for the last two(2) weeks.

Underworld 2 : Rise of the Lycans
"Underworld 1 lagi best dari yang ni.. huhu"

Punisher : War Zone
" Filem yang agak kosong... cuma aksi.. amat biasa.. "

Futurama : Into the Wild Green Yonder
" Another nice DVD of Futurama"

Bride Wars
" Common jer "

Sex Drive
" Common R rated teen movie..."

Yes Man
" Ya Man.. "

Leprachaun 1993
"It brings back the 90's to me.. "

Gran Torino
" Eastwood still rocks.. "

panass.. PPSMI

2 pixel(s)

Apa yang baik itu harus kita sokong dan apa yang tak baik dan memudaratkan itu harus kita jauhi dan membantah. Ajaran ini dah turun temurun diajar oleh semua bangsa mahupun agama. Hari ni (Ahad, 080309) di dada akhbar terpampang besar peristiwa bantahan dan perarakan beramai-ramai oleh orang Melayu khususnya ke Istana Negara, dan ianya turut disertai oleh cendekiawan negara yang bijak pandai.

Aku tak mengulas isu ini dari segi politik, biarlah jika ada agenda politik pun dari mana-mana pihak tapi ulasan yang dilakukan tidak berpihak kepada mana-mana cabang, cuma berlandaskan pemikiran dan ilmu serta logik yang tak seberapa ini. Pada pemikiran aku.

Bagi aku personally PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) merupakan polisi yang patut diteruskan oleh kerajaan dan pihak rakyat sepatutnya menerima dan menjalankan polisi ini dengan baik dan berkesan kerana ianya bukan sahaja memanfaatkan para individu kumpulan sasaran yakni pelajar itu sendiri, malahan secara langsung mahupun tidak langsung, kesan positif ia terpalit pada guru, ibu bapa dan juga masyarakat sekitar.

Setahu aku motif PPSMI ini dilakukan adalah untuk memantap dan memperkayakan kemahiran berbahasa inggeris di kalangan pelajar Malaysia terutamanya kepada anak melayu yang kalau dilihat daripada statistik, agak jauh ketinggalan, dan tanpa mengabaikan bahasa ibunda yang digunakan seharian, Bahasa Melayu. Matlamat ini patut disambut baik dan dipergiat, bukan dicanang untuk di mansuhkan.

Ada aku terdengar yang mengajar dalam BI ini menyusahkan para guru dan mengganggu guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Kenapa? Mungkin kerana guru ini juga tidak didedahkan kepada Bahasa Inggeris pada awal pendidikan mereka dan ia menjadikan suatu kesukaran buat mereka. So, kita hendak perkara sama terjadi kepada generasi seterusnya? 'Paksa-Rela' dikatakan menjadi faktor kenapa guru tidak mahir. Hmm. Nak seribu daya, tak nak, seribu dalih. Maybe perlu ada pendekatan baru untuk memantapkan lagi penguasaan para guru terlebih dahulu sebelum memantapkan pelajar. Intensif dan berkesan.

Bahasa Melayu masih bahasa pertama kan, bahasa kedua iaitu BI yang mana SEMUA ORANG TAHU ianya amat perlu pada masa sekarang untuk menjadi kompetetif locally mahupun globally. Bukan hendak memansuhkan Bahasa Melayu, tapi hendak memperkasakan kemahiran BI di samping memelihara Bahasa Melayu. Bahasa Melayu penting, ianya bahasa ibunda yang perlu dijaga, dipupuk dan dipelihara agar ia tidak pupus. Tapi pada masa yang sama kita juga digalakkan mempelajari dan memahirkan diri dengan ilmu bahasa lain untuk memperkasakan peribadi, famili, komuniti, bangsa dan pertiwi.

Maybe kemarahan yang muncul disebabkan perlaksanaan polisi yang tidak berkesan. Objektif polisi adalah amat baik, tapi jika perlaksanaan yang dilakukan tidak berkualiti ianya tidak akan berjaya dan mungkin inilah kesannya kerana polisi ini dipantau dan dilihat oleh semua orang dari pelbagai aras dan mungkin terlalu banyak kelemahan yang terungkap sehingga tidak terbendung lagi. Kelemahan tetap ada, pasti ada, perbaiki... jangan biarkan.

