Qurban, Korban & Pengorbanan

0 pixel(s)

Salam,

Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua yang menyambutnya dan selamat berholiday kepada yang tak menyambutnya. Tak kira sambut atau tidak, jangan ada yang terkorban sempena Hari Raya Korban ini. Biarlah haiwan yang akan dikorbankan sahaja yang terkorban. Jangan statistik angka korban manusia pulak yang naik melebihi angka haiwan yang dikorbankan.

Biarlah majlis korban yang diadakan, majlis akikah diraikan.. bukan majlis pengebumian yang menggantikan. Aidil Adha disambut sempena meraikan dan mengingati peristiwa yang bersejarah antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang mana Nabi Ibrahim disuruh oleh Allah yang Esa mengorbankan anaknya Ismail.

Qurban atau menyembelih haiwan pelilharaan yang tertentu (samada kambing/lembu/unta/kerbau/bebiri) pada 10 Zulhijjah atau pada 11-13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) dengan niat kerana Allah untuk tujuan mendekatkan diri kita lebih kepadaNYA. InsyaALLAH.

Pengorbanan mempunyai makna yang besar dan jagat. Pengorbanan untuk suatu kebaikan adalah langkah yang mulia dan amat dituntut. Pengorbanan ke arah keburukan hendaklah dielakkan oleh semua umat bagi mengelakkan kita terkorban tanpa redhaNYA.

Begitu banyak fadhilat dan hikmat yang diperolehi mengerjakan ibadat Qurban ini antaranya :
  • Dapat menambahkan amal kebajikan kita kepadaNYA bak kata sebuah Hadis 'setiap bulu haiwan korban itu adalah kebajikan buat tuannya'. Alhamdulillah;
  • Dapat kita menebus dosa-dosa, seperti sabda Rasulullah kepada cintanya Sayyidatina Fatimah, 'Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu';
  • Mendapat temput mulia disisiNYA. Sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla;
  • Menanam kasih sayang kepada dan diantara golongan kaya dan miskin. 1agama, 1saudara;
  • Mencambahkan kesyukuran kepada ALLAH diatas kurniaan rezki dan nikmat yang melimpah ruah selama ini.

-sampaikanlah walau hanya 1 ayat-
: SALAM AIDILADHA buat SEMUA:

uhu

1 pixel(s)

Bukan gam uhu.
tapi sekadar melahu,
dengan masa yang berlalu,
dengan penat yang menghantu.

Kerja.. datang bertalu-talu,
aku duduk termanggu,
merangka di dalam mindaku..
apa bakal lakuku.

Sejuk... panas... terasa,
Siang... malam... menjelma,
Tidur... bangun... arghh.. malasnya,

... tetiba rasa malas.. chow.
nxt time plak...

salam.