Happy Old Friends, New Friends Week

1 pixel(s)

to ALL FRIENDS....

kawan2 SMKPB 97/99

geng KMP 02/03 esp. H1P3

geng kuliah FTSM, UKM 03/06

budak2 TK, FTSM 03/06

team HS1481 03/04

HS1481

team UKM MSC-IHL 04

geng kembara alam. @Nuang.

ACCPians @ Cosmopint 06/07 Class 14

ACCPians @ Sentul Mawar Apt.

geng Sentul @ Orkid Apt.

geng LP8
(pic pejai ngn wan xde.. ganti ngn Ben n Hasrul)

geng Satyam ELTP 16..
we ruless!

my ONE n ONLY!

Friendship are forever.
It Remains.
Virtually or Physically.

Tak lupa geng2 yang xde pic..huhu.
geng @ SKBJ,
geng @ PERMATA UKM,
geng @ YGL Consulting,
geng SAP @ Accenture,
geng internet, groups,
forum, SOS, dll.
Semualah!!
FRIENDS.
  • International Friendship Month is February
  • Old Friends, New Friends Week is the third week of May

Barcelona is the best is Barcelona

0 pixel(s)




Barcelona wins against Man. Utd

2 - 0

Eto'o @ 10' and Messi @ 70'

The Catalan rulesss!!

CHAMPION!!

Prison Break : The Final Break.

0 pixel(s)

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya panas sampai malam. He.. hot stuff. Ingatkan hari tu Prison Break da abis dengan kematiannya dan ada anak da. Rupanya semalam terdownload episod paling last PB, kat dua jam. Layan. Memang memberangsangkan.

Dalam episod tambahan ini Micheal dan Sara berkahwin di tepi pantai dan sedang mereka boozing around meraikan perkahwinan itu, datang polis menangkap dan memprisonkan Sara atas tuduhan membunuh Kristina a.k.a emak Micheal Scofield. So, Micheal bengang dan percubaan memecahkan penjara untuk Sara bermula dan dia mengorbankan dirinya untuk membenarkan Sara keluar dengan jaya dan selamat bersama anaknya di dalam kandungan Sara. Apa seterusnya dan bagaimana the gang memecahkan penjara... korang layann. Tunggu DVD keluar atau download sekarang di sini. Mengujakan. Standing and sitting ovation. He.

p/s: menunggu siri hebat seterusnya..

hot in herre...

2 pixel(s)

'So hot in herre' bak kata lagu omhitam tu..Usher kalu tak silap... memang panas. Semakin hari makin panas. Kepanasan yang tak menyelesakan. Berpeluh ketiak ini menghabiskan bait2 ayat ni. Cuaca dunia makin panas. Karbon monoksida dah berjaya menipiskan lapisan pelindungan bumi. Membenarkan kemasukan sinar matahari yang panas membawa bahangnya ke malam hari yang sepatutnya menyelesakan. Penyebabnya adalah manusia juga..aku jugak, korang pun sama.

Global warming
makin menular... tanda akhir zaman.. actually banyak da tanda akhir zamam a.k.a awal kiamat berlaku kat atas bumi ni, kita jer kadang2 tak nak ambil tahu atau sengaja mengelak mengetahuinya. Perang, penyakit, jantina, pembohongan, riba', dll. Huhu. Peringatan buat diri sendiri dan yang lain. Berbekalkan kipas kecik macam aku ni tak bisa melawan dan menghalang perpeluhan. Lelehannya dirasai. Huhu.

Panas macam ni la jugak kadang-kadang menghapuskan jejak-jejak ide yang bersarang. Malas jer. Berbekalkan air kosong berais yang ntah ke berapa dah. Huhu. Berlatarbelakangkan lagu dari kumpulan Hujan. Bersaksikan sinar kalimantang. Hee.. Panas jugak. Pada masa ni lah baru nak memanggil2 hujan dan menghargainya, sebelum ni kalau hujan turun dimarahnya kerana tidak bisa menjalankan aktiviti harian dan menaikkan hormon zzzz. Bila panasa macam ni baru nak mintak hujan..oh hujan.. bukan kumpulan Hujan. tapi hujan. Rain. bukan Rain pelakon korea tu, tapi rain hujan. Nak pegi mandi, sembahyang and cuba tidur. Chow.

Salam.

p/s: mencari umah/bilik sewa di bandar kuantan...sapa ada contact!!