Malas da nak ulas... aku sokong PPSMI ini selagi perlaksanaannya tidak meminggirkan bahasa ibundaku Bahasa Melayu. Pada masa yang sama, semua perlu meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris kerana ianya penting sekarang ini. Di ingatkan, jangan meminggirkan bahasa ibunda, bahasa melayu. Ingat. Wallahualam! Pada pemikiran aku.

p/s : semuanya bermula dari dalam diri kita. Kita mampu mengubahnya!

Nukilan : Lanz™

Reviu Watchmen 2009

3 pixel(s)

Tertunai hajat untuk menonton Watchmen yang diplan dari tahun lepas setelah menlihat trailer dan reviu yang hangat dari para pegnkritik filem. Tonton bersama my precious. Di benak sebelum memasuki dewan tonton ada sedikit harapan dan assumption terhadap filem yang ada yang mengatakan 'antara filem yang terbaik bakal keluar 2009' ini. Adakah? Baca la reviu ni. Sekadar berkongsi.

Watchmen 2009
("Who watch the watchmen?")

Introduksi

Filem Watchmen adalah karya arahan Zack Snyder yang pernah mengarahkan 300 dan Diary of the Dead yang menaikkan namanya. 2008 mereviu yang Watchmen adalah salah satu filem yang terbaik bakal ditayangkan. Bakal. FYI, komik grafik asal Watchmen karya Alan Moore dan Dave Gibbons merupakan fenomena. A 163 minutes running time's film. Lama jugak tu.

Sinopsis

It is 1985, but not as you know it. Richard Nixon is still in charge, having passed a law allowing himself more than two terms; he is in any case wildly popular owing to the huge US victory in Vietnam. This is because the Americans had on their side awesome superhero Dr Manhattan (Billy Crudup), a flaming-blue colossus with Blakean musculature and godlike powers to bend nature to his will. He is one of the Watchmen, the now disbanded crew of superheroes, including Ozymandias (Matthew Goode), Silk Specter 2 (Malin Akerman), Nite Owl 2 (Patrick Wilson), Rorschach (Jackie Earle Haley) and The Comedian (Jeffrey Dean Morgan). The Watchmen are in fact the second-generation descendants of a prewar super crew called The Minutemen, with the original Silk Specter (Carla Gugino) and the original Nite Owl (Stephen McHattie).

Ulasan

Overall, honestly apa yang aku jangkakan tak kesampaian tapi taklah mengecewakan sangat. FYI, komik Watchmen ni memang 'gelap' dan sadis so aksi brutal dan tragis dalam filem tu sememangnya dah boleh dijangka. Tapi momentum cerita agak sedikit membosankan. Separuh masa yang pertama filem ini agak membosankan, hampir tertidur. Jalan cerita agak lembap dan aksi yang agak kurang. Separuh masa kedua barulah aksi dan jalan cerita semakin menarik towards the end. Persembahan grafik dan koreografi boleh tahan jugak la. Background dia awesome. Watak Rorschach paling berkesan; cool. Quote yang paling diingati lebih kurang "I'm not in here with you all, but you all in here with me" masa Rorschach kat dalam penjara. Cool.

Optimis (+)

- Rorschach dalam penjara; keadaan yang suspen dan kadang-kadang funny.
- Topeng Rorschach; memang cool habis topeng kain dia.
- Scene Nixon kena bunuh tang hidung belatuk.. haha. funny hidung dia.
- Pembunuh sebenar Kennedy dibongkar.
- Segmen flashback. Memang banyak membantu cerita.
- Customes diorang. Neat tapi kadang2 mengganggu pun ada.
- Soundtrack dia pun boleh tahan jugak. Unik.
- Archie macam topeng Abe Sapien dalam Hell Boy pun ada.

Pesimis (-)

- Dialog. Seakan mendatar.
- Permulaan lembap.
- Mr. Manhanttan yang 'biru'.

