puasa...

1 pixel(s)

Salam,

Esok cukup seminggu umat Islam kat Malaysia berpuasa Ramadhan 1430H 2009M. Hari ini baru aku berkesempatan nak berkarya dan mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada bloggers dan bloggees sekalian. Seminggu sebelum puasa aktiviti kerja sedikit bertambah sebab nak siapkan sebelum datangnya bulan mulia ini. Kebanyakan kerja luar, so peluang untuk menatap laman sawang dan si Nalz ni restricted sikit. Tambah kat umah tiada internet lagi tak seperti kat SK dulu, dopopat jam. Ngee.. About a week of fasting, the task kurang dan monotonous...so ada la peluang sikit2 curik2.

SELAMAT BERPUASA diucapkan. Semoga peluang yang diberiNya bertemu sekali lagi Ramadhan tahun ini digunakan dengan seoptimum yang mungkin. InsyaALLAH. pesan kepada diri sendiri jua kepada sahabat sekalian. Selamat ulang tahun kemerdekaan juga kepada Malaysia dan warganegaranya, termasuklah aku ni di atas 52 Tahun mencapai kemerdekaan daripada cengkaman penjajah. Alhamdulillah, 52 tahun berlalu dan Malaysia mengharunginya dengan gah dan berdaya saing dengan pelbagai kemajuan dan kecemerlangan yang dapat dikecapi bersama. Ada saat duka, tapi saat itulah patut diambil iktibar daripadanya bagi mengorak langkah yang lebih pantas dan teratur untuk kejayaan masa depan. Lebih2 lagi pada saat genting sekarang ini yang mana kalau kita lihat pelbagai isu yang timbul atau ditimbulkan oleh pelbagai pihak tak kira kiri atau kanan, depan atau belakang.

Bagi umat islam, apa salahnya kita ambil ruang dan luang bulan Ramadhan yang bersama di dalamnya kita sambut kemerdekaan ke 52 untuk kita sama-sama berdoa dan beramal kepadaNya agar keharmonian yang kita kecapi pada masa ini akan terusan berpanjangan demi masa depan sebuah negara Islam yang berbilang kaum ini, juga kepada diri sendiri. Amin ya rabbal alamin. Pesanan buat diriku jua kalian. MERDEKA!!!

Raya bakal tiba, rasanya terlalu awal untuk diperkatakan tentang raya..tapi ramai dah berbicara pasal raya..itu ini, sana sini...raya di mana-mana.. Asalkan jangan dilupakan Ramadhan yang sedang dijalani kerana mengejar Syawal yang belum pasti. Gunakanlah masa dan ketika yang ada untuk yang terbaik sebaiknya. InsyaALLAH. Aku pohon kurniaMU ya ALLAH untukku dan jua teman2ku sekalian umatMU agar dapat menjalani Ramadhan dan hidup ini dengan penuh berkat dan takwa dan keampunan dariMU kupohon kerna sesungguhnya diri ini amat kerdil dan banyak berbuat kerosakan di muka bumiMU. Amin.

Salam.

pergi tak kembali.

0 pixel(s)

Salam,

Belasungkawa, takziah kepada keluarga Ustaz Asri, ketua kumpulan nasyid Rabbani yang pergi tak kembali pada semalam hari. Kita telah kehilangan satu nur, satu bintang yang selama ini menyinari seni dakwah nasyid. Ingat lagi,kemerduan suaranya membaca ayat2 ALLAH terutamanya takbir raya yang sangat merdu menyentuh ramai umat. Tenang mendengarnya, sayu dan insaf menghayatinya. Sama-samalah kita menadah tangan berdoa memohon kepadaNYA agar roh Ustaz Asri dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang bertakwa. Amin. Al-fatihah!

'Pergimu tak kembali, hilangmu tiada ganti'