na sa ri na ra

1 pixel(s)


japanized...
nalzarinar in japanese...


Sebutan : na sa ri na ra

nak jugak? sini.

Babi pun kena flu...

0 pixel(s)

Salam,

Semalam dalam surat khabar terbaca satu ruangan kecil tentang Selesema Babi. Terfikir akan kesannya adakah macam selesema burung yang menghuru-harakan seantero dunia sebelum ni? Adakah? And then tadi, tengok Buletin Utama kat TV3, tajuk utamanya adalah pasal virus flu ini. Makin hangat dibincangkan dan penduduk dunia semakin panik akan kesannya adakah semacma bird flu? Mungkinkah?

Bermula dari Mexico, jirannya America mendapat tempias dengan beberapa mangsa telah dikenalpasti menghidapi penyakit berjangkit ini. Dan dalam masa yang sama negara lain mengambil langkah berjaga bagi menghalang penularan virus tersebut termasuklah Malaysia. Membuka semual jawatankuasa yang sebelum ini menguruskan penularan birds' flu. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubat.

Jadi, apakah virus selesema babi ni? Haramkah ia? Kena samak ke kalau menghidapinya? huhu.Tanda-tanda selesema babi adalah menyamai dengan selesema biasa. Antara simptomnya :
(sumber : nowpublic)

  • demam panas (sepanas 105 atau lebih)
  • loya dan muntah
  • sakit kepala dan/atau sakit otot/sendi
  • masalah pernafasan
  • masalah sinus
  • cirit birit dan dehidrasi
Bahaya ni..payah nak detect, macam flu biasa... kena gi klinik cepatkalau ada tanda flu. huhu. Selesema terbaru ini dikatakan lebih mudarat berbanding sebelum ini kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan babi. Virus hibrid seyh.. dah la bird's flu xdapat lagi penawar dia, datang plak virus haram ni. Haru.

Huhu. Dunia akhir zaman ni penuh dengan pelbagai wabak penyakit, dari burung, skang babi, lepas ni apa pulak? Gajah? Penguin? huhu. Cegah sebelum parah.

Malumat lanjut.
Swine Flu

p/s: semalam hari jadik aku. 25 x 25. 25th on 25th. and Selangor menang FA Cup!!he.

Kalam...

0 pixel(s)


What is the Secret of SUCCESS... ? "RIGHT DECISIONS"
How do you make Right Decisions... ? "EXPERIENCE"
How do you get Experience.. . ? "WRONG DECISIONS"
Dr. ABDUL KALAM

Without your involvement you can't succeed.
With your involvement you can't fail.
Dr. ABDUL KALAM

nak bunting segera?

0 pixel(s)

Sedang aku merewang kat sawang internet,
terjumpa la gambor iklan ni.Iklan 'BUNTING SEGERA'
bagi sesiapa yang nak bunting secara cepat.
Sila la kontek no tertera..haha


p.s. : guna la word yang tak double meaning...
banner ke pe ke...bunting segera..

Pecah Penjara kembali...

0 pixel(s)

Baru jer lepas menonton episod latest Prison Break.
episod 17 musim ke 4.
Mantopp.

Hari ahad, hari untuk tidow!!!

Terengganu vs. Perak

2 pixel(s)

vs

Semalam sekali lagi aku aku dikatakan orang perak. Kali ni dari sorang polis pencen yang aku ketemu kat putrajaya, tanpa disuruh teka, dia mengatakan "orang perak ke?" Perak sangat ke aku ni? haha.. Banyak kali gak da aku dikatakan asal Perak. Huhu. Pape pun, i'm happy with myself. Terengganu kiter... Anak jati Terengganu ni. Senyum sokmo!!


p/s : Da tengok Jangan Tegur karya Pierre, ok la, tipikal. Jangan pandang belakang lagi best !!
Nak lebih sikit? sini

watched!

0 pixel(s)

Watched!!
Antara filem yang aku tontoni this past two weeks
dekat PC aku mahupun pawagam bila masa lapang!


The Unborn [2009]

"Filem seram yang biasa saja. Bolehlah, sedikit bosan!"


Singh Is King [2008]

"Aku layan jugak Hindustan.. certain movie je la.
Karpal Singh memberi idea aku menonton cerita ni.
Bolehla. "


Catch Me If You Can [2002]

" Dah beberapa kali da tengok citer ni. Tak puas.
Best. DiCaprio ngn Hanks. Mantop!"


Fast & Furious [2009]

"Movie paling latest aku tonton kat Cinema,
ngan my precious.
Memang mannntop!!
Penuh aksi maksi
. Vin Diesel mantopp!!"


Paul Blart - Mall Cop [2009]

"Baru jer tengok kat PC selepas berjaya download.
Hiburan seisi keluarga. Nice. "


Dante's Peak [1997]

"Citer lama nih, masa aku tingkatan satu kuar citer ni.
Boleh tahan la. Kisah volcano!"

Mizaru, Mikazaru, Mazaru

0 pixel(s)


See no Evil,
Hear no Evil,
Speak no Evil

See on Live,
Hear on Live,
Speak on Live

"Write your Sad times in Sand,
Write your Good times in Stone. "

donno what to enter.. haha!!