Simpul Mati

Keseluruhan Watchmen tidaklah mengecewakan sangat, terdapat unsur-unsur yang boleh dibanggakan jugak tapi masih banyak ruang boleh diperbaiki. Dark Night masih the best. Bagi peminat novel grafik, pergilah tengok. Aku bagi 70/100. Ok? Chow.

Nasi Tambah

Rasmi. Trailer. Tentang. Ulasan.

Raja Lawak 3 : Sepah

3 pixel(s)

Salam,

Pertabalan baru Raja Lawak dah selesai tadi dengan tertabalnya favourite Sepah sebagai Raja Lawak untuk program Raja Lawak Astro Musim ke-3 ini. Kumpulan dari Johor ini ialah favourite untuk menggondol hadiah Raja Lawak di samping dua peserta individu iaitu Amir dan Jihan selaku underdog yang cuba membuat upset terhadap Sepah tapi tiada berbuah sebarang kejayaan.

Persembahan Jihan sebagai pembuka pentas akhir untuk segmen yang pertama tidaklah mengecewakan. Watak penguatkuasa yang diceritakan olehnya agak menjadi dengan mengemukakan tabiat-tabiat orang yang melakukan kesalahan dan juga sikap yang sepatutnya di amalkan oleh penguatkuasa iaitu tidak mengambil rasuah. Mesej yang cuba disampai dan ditekankan oleh Jihan adalah kuat tapi kekurangan unsur lawaknya, tapi tidaklah mengecewakan. Persembahan segmen kedua Jihan mengembalikan jiwa sebenar serta potensi dirinya sebagai mimicker. Tema muzikal yang diberikan disampaikan dengan begitu baik dan teatherical dan juga di selitkan unsur lawak yang berpatutan. Jalan cerita yang kemas dan menarik tapi masih agak kekurangan ide lawak. Tidaklah mengecewakan.

Apa yang mengecewakan adalah persembahan Amir terutamanya pada segmen kedua. Segmen yang pertama, Amir semacam bangkit kembali dengan sedikit improvement dengan tona dan punchlinenya tapi apabila mempersembahkan untuk segmen kedua, persembahan agak mengecewakan dan mendapat kritikan yang agak pedas dari para pengkritik. Amir tidak menggunakan tema muzikal yang sememangnya boleh membantu dengan banyaknya lawak yang cuba di sampaikan. Setuju dengan kritikan Adlin Aman Ramli yang menyatakan bahawa Amir syok sendiri di atas pentas. Penonton/audiens seakan tertunggu-tunggu akan punchline tapi tak kunjung tiba. Bak kata Sabri Yunus, 'sembelit'.

Sepah, Raja Lawak musim ke-3 terus konsisten dengan persembahan serta lawak yang mereka utarakan. Sememangnya 3 kepala adalah lebih baik dari 1 kepala. Kepala yang ada itu, diorang gunakan dengan baik dan kemas. Chemistry yang diorang ada juga adalah antara faktor utama kejayaan lawak dan persembahan diorang. Gandingan lawak bersahaja, kadang-kadang berbaur mayat dan sedikit 18 mampu menggamatkan suasana studio di tambah dengan unsur muzikal yang ada memeriahkan suasana. Sememangnya diorang memang layak memenangi title itu. Teringat kata ucapan si Mamat. lebih kurang 'Mak, walau Mamat tak dapat segulung ijazah, tapi sekarang Mamat johan... Allahu Akbar'.

Tahniah kepada Astro dan juga pengundi, ternyata pemilihan dibuat adalah berdasarkan kualiti dan impak bukan hanya populariti. Harap Raja Lawak musim ke-4 nanti akan lebih berkualiti dan lebih lawak. Lawak yang berisi, penuh informasi dan tidak basi. Masa yang terluang akan terisi. Johan dan Zizan memang kool, overshadowing semua, even Raja sendiri. Keep it up!

End of thought.

p/s : patut Sepah, LNJ dan Jihan di pentas final, maybe lagi sengit.