Ameican Idol 09 : Kris Allen

2 pixel(s)

American Idol 2009 dah melabuhkan tirainya dan pemenangnya telah diketahui. Dan kejutan telah berlaku dengan menangnya Kris 'the underdog,the dark horse' Allen menewaskan favourite Adam Lambert.

Kris Allen, pemuda dan pelajar 23 tahun yang telahpun berkahwin, berasal dari Conway Arkansas dianugerahkan trofi AI ke-8. Dia berjaya mengalahkan Adam Lambert pada final dan 11 finalis yang lain. Pada persembahan final yang turut dihangatkan oleh persembahan artis jemputan yang meletup iaitu Black Eye Peas, Cyndi Lauper, Carlos Santana, Rod Steward, KISS, Keith Urban, dan Queen. Sememangnya best 'We are the Champion'. Auranya takkan pernah hilang. He.

Sebanyak lebih dari 100 juta undian selepas hari persembahan mereka pada hari Selasa. Sepanjang musim sebanyak 624 juta undian didapat, satu rekod baru. Fuyohhh!! Kalau semua duit tu dihantar ke dunia ketiga untuk membantu yang memerlukan kan bagus. Hmm..

Overall, kualiti AI musim ni memang tak lari. Kris Allen sememangnya berhak dengan bakat dia. Dari underdog menjadi king of the night. Good job. Adam Lambert juga sama hebat.

Influenza B4B1

0 pixel(s)

Nama INFLUENZA A H1N1 telah ditukar kepada
INFLUENZA A B4B1.

End.

Semua yang bermula pasti kan berakhir...
Menyelesaikan assignment hari ini..he

Prison Break Musim ke 4.


Episod pelarian dari penjara akhirnya BERAKHIR.
standing ovation!


Heroes Musim ke 3.


Musim 'fugitive' telah berakhir,
menunggu ketibaan musim
'redemption'


Lost Musim ke 5.


Musim 'time confusing' lost berakhir,
menunggu kejutan baru...makin lost
la alamatnya..


Fringe Musim 1.


Siri baru yang meyakinkan.
Sebuah lagi dari J.J. Abrams

Hafiz juarai AF7 dan H1N1

2 pixel(s)

Hari ini...
16 May 09

Selamat Hari Guru.
Jasamu dikenang.

Malaysia kalah di tangan China..
lagi sekali..
Badminton. 3-0.

Malaysia kalah ditangan China...
disekat..
Hoki.

Man. Utd menang title EP..
seri dengan Arsenal..
Dengan Barca nanti?
MU akan kalah!!

Hafiz Juara AF7..
kalahkan Aril.
Kualiti > Kuantiti.
Good.
Ismah patut No.2

Influenza A H1N1...
makin menular..
makin ramai dikuarantin..
Selangor/KL..
Pakai Mask..
huhu..
Kritikal..

Buat Ibu...

2 pixel(s)


BUAT IBU...

IBU...

Relaku korban apa jua
Kerna anakmu tahu
Ibu sudah pasti tidak teragak-agak
Untuk berkorban apa sahaja demi anakmu

IBU...

Jika ada sesuatu yang dapat kuwarisi
Ingin kuwarisi senyuman seorang ibu
Yang dapat menenangkan hati
Jika ada sesuatu yang dapat kucontohi
Ingin ku kucontohi kesabaran dan kesungguhan ibu

IBU...

Moga Hari Ibu
Bakal membawa janji
Yang bererti dan terus bersemi
Buat Ibu tercinta
Daripada anakmu yang merindui.
U R D BEST MOTHER!!

Lagu untuk ibu :
Andra & The Backbone - Sempurna

p/s : setiap hari adalah hari ibu..

Beauty and The Geek

1 pixel(s)


Beauty yang low IQ digabungkan dengan Geek yang high IQ tapi
low self esteem dan social skill dalam satu eksperimen sosial.

Can u be more than just a beauty and a geek?

Muat turun dengan uTorrent.