Buat Nua dan Izi

1 pixel(s)


.Buat Anuar Hanis dan Sharan Izian.

Selamat Bertunang.
11 04 2009

Sori aku tak dapat menghadirkan diri
bersama geng2 yang lain.
InysaALLAH,
di panjang umor, di murahkan rezki
majlis nikah kahwin nanti
pasti muka aku ada bertandang.
bersama hadiah di tangan.
hee.

Harapan semoga semuanya
akan lancar.
Harapan semoga korang
akan panjang jodohnya
ke akhir hayat,
dunia akhirat.
Harapan...
doakan aku jugak..
he..

Chow. Salam.

.Frends Forever.

Adakala.

1 pixel(s)

Adakala...
Dia datang bawa khabar gumbira
lantas ceria
hilang duka
walau hanya sementara

Adakala...
Dia hadir bawa cerita penuh luka


meratap hiba dalam rasa
rataplah jiwa... rataplah!!!
moga bisa menghentikan sebak di dada

Adakala...
Dia tak kunjung tiba
walau di balik purnama
ku intai
namun tiada
sepi sendiri
rindu menyapa dalam penantian

Adakala...
Dia menjelma tanpa rupa tanpa suara
sepi
di hijab cahaya
tampak kelam
bagai hanya bayang semalam...

kredit : ustazmuda

the pearl...

0 pixel(s)



Don't make promise when you are in JOY .
Don't reply when you are SAD.
Don't take decisions when you are ANGRY.
Think twice, Act wise.
BE happy...!

Kisah 2 Bukit dan 1 batang.

0 pixel(s)

Alkisah dua buah bukit yang amat popular dan feymes di seantero nusantara malaya dan juga satu batang yang hangat diperkatakan seluruh rakyat jelata. Bukit-bukit dan batang itu telah menjadi medan peperangan, medan perebutan mencari siapa yang lagi kuat..bagi bukan 1, bukan dua, malahan 19 pahlawan telah mengesahkan pertandingan untuk memiliki bukit-bukit dan batang yang panas itu.

Alkisah di bukit pertama yang tinggi sedikit dari bukit kedua, 2 pahlawan berjuang mendapatkan bukit itu. Sebelum hari pertarungan, pelbagai helah, pelbagai cara telah dilakukan oleh kesemua pihak bagi memperolehi bukit tersebut. Namun yang menang hanyalah seorang, DATUK Seri Nizar Jamaluddin mengungguli.

Di bukit kedua, Peristiwa sama terjadi, yang berbeza adalah orangnya sahaja. 15 pejuang berjuang mendapatkannya tertapi bukit itu telah berjaya digapai oleh, Manikumar. Tidak disangka, tidak terduga.

Satu-satunya batang yang ada pula menjalani proses yang sama. Penguasaan telah diduga. Lancar. The end. Idea kering. PR 2, BN 1. Apa komen?

p/s: Kabinet dapur akan diumum esok.

after a few days of idling..

3 pixel(s)

Selepas beberapa hari blog ni tak di sentuh. Aku kat Kuantan. g interview tak tau la ape result dia. Hanging by the moment la. Tunggu. Harap2 dapat, kije gomen. G mancing kat Kuala Kemamang ngan my bro's family. turun petang balik jam 1 pagi, umpan abis, gelama sekor jer naik. Bertuah ikan2 sana dapat makan majoriti udang yang dijadikan umpan. Ebek, pari tak naik2.. huhu. Buang masa pun ada, sebab aku bukan layan sangat memancing. Alternatif. he.

Layan anak buah Syasya Athirah dengan Alya Natasha yang lama tak tengok. Udah besar dah si Alya, bleh jalan, cakap sikit2 da. Cepat jer masa berlalu. Seronok duk layan ragam budak2 kecik. Macam2. Ilang sikit penat. He.

Balik KL jer mcm2 da berubah, PM da tukar, dlu Pak Lah, balik2 dari Kuantan, Najib jadik PM ke-6, tahanan ISA dibebaskan, MU menang ngn Aston Villa dan Button menang lagik, kali ni di Sepang. Haha.

Menunggu saat kabinet baru nak diumumkan. Dalam this week r kot. Lepas election di 2 bukit, 1 batang nanti. Mampukah BN menebus kekalahan sebelum ini? Bagaimana pulak ngan muka kabinet pilihan Najib nanti? muka KJ bakal ada ke since dia ada jawatan Ketua Pemuda UMNO? Shahrizat akan ganti Ng Yen Yen? Muhyiddin dilihat akan jadi TPM, ape pulak Che Det akan katakan nanti? Reaksi Pak Lah? Tunggu dan lihat je lah. Aku penat. Tido moh!!

p/s : nak cari kabinet dapur..hmm

kepadaMU.

2 pixel(s)


Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai...

Ya ALLAH!!
Manakala hati ini menjadi keras dan semua
jalanku terasa sempit, ku jadikan harapanku
kepada keampunanMu sebagai tangga
keselamatan.