Nukilan : Lanz™

baik punya cilok!

3 pixel(s)

Ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya, yang bermotosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Si pemandu kereta pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal itu mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah² bandar raya itu, bilakah?

p/s : bukan semua yang best itu baik, dan bukan semua yang tak best itu tak baik. Lu pikir la sendiri. Pros and cons pasti ada.

Parasit Komputer.

0 pixel(s)

Virus, bukan hanya manusia dan haiwan boleh diserang oleh virus, komputer juga mempunyai risiko yang sama di serang oleh virus. Sifat virus komputer adalah seakan sama dengan virus yang menyerang manusia, ia menggangu sistem komputer sebagaimana virus mengganggu sistem badan manusia dan juga membawa gejala dan kesan yang tak baik. Kehadiran virus atau parasit komputer sekarang ini semacam dah menjadi suatu kemestian, adanya sistem komputer, virus juga akan ada. Kerana itulah wujudnya antivirus, antispyware dan lain-lain.

Terdapat banyak jenis parasit komputer yang wujud kat dunia web ini selain dari virus yang popular, diantaranya adware, trojan, dialer, worm, keylogger, hijacker, cookies dan sebagainya, yang masih kurang dikenali terutamanya mereka yang baru mengenali dunia IT dan ada yang beranggapan ianya virus. Jadi, sudah menjadi suatu kewajaran untuk mengenali parasit-parasit ini untuk membolehkan pencegahan yang lebih berkesan dapat dilakukan. Sebagaimana kata pepatah, 'Mencegah adalah lebih baik daripada mengubat'.

Parasit-parasit komputer

Virus
Virus komputer adalah suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi di dalam sesebuah perisian.Ia berkemampuan mereplika dirinya dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer, dokumen, boot sector dan sebagainya. Virus akan aktif serta melakukan salinan diri sendiri apabila kita menjalankan program yang dijangkiti virus dan akhirnya pelbagai kerosakan berlaku seperti memadam data, mengubah data, merosakkan software dan juga boleh merosakkan perkakasan komputer. Contoh virus Brontok, Michealangelo, dan Tequila.

Trojan Horse (Trojan)
Trojan adalah program berbahaya kerana ia memberi kemampuan kepada penggodam untuk mengawal dan melakukan apa jua perubahan terhadap komputer tanpa disedari pengguna komputer. Ia juga mampu mencipta, memadam serta memindah fail tanpa dijejak. Contoh trojan adalah NetBus, ProRat, Sub7 dan lain-lain.

Worm
Worm atau cecacing adalah program yang berkemampuan mengeksploitasi kelemahan suatu sistem operasi (OS) serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contohmya Worm 'sasser' melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat. Contoh lain adalah Worm 'CodeRed' mengeksploitasi kelemahan Windows 2000 iaitu pada file idq.dll, kelemahan pada buffer overflow Windows 2K.

Malware
Merupakan sebuah program komputer yang di ciptakan dengan maksud dan tujuan tertentu dari penciptanya yang mencari kelemahan dari perisian. Umumnya malware diciptakan untuk menceroboh atau merosakkan suatu perisian atau sistem operasi (OS).

Adware
Adware adalah program yang mengpop-up iklan dan/atau iklan yang tersembunyi dimasukkan ke dalam sesebuah program. Kebiasaanya program tersebut adalah program freeware, shareware dan sebagainya. Jadi, pengguna terpaksa menerima iklan tersebut. Contoh adware adalah 123 Messenger, 180SearhAssistant dan lain-lain.

Spyware
Spyware adalah program pengintip yang berupaya mendapat dan mengumpulkan maklumat pengguna komputer tanpa disedari. Pencerobohan ini menguntung pihak pengintip kerana maklumat boleh dijual tujuan promosi produk keluaran syarikat mereka terutama dan kebisaannya. Program ini boleh didatangi bersama secara sembunyi melalui program seperti freeware, shareware atau demo yang boleh dimuat turun dari internet. Contoh spyware adalah Zlob, DyFuCa, WinTools dan lain-lain.