Musim 1
Musim 2
Musim 3
Musim 4
Musim 5

Keputusan Penuh AIM 16

6 pixel(s)

Majlis : Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-16 (AIM 16)
Tarikh : 2 Mei 2009
Tempat : Dewan Merdeka, PWTC, KL
Siaran Langsung : NTV7
Pengacara : Bob Lokman, Adibah Noor, dan Afdlin Shauki
Persembahan : Misha Omar, Dato' Sheila Majid, Joe Flizzow, M. Nasir, Faizal Tahir, Rossa, Hujan dan Meet Uncle Hussien.
Pemenang :

1. Kulit Album Terbaik

Vignes Balasingam/Remain Unknown - Estranged

2. Rakaman Album Terbaik
Harapan - Reshmonu

3. Album Pop Etnik Terbaik
Lentera Timur - Dato' Siti NurhalizaSi

4. Album Nasyid Terbaik
Nostalgia Nadamurni - Rabbani

5. Album Hip Hop Terbaik
OK-Malique

6. Video Muzik Terbaik
1000 Tahun (Mahu Hidup) - Butterfingers

7. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Pada Cintanya - Dato' Siti Nurhaliza

8. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Ayat-Ayat Cinta -Rossa

9. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Raihan- Assubhu Bada

10. Lagu Cina Tempatan Terbaik
Man Jiang Hong - Man Jiang Hong

11. Lagu India Tempatan Terbaik
Ethirrpaarakiren - Anbarasan & Anuratha

12. Album Cina Tempatan Terbaik
Will Be Good - Will Ng

13. Abum India Tempatan Terbaik
Ethirpaarkiren - Anbarasan & Anuratha

14. Lagu Pop Etnik Terbaik
Nafas Cahaya - Misha Omar

15. Anugerah Wirama
Habsah Hassan


16. Persembahan Vokal Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato' Siti Nurhaliza - Di Taman Teman

17. Lagu Nasyid Terbaik
Bila Nur Melimpah Hati - Rabbani

18. Lagu Hip Hop Terbaik
Mentera Beradu - Malique & M. Nasir

19. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Aizat - Lagu Kita

20. Album Inggeris Tempatan Terbaik
President - Joe Flizzow

21. Artis Baru Terbaik
Meet Uncle Hussain

22. Lagu Rock Terbaik
Bila Aku Sudah Tiada - Hujan

23. Lagu Pop Terbaik
Cinta Adam & Hawa - Misha Omar

24. Album Rock Terbaik
Hujan - Hujan

25. Album Pop Terbaik
Misha Omar - Misha Omar

26. Lagu Terbaik
Nafas Cahaya - Misha Omar

27. Album Terbaik
Lantera Timur - Dato' Siti Nurhaliza

Statistik :

Misha Omar : 4
Dato' Siti Nurhaliza : 4
Faizal Tahir : 0.zero.null.blank_.
Mawi : yillek!! gigit jari jer mawi tahun ni.

Dah Agak Da : Tomok

0 pixel(s)

Salam,

Kebelakangan ni sejak Tomok memasuki OIAM musim 3, nama Tomok a.k.a Shah Indrawan meletup. Pom pam pom pam. Tipikal pandangan orang lain terhadap Tomok, semacam pandangan aku jugak: Kebudakan; Sengau; Tangkap leleh; Diminati mudi2. Mula - mula aku tak amik pot sangat pasal Tomok dalam OIAM ni...tapi selepas 2 3 minggu IOAM ni berlangsung dan Tomok telah menyampaikan 2 3 buah lagu, semakin kedengaran cakap-cakap di dunia realiti dan maya tentang Tomok ni. Kat dada-dada akhbar juga ter'tebeng' (bahasa T'ganu) muka dan berita Tomok. Aku jadi nak tau sejauh mana benar kata-kata nukilan, so aku cari YouTube, sumber inspirasi anda, mencari clips Tomok IOAM 3. Selepas 3 clip aku tengok...hmm..

Not bad. Suara dia tak sengau, dah pecah da.. dulu belum baligh lagi, suara tak pecah, macam budak2, tapi sekarang suara dia menunjukkan kematangan dia la... dengan aksi persembahan yang boleh dikatakan mantap berbanding pelajar AF, bukan dia sorang, boleh dikatakan semua contestant, samada dah bergelar artis mahupun yang baru. AF tak dapat lawan dari segi kualiti.

Berbalik kepada Tomok, persembahan lagu dan vokalnya boleh dikatakan mantap dan keberanian dia membuat perubahan dan sesuatu yang baru pada lagu-lagu yang dimainkannya membuatkan dia antara feveret untuk memenangi 1 juta. Ternyata benar. Bukan nak puji dan bukan peminat Tomok tapi kualiti yang ditunjukkan oleh dia sebagai sorang penghibur patut diambil pot. Moga dia tak jadi macam Faizal Tahir. haha... Pada peminat Tomok, ni kompilasi Tomok @ IOAM 3 sebelum malam Final...