Jawi Converter - EJawi Online 2.2

Huruf jawi merupakan aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia dulu dan sekarang. Walaupun penggunaannya pada masa sekarang adalah agak terhad dan tidak banyak dilihat penggunaanya terutama di kalangan warga muda remaja kita.

Ejawi Online 2.2 adalah sebuah converter atas talian yang dibangunkan oleh Digikhat Media dan boleh didapati melalui pautan ini : http://www.ejawi.net/converterV2.php. Fungsinya yang dapat menukarkan huruf format Rumi (Huruf Roman Melayu) kepada Jawi (Huruf Lama Melayu) amat berguna dan senang digunakan. Hanya masukkan perkataan yang anda mahu tukarkan kepada huruf Jawi ke dalam 'sandbox' yang disediakan dan klik pada butang 'Convert'. Anda akan dapat hasilnya serta merta untuk disalin ke mana-mana. Semudah itu. Panduan juga telah disediakan untuk memandu pengguna.


Majulah tulisan Jawi untuk semua. Sekian.

0 pixel(s): (+add yours?)

Post a Comment