Hijacker
Hijacker adalah program yang boleh mengubah setting pelayar web, menukar carian ke laman tertentu seperti laman pornografi. Dan yang paling teruk ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali, malah, mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa. Contoh hijacker adalah spymaxx, dir4you, hipointltd dan lain-lain.

Dialer
Dialer adalah program yang memasukkan fungsi sambungan ke internet, memutuskan sambungan komputer dari ISP local dan menukar atau menghubungkan kembali ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger (Keystroke Logger)
Keylogger adalah program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda, termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies
Cookies dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada yang menyalahgunakannya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin untuk dijual bagi perolehi keutungan.

Spam
Spam melibatkan kegiatan emel yang tidak diundang dihantar dengan banyaknya tanpa keizinan pemunya emel dan ia mungkin kegiatan suka-suka, mengacau atau promosi iklan yang salah. Ia mengundang masalah dari segi ruang emel dan masa.

Wabbit
Istilah wabbit mungkin asing, tapi memang ada malware jenis ini. Seperti worm, wabbit tidak memerlukan suatu program dan/atau dokumen untuk bersarang dan membiak. Modus operandi wabbit adalah ia akan menggandakan dirinya seberapa banyak yang boleh secara terus menerus dan merosakkan sistem/software. Kesannya proses sistem akan menjadi semakin lembab kerana wabbit telah banyak memakan memori sistem dengan penggandaannya.

Backdoor
Ini adalah parasit yang main jalan belakang untuk mengemudi sistem dengan tanpa rela oleh sistem yakni, menceroboh. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan; 1 mirip kepada Trojan dimana secara manual ia dimasukkan ke dalam fail program. Kumpulan ke 2 adalah mirip worm dimana ia dijalankan sebahagian daripada proses boot. FYI, Ratware adalah sebutan untuk backdoor yang mengubah komputer menjadi zombie yang mengirim spam.

Exploit
Exploit adalah program yang menyerang security vulnerability yang spesifik namun tidak selalu bertujuan untuk melancarkan tindakan yang tidak diinginkan. Ianya digunakan untuk membuat ujian menunjukkan bahawa sistem tersebut mempunyai 'lubang'. Salahguna Exploit membolehkan sistem itu mudah dicerobohi.

Rootkit
Rootkit dimasukkan ke dalam komputer oleh penyerang setelah komputer berjaya diambil alih. Rootkit berupaya menghapus jejak serangan, seperti menghapus log file dan menyembunyikan proses malware itu sendiri. Ia juga mungkin menanam backdoor untuk serangan masa hadapan. Rootkit sukar dijejak kerana ianya tertanam jauh ke dalam sistem biasanya di bahagian kernel dan OS. Cara yang boleh digunakan untuk menjejak Rootkit ini adalah dengan boot semula sistem dengan menggunakan boot selain hard disk tadi, samada boot melalui CD/ROM atau USB.

Bot

Bot adalah sejenis malware yang membolehkan seseorang mengambil alih komputer yang dijangkiti bot secara menyeluruh dan ini biasanya dikenali dengan istilah 'zombie'. Penyerang biasanya akan menggunakan zombie untuk buat serangan DoS ke atas mana-mana laman web, membuat hosting untuk laman web phishing, ataupun menyebarkan spam ke emel-emel.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai ancaman virus dan parasit komputer dan pengguna perlu mengambil langkah berjaga dan pencegahan bagi menghalang sebarang salah laku, salah guna dan pencerobohan. Gunakan program antivirus, antispyware, mengaktifkan firewall, tidak melusuri laman web yang mencurigakan, tidak klik sebarang pautan yang mencurigakan dan lain-lain langlah pencegahan.

reference :
wikipedia
sckycrewz

nukilan : Lanz™

sahabatku..

2 pixel(s)

Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya...

p/s: site still under constuction

Under Construction

0 pixel(s)


.UNDER CONSTRUCTION.


.A scheduled maintenance.
.Come back later kay.

.Thanks.

: My Other Site :

acutrycubatest
rojacked
eltp16